Sama Tapi Tak Serupa? Ini 5 Jenis Minyak Zaitun Anda Patut Tahu Sama tapi tak serupa? Ibarat doppleganger.
Ini 5 jenis minyak zaitun Tuan Puan perlu tahu bezakan.
Biar nanti tak salah beli.
1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO) EVOO ni hasil perahan pertama buah zaitun. Ini yang paling sihat.
Kandungan polifenol amat tinggi.
Apa kegunaan EVOO ni?
Boleh guna untuk dressing. Boleh buat sos. Celup pada roti bakar.
Dan untuk diambil terus sebagai suplemen kesihatan .
Bantu rendahkan risiko terkena kanser.
Perlahankan penuaan dari dalam. Kurangkan kolesterol jahat.
Boleh juga guna untuk masalah kulit seperti ekzema.
2.Virgin Olive Oil Sama tapi tak serupa EVOO, virgin olive oil tak lalui proses penyaringan.
Bezanya pada esktrak lebih ringan dan tahap asid lebih tinggi .
Biasa orang guna untuk dressing salad.
Atau goreng kilas makanan berlemak.
Seperti salmon, tuna. Yang macam orang putih selalu masak.
3. Refined Olive Oil Yang ni jenis virgin olive oil. Tapi lalui proses tapis dan saring.
Anti oksida dalamnya berkurang.
Bezanya refined olive oil memang khusus untuk masak makanan.
Rasanya ringan.
Dan kebiasaan ditambah dengan vitamin lain .
Untuk gantikan nutrisi yang hilang.
Sesuai untuk deep fry.
4. Pure Olive Oil Tanggapan pertama sebab depan ada perkataan PURE.
Ingat asli punya.
Ramai salah anggap sebab pure bermaksud suci asli.
PURE di sini rujuk kepada campuran dari refined dan virgin olive oil.
Tahu ke tak tahu?
Dilabel PURE sebab ia dicampur dengan minyak dari sumber sama .
5. Light Olive Oil Ni lagi satu.
LIGHT di sini bukan bermaksud rendah kalori.
Tapi lebih pada rendah rasa .
Jenis ni sudah lalui banyak proses tapis. Tinggal saki baki.
Sebab itu, warna, aroma dan rasanya teramat ringan.
Light olive oil ni sesuai untuk deep fry dan panggang.
Yang ni banyak jual di pasar raya.
Jika diberi pilihan, nak yang mana? Kalau saya semestinya EVOO .
Saya ambil 100% ori punya.
Iaitu Extra Virgin Olive Oil Sihate
Boleh begitu?
#DrRizal
No comments:
Post a Comment