Thursday, 29 September 2022

PERJUMPAAN IBLIS DAN SYAITAN SEDUNIA

Para iblis dan syaitan pernah mengadakan perjumpaan iblis dan syaitan sedunia dengan diketuai Raja Iblis laknatullah… mereka perlu mencari suatu cara yang terbaik kerana masa sudah semakin singkat.

Di awal ucapannya, Raja Iblis berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam daripada mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan mereka juga tahu akan perkara-perkara yang benar.

Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan rapat dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan rapat tersebut maka
pengaruh kita ke atas mereka akan terputus.”

Kemudian… Raja Iblis menyambung lagi, “Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka. Biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”

“Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Raja Iblis lagi, “lalaikan mereka dari berhubung dengan Tuhan mereka dan supaya mereka tidak dapat mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”

“Bagaimana caranya?” jerit para iblis dan syaitan.

Raja Iblis menjawab, “Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,”

Sambungnya lagi “pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 -12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”

“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka.

Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan jiwa dari tekanan kerja.”

“Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka sendiri. Umpan mereka untuk mendengar radio sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang melalaikan.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”

“Sibukkan mereka bermain dengan game, facebook, twitter, instagram dan media sosial yang lain.

Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar.

Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam.

Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu.”

“Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka.”

“Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”

“Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih selepas berekreasi.

Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan tiada masa memikirkan tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”

“Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!”

“Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.”

“Pasti berhasil! Pasti berhasil!”

Bukan calang-calang perancangan ini!

Selesai mesyuarat, para iblis dan syaitan pun dengan tidak sabar-sabar segera memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.

Tidak berkesempatan untuk berdakwah dan memperjuangkan agama Allah serta mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar

Persoalannya di sini, “Adakah perancangan para syaitan ini telah berhasil? Setakat mana rancangan ini telah berjaya?”

Lihatlah di sekeliling kita. Nilaikanlah sendiri…

Allahu’alam.

No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...