Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh?
donshafi911Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh?
=========
1. Di dalam Surah al-Qadar, Allah menyebutkan tentang penurunan malaikat pada malam al-Qadar yang diketuai Jibril yang disebut sebagai Ruh. Firman Allah:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.”
2. Para ulama tafsir memberikan pandangan yang berbeza mengenai mengapa Jibril digelar sebagai Ruh di dalam al-Quran. Antaranya:
(a) al-Jayyani menyebutkan bahawa sifat Jibril adalah seperti ruh yang menghidupkan jiwa. Sesuatu tubuh itu tidak hidup tanpa Ruh.
(b) al-Razi pula berpandangan bahawa secara fizikalnya, Jibril itu dijadikan daripada Ruh.
(c) Manakala al-Imam Ibn Asyur pula berpandangan bahawa beliau dinamakan sebagai Ruh kerana hadir daripada alam rohani. Kata Ibn Asyur:
سمي روحاً لأن الملائكة من عالم الروحانيات
“Beliau namakan Ruh kerana malaikat di datangkan dari alam ruhaniyyat.”
3. Penurunan malaikat pada malam al-Qadar menggambarkan kebesarannya sehingga menyempitkan ruang-ruang di setiap pelosok di muka bumi. Ia seumpama sebuah hari kebesaranyang dihadiri oleh orang-orang pembesar kenamaan. Begitulah pada malam al-Qadar, kemuliaan dan rahmat yang turun diiringi oleh kehadiran para malaikat.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

No comments:
Post a Comment