Wednesday 28 September 2022

PROJEK “BLUE BEAM”

PROJEK “BLUE BEAM”

PROJEK “BLUE BEAM” – Projek Dajjal menuju Tata Dunia Baru (NWO)

Sumber Cedokan: Maklumat daripada Serge Monast

http://www.geocities.com/area51/Shad…roject079.html

http://2012poleshift.wetpaint.com/pa…+Second+Coming

http://100777.com/node/1207

http://educate-yourself.org/cn/proje…m25jul05.shtml

http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast

http://www.davi/****e.com/forum/showthread.php?p=396224

Pengenalan

Projek Blue Beam adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Persyarikatan Bangsa-Bangsa. Sebuah rencana hasil penelitian Serge Monast dan temannya telah mendedahkan rahsia ini. Ia pertama kali dilaporkan kepada umum pada tahun 1994 oleh Serge Monast. Beliau ialah seorang wartawan Canada.

Terdapat empat peringkat usaha untuk mencipta sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Jesus atau Nabi Isa A.S ke bumi untuk mendirikan “satu agama dunia” yang dikendalikan oleh Order Dunia Baru. 

Serge Monast dan teman wartawannya memang telah lama meneliti Projek Blue Beam ini. Akibatnya, mereka telah mati dibunuh. Namun media2 yang dikawal geng2 jahat telah melaporkan bahawa kematian mereka adalah akibat “serangan sakit jantung” selang beberapa minggu antara satu sama lainnya. Kedua-dua mereka langsung tidak memiliki rekod berpenyakit jantung sebelum ini.

Saat itu Serge Monast sedang berada di Kanada sementara temannya sedang berkunjung ke Ireland. 

Sebelum kematian Serge Monast, Kerajaan Kanada telah menculik anak perempuannya dalam usaha mengugut dan mencegahnya dari terus melakukan penelitian dan penyiasatan Projek Blue Beam ini. Dilaporkan, anak Serge Monast sehingga kini masih hilang.

Di dalam Wikipedia pula… suatu masa dulu maklumat tentang Serge Monast memang wujud. Taip sahaja Keyword: “serge monast” maka kita akan menjumpainya di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

Namun kini, maklumat Serge Monast hanya ada dalam Wikipedia Bahasa Perancis sahaja. Itu pun telah diedit dan ditapis. Adakah ini bermakna maklumat Serge Monast dalam Wikipedia telah sengaja dihapuskan?
(http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast).

.

Latar Belakang

Projek Blue Beam diyakini merupakan lanjutan dari eksperimen2 terdahulu seperti eksperimen Philadelphia dan eksperimen Montauk. Ia dilakukan oleh tentera2 Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan saintis2 german yang juga mempunyai pertalian serta hubungan dengan Hitler semenjak tahun 1940an lagi.

HQ bagi Projek Blue Beam bertempat di lokasi yang mempuyai tahap keselamatan yang amat ketat di Area 51, Nevada, Amerika Syarikat. Projek ini diduga telah melakukan eksperimen berulang-ulang di daerah terpencil dengan membuat gambar holografik Yesus/Nabi Isa AS, kedatangan UFO, kemunculan makhluk2 aneh seperti raksasa serta jin dan macam2 lagilah.

.

4 Langkah Utama Projek Blue Beam

LANGKAH 1: Langkah pertama dalam Projek Blue Beam ini ialah mengaitkan pendoktrinan [re-evaluasi] dari semua pengetahuan arkeologi dan keagamaan. 

Mereka membuat set-up, dengan menciptakan gempa bumi buatan di lokasi tempat tertentu di planet ini. Kemudiannya mereka pura2 yang konon penemuan-penemuan baru telah berlaku akibat gempa bumi2 ciptaan mereka ini. Akhirnya mereka akan menjelaskan kepada semua orang tentang kesalahan yang mendasar dari semua doktrin agama.

Semua agama seperti Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan semuanya sekalilah akan ditolak. Kita boleh menonton rancangan2 di History Channel dan National Geographic tentang hal ini. Mereka kini terang-terangan dengan berani mempertikaikan semua agama.

Pemalsuan informasi ini akan digunakan untuk menjadikan semua bangsa percaya bahawa semua doktrin agama2 terutamanya agama2 Hanif adalah bohong. Mereka akan membuktikan kononnya semua agama2 ini telah disalahfahami dan disalahtafsirkan selama berabad-abad.

Persiapan psikologis untuk langkah pertama ini sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal lagi dengan membuat rancangan2 serta filem2 seperti, ‘2001: A Space Odyssey; ‘Serial Star-Trek, dan’ Independence Day; ‘yg mana semua film itu berhubungan dengan pencerobohan “Alien” daripada luar angkasa dan bersatunya semua bangsa di dunia untuk mengusir penyerbu (Alien).

Filem yang terakhir, ‘Jurrassic Park,’ berkaitan dengan teori evolusi, dan film ini mendakwa bahwa kata-kata Tuhan adalah suatu kebohongan. Perlahan2 minda generasi baru disediakan untuk menerima idea2 yang semakin lama semakin radikal.

Apakah pula gunanya Hoaxed “Discoveries ‘ yakni Penemuan Palsu yang direka ini? Apa yang penting untuk difahami pada langkah pertama adalah bahawa dulu2 telah terjadi gempa bumi di berbagai belahan dunia di mana ilmu pengetahuan dan ajaran arkeologi telah dikuburkan. 

Dengan jenis gempa bumi buatan mereka itu, maka mereka akan kata sekarang ianya telah memungkinkan bagi para ilmuwan untuk menemukan misteri yang akan digunakan untuk menimbulkan kesangsian terhadap asas semua doktrin agama (ajaran dan kefahaman).

Ini adalah rencana persiapan yang pertama untuk menghancurkan kemanusiaan. Ini kerana apa yang mereka ingin lakukan adalah menghancurkan keyakinan semua orang Kristian, Islam dan lain2 agama di mula bumi ini. Untuk melakukan itu, mereka memerlukan beberapa ‘bukti’ palsu dari masa lalu yang akan membuktikan kepada semua bangsa bahawa kefahaman mereka dalam agama semuanya telah disalahertikan dan disalahfahami.

Bagaimana mereka nak cipta gempa bumi dan membuat penemuan2 palsu?

– Menciptakan Gempa bumi buatan (dengan HAARP)

– Kerana gempa tersebut, maka ilmuan mereka pura2 menemukan suatu penemuan ULUNG di bidang arkeologi (padahal penemuan tersebut HOAX- buatan mereka sendiri)

– Penemuan tersebut akan digunakan untuk menafikan semua doktrin agama yang menentang Teori Evolusi. Teori Evolusi akan dengan mudah menumpaskan Teori Penciptaan?

.

LANGKAH 2: Langkah kedua dalam Projek Blue Beam akan melibatkan sepenuhnya bantuan daripada NASA dan badan2 yang sewaktu dengannya. Persatuan2 berhuruf seperti CIA, FBI, Moassad, KGB dan lain2 lagi akan memainkan peranan masing2 di bawah seliaan The Black Pope dan Jesuit Vatican.

Ia adalah melibatkan usaha2 untuk membuat ‘pertunjukan angkasa’ raksasa dengan hologram tiga dimensi dan suara optik, memprojeksikan gambar-gambar laser holografik ke berbagai belahan dunia, masing-masing menerima gambar yang berbeza menurut daerah keyakinan agama mereka . Suara Tuhan baru ini akan dapat berbicara dalam semua bahasa. 

Anda rasa ini semua mustahil?

Untuk memahaminya, kita harus melakukan penelitian tentang usaha2 rahsia yang telah mereka lakukan dalam 25 tahun terakhir ini. Orang Soviet Russia telah menyempurnakan komputer mutakhir, berdasarkan kajian tentang anatomi dan elektromekanis komposisi tubuh manusia, dan kajian tentang eletrik, kimia dan sifat biologis otak manusia. 

Komputer mutakhir ini diberikan data-data tentang bahasa-bahasa dari semua budaya manusia dan maknanya. Dialek dari semua budaya telah dimasukkan ke dalam komputer dari transmisi satelit. Selain itu nampaknya agen NWO (tata dunia baru) di Soviet – telah mengembangkan metode bunuh diri untuk diterapkan pada masyarakat dengan cara mengalokasikan gelombang elektronik untuk setiap orang dan setiap masyarakat dan budaya untuk merangsang pikiran untuk bunuh diri jika orang-orang itu enggan mematuhi perintah-perintah dari tata dunia baru – NWO.. Ya, ini semua amat pahit untuk ditelan apatah lagi untuk dipercayai!

Dari mana ‘pertunjukan angkasa’ berasal? Pertunjukan angkasa dilaksanakan melalui gambar holografik, akan digunakan dalam simulasi akhir, semua bangsa akan ditunjukkan dengan adegan-adegan merealisasikan pesanan para nabi (Turunnya Nabi Isa/ Yesus ke bumi).
Ini akan diprojeksikan dari satelit ke lapisan natrium sekitar 60 kilometer di atas bumi.

Menurut laporan Serge Monast, mereka pernah melihat percubaan simulasi ini dalam satu waktu, tetapi mereka (disebut) pada waktu itu hanya menampakkan UFO dan “piring terbang” kepada orang awam.
Bila tiba masanya nanti, pertunjukan lebih hebat akan ditayangkan. Hasil dari peristiwa yang dipentaskan dengan sengaja ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia akan kedatangan ‘christ,’ mesiah baru (yang sesungguhnya adalah anti christ/ Dajjal), untuk segera menerapkan agama dunia baru (new age religion).

Beberapa kebenaran akan disisipkan ke dalam doktrin mereka, sehingga seluruh dunia akan percaya pada kebohongan mereka. “Bahkan yang paling terpelajar sekalipun akan tertipu.”

.

LANGKAH 3: Langkah ketiga pula berkaitan dengan komunikasi dua arah telepati elektronik melibatkan gelombang ELF (Extremely low frequency), VLF (Very low frequency), dan LF (Low frequency) akan mencapai orang-orang di bumi melalui bahagian2 tertentu dalam otak mereka, untuk membuat setiap orang percaya bahwa Allah sendiri yang berbicara kepadanya dari dalam jiwanya sendiri.

.

LANGKAH 4: Langkah keempat melibatkan manifestasi Supernatural yang universal menggunakan prasarana elektronik. Gelombang (frekuensi) yang digunakan pada waktu itu akan memungkinkan kekuatan ghaib untuk mengalir melalui kabel serat optik, kabel koaksial, label eletrik dan saluran telefon untuk menembus semua peralatan elektronik dan peralatan yang pada saat itu yang telah tersedia memiliki microchip khusus yang telah diinstal tanpa pengetahuan kita.

Tujuan dari langkah ini berkaitan dengan kewujudan syaitan, hantu, dan jin di seluruh dunia dalam rangka untuk membuat seluruh populasi menghampiri gelombang bunuh diri, membunuh dan mengalami gangguan psikologis kekal.

Setelah malam seribu bintang itu, akhirnya manusia diyakinkan telah bersedia untuk menerima kedatangan “mesiah baru” untuk mengembalikan perdamaian di bumi ini walaupun dengan harga yang pasti mengorbankan kebebasan.
Kaitan dengan Dajjal…

Pasti ada yang akan merasa hairan, apa pulak hubungan di antara Dajjal dengan Projek Blue Beam?

Projek Blue Beam adalah salah satu agenda penting dalam pembentukan New World Order acuan Dajjal. Harus diingat, New World Order juga boleh dimunculkan dengan acuan Al Mahdi dan ini tidak diingini oleh Dajjal.

Pelaksana2 agenda NWO Dajjal ini adalah orang-orang yang telah zaman berzaman menyembah IBLIS/ LUCIFER… dan Iblis melaksanakan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan Dajjal atau The Anti-christ di muka bumi agar semua manusia tidak menyembah Allah tapi menyembah DAJJAL.

Penjelasan Lanjut Projek Blue Beam…
Projek Blue Beam adalah projek rahsia Vatican-NASA, dimana dengan menggunakan teknologi canggih (seperti HAARP, mereka akan menciptakan sandiwara untuk menipu dunia. Mereka akan mensimulasikan turunnya Yesus/ Isa A.S ke bumi, lalu mereka juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi.

.

Apa tujuannya semua ini?

Untuk membuat masyarakat ketakutan… sehingga mereka terdesak memerlukan penolong yang hebat… seperti Superman, The Fantastic 4, X-Men? 

Di sinilah peluang messiah palsu akan turun (Dajjal), dan akan berpura-pura menjadi penyelamat mereka. Dajjal akan menyuruh manusia untuk bersatu dibawah satu pemerintahan (One World Government).

Dajjal akan pada mulanya mengaku sebagai Messiah, dan seterusnya memproklamirkan diri sebagai TUHAN, dan menyuruh manusia menyembahnya melaui kesatuan agama (One World Religion).
Ditambah lagi dengan teknologi HAARP yang mampu mengatur perasaan (mood) manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruh duinia terasa sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya…

Buat masa ini, HAARP telah berjaya mengawal manusia supaya sentiasa sibuk dengan urusan dunia, merasa tekanan sepanjang masa, merasa murung, malas beribadat, dan sebagainya. HAARP juga telah berjaya menghasilkan banyak gempa bumi dan tsunami TIRUAN seperti yang pernah di Acheh dan Fukushima.

Tujuan akhir dari Projek ini adalah menciptakan satu kehidupan dunia baru, dengan hanya satu agama.. dipimpin oleh DAJJAL LAKNATULLAH.

Sekian. Semoga bermanfaat difikir2 kan.

No comments:

Post a Comment

  How Israel killed hundreds of its own people on 7 October Asa Winstanley   The Electronic Intifada   7 October 2024 Taking a selfie at the...