Wednesday 28 September 2022

10 JENIS SIHIR YANG PERLU KITA TAHU

10 JENIS SIHIR YANG PERLU KITA TAHU

Terdapat berbagai jenis sihir yang di lakukan oleh masyarakat dunia. Jenis-jenis sihir ini juga bergantung kepada apakah tujuan sihir itu dilakukan.

Jika orang yang menghantar sihir itu ingin mangsanya samada lelaki atau perempuan itu terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.

Saya ingin kongsikan 11 jenis sihir yang biasa dituju dengan bertujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsanya.

✳️1) Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini telah dijelaskan berdasarkan dalil Al Quran di dalam Surah Al Baqarah Ayat 102, yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Sihir jenis ini juga ada disebut di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya”

Hadis riwayat Muslim: 5032

Di antara tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah :

➡️a. Perubahan tiba tiba dari cinta menjadi benci.

➡️b. Berlaku keraguan antara suami dan isteri.

➡️c. Enggan meminta maaf.

➡️d. Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.

➡️e. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya.

➡️f. Melihat pasangannya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik.

➡️g. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

➡️h. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya.

➡️i. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah. Contohnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

✳️2) Sihir Percintaan

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

➡️a. Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.

➡️b. Sukar mengawal cintanya.

➡️c. Rindu bayang yang berlebihan.

➡️d. Patuh secara membuta tuli.

✳️3) Sihir Pukau

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:

➡️a. Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

➡️b. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

➡️c. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

✳️4) Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:

➡️a. Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

➡️b.Cakap merapu.

➡️c.Mata layu.

➡️d.Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.

➡️e.Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

➡️f. Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

➡️g. Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

✳️5) Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:

➡️a. Suka berseorangan.

➡️b. Menutup/memencilkan diri sepenuhnya.

➡️c. Diam berterusan.

➡️d. Tidak suka bertemu orang.

➡️e. Fikiran melayang.

➡️f. Selalu pening.

➡️g. Lesu dan tidak bermaya

✳️5) Sihir Panggilan

Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:

➡️a. Selalu mengalami mimpi ngeri.

➡️b. Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.

➡️c. Selalu was-was.

➡️d. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

➡️e. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

➡️f. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

✳️6) Sihir Penyakit

Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Sebagai contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:

➡️a. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

➡️b. Saraf tersumbat.

➡️c. Lumpuh salah satu anggota tubuh.

➡️d. Lumpuh menyeluruh.

➡️e. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

✳️(7) Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. 

Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah”

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

Tandanya mudah untuk dikenali. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan. Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya

✳️8) Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. 

Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

➡️a. Takut yang bersangatan.

➡️b. Marah yang tidak terkawal.

➡️c. Lalai berlebihan.

➡️d. Di puncak gelora nafsu syahwat.

Jin tersebut akan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya. Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

➡️a. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

➡️b. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

➡️c. Melihat pelamar bermuka hodoh.

➡️d. Banyak berfikir (fikiran melayang).

➡️e. Selalu gelisah waktu tidur.

➡️f. Selalu rasa sakit di perut.

➡️g. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

✳️9)Sihir Mati Pucuk

(Alat Kelamin tidak berfungsi/Mati Pucuk)

Syaitan daripada sihir ini berpusat di dalam otak lelaki, pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan,kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagimana biasa.

Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual,maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya,maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim keseleruh organ-organ yang akan menghantarkan darah kedalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang.Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat,maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.

Oleh kerana itu anda mendapati seseorang lelaki seperti biasa sahaja ketika bercumbu kasih dengan isterinya,atau hendak melakukan hubungan seksual,keadaan alat kelamin yang tegang,tetapi apabila sudah dekat dengan isterinya,alat kelaminnya akan melemah dan tidak boleh lagi untuk meneruskannya,kerana kita maklumi bahawa alat kelamin yang tegang pada lelaki merupakan unsur utama dalam sempurnanya proses hubungan seksual seperti yang kita ketahui.

Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri,ia terikat dengan salah satu dari keduanya,kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.

✳️10)Sihir Lemah Tenaga Batin

Perhubungan suami isteri yang memakan masa hanya seketika kerana mengambil masa yang lama untuk persediaan untuk melakukan hubungan.

Firman Allah S.W.T :

“Katakanlah,aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (ikatan),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”

Surah Al Falaq Ayat 1-5

Allahu’alam…

zulsegamat

No comments:

Post a Comment

  The Government Compels Silence – Again Post Views:   1,014 October 10, 2024 The government knows how to evade an uncomfortable constitutio...