Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
30 September 2022 / 3 Rabiulawal 1444H
Muslimin dan Muslimat yang dirahmatiAllah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t) dengan mematuhi segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kitatergolong di kalangan hamba-Nya yang mulia. Amin.
Saudara dan saudari,
Al-Quran bukan hanya membicarakan soalhukum hakam, akan tetapi di dalamnya juga terkandung pelbagai pengajaran sebagaipanduan kehidupan yang menyeluruh. Hatta, cara berkomunikasi dan adab perhubunganantara seorang bapa dan anak juga bolehditeladani daripada kisah-kisah di dalam Al-Quran.
Yang bermaksud: (Ingatlah) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelasbintang dan matahari serta bulan; aku melihatmereka tunduk memberi hormat kepadaku".Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlahengkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akanmenjalankan sesuatu rancangan jahatterhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalahmusuh yang nyata bagi manusia.”
Perhatikan bagaimana Allah (s.w.t) memberipengajaran tentang cara berkomunikasi antaraseorang ayah dan juga anaknya. Dalam usiaNabi Yusuf (a.s) yang sangat muda, beliau telahdiberi wahyu oleh Allah (s.w.t) akan kemuliaanyang akan diberikan kepadanya. Nabi Yusuf (a.s) ketika itu memilih untuk menceritakan halitu kepada ayahnya, Nabi Ya’qub (a.s).
Sebagai seorang ayah, Nabi Ya’qub mendengardengan teliti cerita anaknya itu dan memberinasihat yang sewajarnya. Itulah contoh yang boleh kita pelajari daripada kisah para Anbiya’ (a.s).
Jika kita meletakkan diri kita sendiri pada situasi tersebut, di mana anak kecil kitamenceritakan kepada kita tentang apa yang berada di fikirannya. Barangkali kita akantertawa dan menganggapnya remeh hanyakerana faktor usia anak kita yang masih kecillagi.
Akan tetapi, peranan kita sebagai seorang yang lebih matang dari segi pemikiran dan juga dalam menjalankan tanggungjawab, adalahlebih baik untuk kita prihatin akan segala yang berlaku serta yang dialami oleh anak-anak. Lebih khusus lagi ketika mereka inginmenceritakannya kepada kita.
Saudara dan saudari,
Komunikasi merupakan salah satu unsur pentingdalam memperkukuh institusi keluarga. Ia tidakterhad kepada perbualan sahaja, bahkan ia juga berlaku dengan memerhatikan perilaku sertagerak geri.
Perhatikan sikap kita, gerak geri kita, tumpuankita, dan juga intonasi kita ketika inginberkomunikasi bersama anak-anak. Seorangayah yang memberi tumpuan sepenuhnya ketikaberbicara akan dapat dirasai oleh anaknya dan akan membuat mereka merasa lebih selesauntuk berbicara bersama-sama.
Seorang ayah yang berusaha untuk menjagahubungan yang baik dengan anaknya, memerlukan kesungguhan. Sebagaimana diaingin anaknya untuk berkongsi dengannyasegala yang sedang dialaminya, atau kisah-kisahsehariannya, atau sekadar ingin berbicara untukmeluangkan masa berkualiti bersama ayahnya,begitulah juga seorang ayah harus bersediamelakukan perkara yang sama. Kerana anak-anak itu adalah cerminan ibu bapa mereka.
Saudara dan saudari,
Seorang ayah yang meluangkan masa untukberbual dengan anaknya, untuk mendengardengan teliti serta memberikan tumpuansepenuhnya kepada anaknya, sudah pasti akanmendapat kasih-sayang serta kepercayaan. Iasekaligus memberikan keyakinan serta keutuhanpada perhubungan antara ayah dengan si anak.
Dan dengan keutuhan hubungan ini, barulahsegala nasihat serta segala tauladan yang diberikan dapat diterima baik oleh anaknya. Dan pada masa yang sama akan dapat menerap nilai-nilai murni yang akan membimbing mereka.
Ingatlah pesanan akhir dari mimbar hari ini, kitamendengar bukan untuk menghukum dan bukanjuga untuk mencari kesalahan. Akan tetapi, dengarkanlah kata-kata anak itu, sebagai tandakasih-sayang kita kepada mereka. Dengarkanlahkata-kata anak itu, untuk membimbing merekake arah kebaikan dan mendapat syurga Allah (s.w.t) kelak. Amin. Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.
No comments:
Post a Comment