Tuesday, 25 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 5 Syawwal 1444H☆


وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِیرًا * إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِینَ كَانُوۤا۟ إِخۡوَ ٰ⁠نَ ٱلشَّیَـٰطِینِۖ وَكَانَ ٱلشَّیۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورࣰا 


"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Surah al-Israʾ 26-27]


#Pembaziran atau pemborosan tergolong dalam sifat berlebih-Iebihan atau melampaui batas. Sifat ini tergolong dalam amalan keji dan mendapat larangan keras daripada Allah swt.


#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah: “Maksud saudara syaitan adalah seperti menyerupai sifat mereka, (yang suka membazir dan boros).


#Berkata Mujahid mengenai pembaziran: “Seandainya seseorang membelanjakan hartanya sebesar gunung dalam keadaan taat kepada Allah maka ia tidaklah termasuk orang-orang yang melampaui batas. Dan seandainya ia membelanjakan satu dirham dalam kemaksiatan kepada Allah maka ia termasuk di antara orang-orang yang melampaui batas".


#Antara perkara yang termasuk dalam pembaziran ialah perbelanjaan sia-sia melibatkan sesuatu yang halal secara berlebih-Iebihan, melebihi dari had keperluan. Perbelanjaan seumpama ini tidak wajar kerana ia tetap dikira membazir walaupun dalam perkara halal. Barang yang terlebih itu akan rosak dan terbiar, sedangkan orang lain yang lebih memerlukan boleh mengambil manfaat daripadanya jika ia diberikan kepada orang tersebut. 


#Justeru, kita dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati agar tidak terjerumus di dalam perbelanjaan halal yang sia-sia atas dasar kepuasan diri, ganjaran untuk diri sendiri dan juga disebabkan memiliki duit yang banyak. Walau mampu sekalipun, jika berlebihan dan melebihi keperluan maka itu adalah pembaziran.


♡Perbuatan membazir dalam berbelanja mestilah ditinggalkan. Ini kerana perbuatan tersebut jelas bercanggah dengan prinsip Islam. Seseorang itu mesti berlaku adil pada harta yang dimiliki dengan meletakkan ia pada tempat yang sepatutnya bukannya berbelanja mengikut kemahuan nafsu♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Washington’s Long War Against Us All, November 16, 2023 Mark Taliano Original Link Here:  Washington’s Long War Against Us All - Global Re...