Saturday, 1 June 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulkaedah 1445H☆


وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا 


"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang" [Surah al-Isrāʾ 37]


#Ayat ini berkaitan dengan larangan Allah swt supaya tidak bersikap sombong dan angkuh dalam apa perkara sekalipun.


#Di dalam ayat ini juga terdapat celaan bagi orang-orang musyrik yang suka bermegah-megah dan menyombongkan diri. Moga penyakit ini tidak menjangkiti orang beriman. 


#Jauh lebih bahaya tatkala ahli ibadah dan orang soleh memiliki sifat sombong. Sombong dengan ibadah yang dilakukan. Sombong kerana kerajinannya beramal. Sombong kerana merasakan dia lebih baik dan alim daripada orang lain. 


#Sepatutnya orang yang alim, soleh, berilmu, kaya, berkedudukan, lebih tawadhuk, merendah diri dan lebih takutkan Allah swt. 


#Berkata Syeikh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari rahimahullah: 


مَعْصِيَةٌ أَوْرَثَتْ ذُلًّا وَافْتِقَارًا خَيْرٌ مِنْ طَاعَةٍ أَوْرَثَتْ عِزًّا وَاسْتِكْبَارًا


“Sesuatu maksiat yang menyebabkan rasa hina rendah diri (kepada Allah swt) dan keberhajatan (kepada rahmatNya) adalah lebih baik daripada sesuatu amalan taat yang menyebabkan rasa mulia, sombong, ujub dan besar diri” (Lihat Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam)


#Salah satu cara agar terhindar dari sifat sombong adalah berusaha melihat orang lain lebih baik daripada kita. 


#Imam Abdullah al-Muzani rahimahullah berkata:


إن عرض لك إبليس بأن لك فضلاً على أحد من أهل الإسلام فانظر، فإن كان أكبر منك فقل قد سبقني هذا بالإيمان والعمل الصالح فهو خير مني، وإن كان أصغر منك فقل قد سبقت هذا بالمعاصي والذنوب واستوجبت العقوبة فهو خير مني، فإنك لا ترى أحداً من أهل الإسلام إلا أكبر منك أو أصغر منك


“Jika iblis memberikan was-was kepadamu bahawa engkau lebih mulia dari muslim lainnya, maka perhatikanlah. Jika ada orang lain yang lebih tua darimu, maka seharusnya engkau katakan: "Orang tersebut telah lebih dahulu beriman dan beramal shalih dariku, maka ia lebih baik dariku". Jika ada orang lainnya yang lebih muda darimu, maka seharusnya engkau katakan: "Aku telah lebih dulu bermaksiat dan berlumuran dosa serta lebih cepat mendapatkan seksa dibanding dirinya, maka dia sebenarnya lebih baik dariku". Demikianlah sikap yang seharusnya engkau perhatikan ketika engkau melihat yang lebih tua atau yang lebih muda darimu" (Lihat: Hilyatul Awliya’)


♡Jauhilah sifat sombong dan berasa hebat daripada orang lain serta istiqamahlah membenci maksiat dan dosa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Israeli drones shooting children in Gaza deliberately 'day after day', UK surgeon tells MPs Nizam Mamode, a retired NHS doctor who...