Wednesday 28 September 2022

BENARKAH BANI TAMIM TERDIRI DARIPADA KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU PEMEGANG PANJI HITAM ?

BENARKAH BANI TAMIM TERDIRI DARIPADA KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU PEMEGANG PANJI HITAM ?

BENARKAH BANI TAMIM TERDIRI DARIPADA KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU PEMEGANG PANJI HITAM ?

Beberapa pengkaji menyatakan Bani Tamim akan lahir daripada kalangan raja-raja Melayu. Benarkah hal ini?

Asal usul Melayu:

Nabi Ibrahim As mempunyai 4 isteri sepertimana yg tercatat dalam KItab Tafsir Ibnu Kathir iaitu Siti Sarah, Siti Hajar, Siti Hajun dan Siti Qanthurah yang berkulit sawo matang, cantik rupa paras dan berbudi pekerti.

Dalam doa Nabi Ibrahim:

” Wahai tuhan kami ,utuskan dikalangan mereka seorang rasul yg membacakan ayat-ayat Engkau dan mengajar kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mulia lagi Bijaksana. Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah daripada isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin daripada orang-orang bertaqwa”.

Doa itu diperkenan oleh Allah SWT. dan Rasulullah SAW dilahirkan daripada keturunan Siti Hajar. Kemudian Nabi Ibrahim memerintahkan anak-anaknya daripada zuriat Siti Qanturah untuk menetap di Timur Asia Tenggara. Para Ulama Yaman menyatakan Timur yang dimaksudkan itu ialah kepulauan Melayu yang merangkumi Pattani, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

.

BANI JAWI

Dikatakan bangsa Melayu lahir daripada zuriat Siti Qanturah. Mereka digelar ‘Kaum Jawi’ yang bermaksud ‘Manusia dari jauh. ‘ Gelaran itu diberikan kerana mereka yang paling jauh daripada tempat asal nenek moyang iaitu Nabi Ibrahim di Baitul Maqdis.

Apa kaitannya dengan bangsa Melayu dengan Bani Tamim? 

Rasulullah SAW pernah berdoa supaya kota Syam dan Yaman menjadi Subur dan dikurniakan barakah. Di dalam kitab-kitab lama ada diceritakan kebanyakan ahlul bait Rasulullah berada di Syam dan Yaman selepas mendengar seruan baginda SAW. (kota Syam merangkumi negara Palestin, Jordan , Syria, Iran , Iraq dan Mesir. Yaman pula berada di wilayah selatan Jazirah Arab. 

Para pendakwah Sufi Yaman yang bersambung nasabnya dengan Baginda SAW (Ahlul Bait) telah menyebarkan dakwahnya ke seluruh wilayah Timur Asia Tenggara. Mereka ke Kepulauan Melayu membawa ajaran Rasulullah SAW kepada Sultan-sultan Melayu. Sehingga menjadi tanah Islam yang Mutlak. Rakyat Tanah Melayu sangat memandang tinggi kedudukan Sultan. Apa sahaja yang sultan lakukan akan dicontohi rakyatnya.

Apabila Sultan memeluk Islam maka seluruh rakyatnya juga memeluk Islam. Kesannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian orang Melayu tetap kekal beragama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW

” SESUNGGUHNYA RAKYAT AKAN MENGIKUT GAYA, CARA HIDUP DAN AGAMA PARA PEMIMPIN MEREKA”

Dari pendakwah Ahlul Bait ini lahirlah zuriat- zuriat Sultan yang nasabnya bersambung dengan ahlul bait. Di sinilah dikatakan mengenai keturunan Bani Tamim dari bangsa Melayu pertembungan keturunan Rasulullah SAW (Siti Hajar) dan keturunan Nabi Ibrahim (Siti Qanturah).

Sabda Rasulullah SAW: “Satu kaum dari timur (pemuda Bani Tamim dan Ikhwan) akan muncul dan menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi”

Dalam petikan Kitab Al Hawi lil Fatawa karangan Imam Sayuti telah dikeluarkan Imam Tabrani, daripada Ibnu Umar meriwayatkan Rasulullah Saw telah memberi baiah kepada tangan Sayidina Ali lalu bersabda:

” Akan keluar dari Sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi).Apabila kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al-mahdi ”

Rasulullah SAW bersabda:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Alharis bin Harras, yang dihadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan Al Mansur, dia akan memudahkan urusan atau membela keluarga Rasulullah SAW. Setiap mukmin wajib menolong dan menerimanya.

(Abu Daud, An Nasa’i, Al Baihaqi & Al Husin)

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran di akhir zaman ”

Imam Qurtubi menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa:

“Berdasarkan hadtih tersebut, dapat diyakini bahawa bani Tamim tiada akan terputus keturunan mereka sehingga hari kiamat bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti adalah kelompok yang amat kuat berpegang kepada kebenaran dan memperjuangkannya. ”

.

Imam Ibnu Hajar menjelaskan ciri-ciri utama Bani Tamim iaitu:

“Sedia maklum sejak zaman jahiliyah sehingga Islam bangkit, Bani Tamim sentiasa menguasai pemerintahan, mereka juga adalah golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan. ”

Bani Tamim adalah sebahagian dari nasab Rasulullah Saw. Ia adalah pengiktirafan terhadap suku pilihan ini yang diangkat sebagai raja dalam masyarakat. Mereka sangat dihormati. Oleh itu baginda sendiri melarang kita dari menghina atau berkata tidak baik terhadap kelompok Bani Tamim. 

Sabda baginda :

“Jangan kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan baik-baik sahaja. ”

Imam At Tabrani menyatakan :

“Bani Tamim terkenal sebagai berpendirian tetap, berjiwa besar, jelas cita-cita, Amat memusuhi Dajjal di akhir zaman dan tahan menghadapi apa sahaja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan halangan, ancaman dan penentangan daripada pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka. ”

Bani Tamim mempunyai kekuatan luarbiasa. Walaupun mereka kedudukan tinggi dikalangan masyarakat, bani Tamim adalah manusia yang warak dan tawadhuk. Mereka tetap berada dalam kebenaran dan istiqamah mendekatkan diri kepada Allah walaupun apa sahaja yang menimpa mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

Allah mengutamakan akhirat berbanding dunia, untuk kami Ahlul Bait. Kaum kerabatku akan menimpa bencana dan penyingkiran sepeninggalanku nanti, sehingga datang satu kaum daripada sebelah timur yang membawa panji-panji hitam bersama mereka. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan dapat kemenangan. Lalu mereka diberikan apa yang diminta, tetapi tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki daripada kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi kedurjanaan. siapa diantara kamu yang menemuinya, datangilah mereka walaupun merangkak diatas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi(Kitab Al Hawi Lul Fatawa karangan Imam Sayuti)

Allahu’alam…

.

zulsegamat

No comments:

Post a Comment

  The Government Compels Silence – Again Post Views:   1,014 October 10, 2024 The government knows how to evade an uncomfortable constitutio...