Wednesday 26 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 6 Syawwal 1444H☆


وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ یَأۡتِیَكَ ٱلۡیَقِینُ 


"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin" [Surah al-Ḥijr 99]


#Allah swt memerintahkan kita semua untuk istiqamah melakukan amal soleh sehinggalah datangnya kematian.


#Persediaan bagi menghadapi kematian perlu dilaksanakan setiap masa kerana tiada sesiapa yang mengetahui bila saat dan kematiannya.


#Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita semua, tetapi amal ketaatan kepada Allah kekal untuk dilaksanakan. Jika dibulan Ramadhan hampir setiap malam umat Islam menghidupkan malam dengan solat berjemaah Isyak, solat sunat selepas Isyak, solat sunant terawih, solat sunat witir dan tadarus al-Quran. Maka sepatutnya amalan menghidupkan malam ini diteruskan seperti biasa seperti solat berjemaah, solat sunat selepas Isyak, solat sunat Witir dan membaca al-Quran.


#Solat sunat Witir dituntut untuk dilakukan pada setiap malam sepanjang hidup kita. Ia bukan hanya dituntut disepanjang Ramadhan semata-mata.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:


مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ


"Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal (di awal malam/selepas solat sunat ba'diyah Isyak). Dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam (selepas Tahajjud, sebelum masuk waktu Subuh). Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal” (Sahih Muslim)


#Nabi saw juga pernah mewasiatkan kepada Sayidina Abu Hurairah r.a agar melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Sayidina Abu Hurairah r.a:


أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ


"Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur” (Sahih al-Bukhari)


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah saw bersabda:


الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ، مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثِ فَلْيَفْعَلْ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ


"Solat witir merupakan satu tuntutan ke atas setiap Muslim. Siapa yang mahu solat witir secara lima rakaat, maka dia boleh lakukannya. Siapa yang mahu melakukannya secara tiga rakaat maka lakukanlah. Jika dia mahu lakukan secara satu rakaat maka lakukanlah" (Sunan Abi Dawud dan Sunan an-Nasa’ie)


#Diriwayatkan Salam satu athar daripada Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata:


إِنَّ الْوِتْرَ لَيْسَ بِحَتْمٍ وَلاَ كَصَلاَتِكُمُ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَوْتَرَ. ثُمَّ قَالَ: يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ


"Sesungguhnya solat witir tidak diwajibkan ke atas kalian sebagaimana solat-solat fardhu, namun Rasulullah saw sentiasa melazimi solat Witir. Maka wahai Ahlul Quran, dirikanlah solat Witir, kerana sesungguhnya Allah swt itu witir (ganjil) dan suka akan keganjilan" (Jami’ at-Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan an-Nasa’ie)


#...Bersambung...


♡Teruskan amalan-amalan yang kita lazimi disepanjang Ramadhan. Moga istiqamah sehingga datangnya ajal. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Iran Playing Major Role in Defeating Terrorism in Middle East: Mark Taliano  A renowned author and political commentator from Canada prais...