☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawwal 1444H☆
وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]
#Di antara tanda syukur dan gembira dengan kedatangan Syawwal ialah dengan menyambung silaturrahim sesama kaum kerabat, sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan.
#Menyambut hari raya dengan melakukan ziarah menziarahi sebagai menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan merupakan kebiasaan yang baik dan ia digalakkan dalam Islam. Menziarahi dan memuliakan tetamu adalah suatu yang dianjurkan oleh nabi saw.
#Terdapat banyak hadis yang menyebut berkenaan anjuran Islam untuk menyambung hubungan silaturahim, ukhuwah dan memuliakan tetamu. Antaranya sabda Nabi saw:
مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَ له في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturrahim” (HR al-Bukhari)
#Namun orang ramai dinasihatkan supaya tidak melupakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawwal di samping melakukan ziarah dan kunjung mengunjung.
#Antara tanda kesyukuran kita terhadap anugerah Ramadhan ialah kita menyempurnakan puasa Ramadhan selama sebulan dengan menambah enam hari lagi di bulan Syawal. Di mana dijanjikan pahalanya adalah seperti puasa sepanjang tahun.
من صام رمضان وأتبعه ستًّا من شوال كان كصيام الدهر
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti enam hari Syawwal maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun" (HR Muslim)
#Berkata Syiekh Khalid Abu Saleh yang memperingatkan kita akan hakikat perayaan ini: "Bukanlah raya itu dengan engkau berpakaian dengan pakaian baru, tetapi ianya adalah dengan meningkatnya ketaatan engkau kepadaNya, bukanlah raya itu dengan engkau mencantikkan kasut dan pakaian, tetapi ianya adalah untuk mereka yang telah mencantikkan dirinya dengan dibersihkan segala dosanya, bukanlah perayaan itu dengan engkau diberi wang dan duit, tetapi ianya adalah untuk mereka yang dikurniakan pengampunan dari Yang Maha Pengampun”.
♡Semoga kemuliaan Syawal ini
diisi dengan kesyukuran dan memuji memuja Ilahi di samping mempereratkan tali hubungan silaturrahim dengan meneguhkan ukhuwwah serta perpaduan sesama umat Islam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment