Tuesday 27 September 2022

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW Dalam Rumi & Maksud

Selawat Nabi Muhammad SAW Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW Dalam Rumi & Maksud

Nabi Muhammad SAW merupakan pesuruh Allah yang kita sanjungi. Jasa dan pengorbanan baginda memperjuangkan Islambersama para sahabat ketika itu adalah amat besar dan tidak ternilai. Dan kita dapat melihat kesannya iaitu perkembangan agama Islam dan pertambahan umat Islam di seluruh pelosok dunia sehingga Islam itu sendiri sampai ke kita pada hari ini

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”

Perkataan Selawat atau Salawat diambil dari perkataan solat, yang beerti doa atau pujian. Berpandukan istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat boleh didefinisikan sebagai doakepada Allah agar minta dilimpahkan rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW. Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW beserta maksud perlu dipelajari supaya dapat menjadikannya amalan dalam kehidupan seharian

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengagungkan, memperbesarkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta memartabatkan perjuangannya yang mulia. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu bersyukur terhadap Allah yang menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusannya dan rahmat kepada seluruh alam

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Allah SWT menciptakan para hambaNya yang terdiri daripada jin dan manusia sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr 59:21 yang bermaksud;

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”

Penciptaan jin dan manusia adalah semata-mata untuk beribadah, mengenaliNya dan mengagungkanNya sebagaimana maksud Firman Allah SWT dalam Surah al-Zariyat 51: 56

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

Terdapat banyak bentuk dan sighah ibadah atau zikrullah sama ada solat, puasa, zakat, haji atau lafaz zikrullah sendiri seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang dilafazkan oleh para makhluk di langit dan di bumi sebagaimana firman Allah dalam surah al-Jumuah 60:1 yang bermaksud;

“Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Selawat-selawat yang dibaca adalah satu bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi tujuan berdoa, mendoakan dan merahmati

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merangkumi jenis-jenis selawat beserta maksud

Hukum Berselawat

Hukum berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara amnya adalah sunat. Terutamanya apabila:

  • Setiap kali nama Nabi Muhammad SAW disebut

Namun begitu, hukumnya wajib pada keadaan berikut:

  • Ketika menunaikan solat iaitu ketika membaca tasyahud (tahiyyat)

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu bentuk ibadat sebagaimana berzikir, tahmid dan tasbih. Hukumnya adalah wajib sekali seumur hidup dan sunat serta digalakkan pada setiap masa berselawat.

Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim yang bermaksud; “Sesiapa yang berselawat ke atas diriku sekali nescaya Allah SWT berselawat ke atas dirinya sebanyak sepuluh kali”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud;

“Orang yang bakhil ialah seseorang yang tidak berselawat ke atas diriku”

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Al-Tabrani)

Cara Bacaan Selawat

Disunatkan untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan cara di bawah:

  1. Menggunakan pertuturan yang sopan
  2. Menzahirkan sifat mulia Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan keluhuran budi serta jasa baginda
  3. Selawat yang afdhal adalah selawat Ibrahimiah (seperti yang dibaca ketika tahiyat akhir)

Bacaan Selawat Umum Beserta Maksud

Selawat Umum

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Rumi: Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim

Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera

Selawat Umum Ringkas

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Rumi: Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Bacaan Selawat Ibrahimiyah (Selawat Di Tahiyat Akhir) Beserta Maksud

Selawat Ibrahimiyah

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Rumi: Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid
Maksudnya: Ya Allah! Berilah salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member salawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji (Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji) lagi Maha Mulia

Selawat Nabi Dan Maksud Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW Dalam Rumi & Maksud

Video Cara Bacaan Selawat

Kelebihan Berselawat

Terdapat banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, Antaranya adalah:

  1. Memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi SAW di akhirat
  2. Mendapat keampunan dosa dari Allah SWT
  3. Mendapat pahala
  4. Jiwa menjadi tenang
  5. Mendapat rahmat dari Allah SWT
  6. Memudahkan jalan untuk memasuki syurga

No comments:

Post a Comment

  Iran Playing Major Role in Defeating Terrorism in Middle East: Mark Taliano  A renowned author and political commentator from Canada prais...