Sunday 2 April 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1444H☆


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya [Surah al-Hijr 9]


#Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dijaga dan pelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah saw lagi hinggalah ke hari ini. Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan. Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan.


#Berkata Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradhawi rahimahullah: "Ayat al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki , perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain".


#Sesiapa yang cuba merubah atau menyelewengkan ayat-ayatNya nescaya ia akan gagal dan kecundang. Hal ini kerana ia dipelihara oleh Allah swt.


#Imam an-Nawawi menyatakan dalam kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran: “Para ulamak telah bersepakat akan wajibnya menjaga mushaf al-Quran dan memuliakannya”.


#Berdasarkan catatan sejarah al-Quran sejak dari awal turunnya, ia telah mula dihafal dan ditulis sehinggalah turun ayatnya yang terakhir. Penghafalan dan penulisan ini berlaku adalah bagi memenuhi sebahagian tuntutan pemeliharaan, penyucian dan penghormatan kepada kitab suci ini.


#Selain itu, pemeliharaan al-Quran dengan cara mengamalkan isi kandungannya dalam segenap aspek kehidupan. Bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara mestilah mengikuti panduan al-Quran. 


♡Oleh itu, sesuai dengan fungsinya sebagai kitab yang paling suci, maka semua umat Islam sepakat tentang wajibnya ke atas orang Islam menjaga dan menghormati al-Quran♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Operation Clear Skies: The Ultimate Guide to Fighting Geoengineering A CALL TO ACTION AGAINST GEOENGINEERING Last Thursday, we had another...