Tuesday 4 June 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulkaedah 1445H☆


أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِی یَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّوا۟ فِی عُتُوࣲّ وَنُفُورٍ 


"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)" [Surah al-Mulk 21]


#Yakinlah bahawa setiap orang telah tertulis rezeki untuknya. Lambat atau cepat pasti akan diperolehi apa yang telah ditulis untuknya. 


#Berkata Imam Abdullah Al-Haddad rahimahullah: "Yang Allah swt telah tentukan untuk orang lain tidak akan sampai kepada kamu. Yang sudah ditentukan oleh Allah swt untuk kamu pasti akan sampai kepada kamu". 


#Banyaknya rezeki bukan tanda mulia, sedikit rezeki bukan tanda hina. Kedua-duanya adalah ujian semata-mata. 


ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ 


"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" [Surah at-Takāthur 8]


#Allah swt memberi rezeki ada hikmahnya. Dia yang menahan rezeki, juga ada hikmahnya. Usah resah tibanya rezeki sehingga terdorong melakukan perkara yang haram untuk mempercepatkannya. 


#Pilihlah jalan yang halal serta tawakkal dengan tenang dan penuh yakin, janji Allah pasti terlaksana. Ingat selalu pesanan Rasulullah saw ini:


“Jangan tergesa-gesa di dalam mencari rezeki. Kerana sesungguhnya tidak akan mati seseorang hamba (manusia) sehingga sampai kepadanya bahagian terakhir daripada rezeki yang diperuntukkan baginya. Maka perelokkanlah di dalam mencarinya. Ambillah yang halal dan tinggalkanlah yang haram!” (Silsilah Sahihah) 


♡Allah swt mengatakan siapakah orang yang dapat memberi rezeki selain daripada Allah. Dengan kata lain, tiada seorang pun yang dapat memberi, mencegah, menciptakan, memberi rezeki, dan yang menolong selain dari Allah swt semata, tiada sekutu bagiyNya. Kebanyakan manusia mengetahui hal ini, tetapi mereka memilih untuk menyembah selainNya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ZIO-NAZIS GENOCIDES IN HOLY LAND. Bibi starts Christians Massacre in Lebanon after Muslims ones in Gaza Fabio G. C. Carisio October 16, 20...