Monday 3 June 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulkaedah 1445H☆


وَلَا تَتَمَنَّوۡا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ لِّلرِّجَالِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبُوا۟ۖ وَلِلنِّسَاۤءِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣰا 


"Dan janganlah kamu irihati, terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah an-Nisāʾ 32]


#Pada dasarnya dengki merupakan bentuk penentangan kepada Allah swt, kerana orang dengki membenci nikmat yang telah diberikan Allah kepada hambanya.


#Kerana dengki, iblis menjadi musuh Allah yang paling besar disebabkan dosanya bersumber dari rasa sombong dan dengki.


#Irihati dan dengki yang tidak diperbolehkan adalah mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain dan berpindah kepadanya.


#Dengki adalah satu daripada sifat tercela. Pendengki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada padanya. Apabila dia melihat kelebihan yang ada pada insan lain sama ada rupa paras yang cantik jelita, kekayaan yang melimpah ruah, pangkat yang tinggi, kedudukan yang terpuji, dan lain-lain hatinya akan sakit, jiwanya tidak tenteram, perasaannya berkecamuk, dadanya sesak.


#Punca utamanya adalah tidak bersyukur dan tidak redha dengan nikmat pemberian Allah. Sesungguh Allah Maha Bijaksana dalam memberi dan membahagi-bahagikan nikmat kepada hambaNya. Pemberian nikmat yang tidak sama kepada setiap makhlukNya adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya dan menguji keimanan mereka.


#Nabi saw mengajar kita doa supaya kita menjadi hamba yang bersyukur dan merawat perasaan dengki terhadap orang lain. 


#Baginda saw bersabda: “Sesiapa yang berkata (berdoa) pada waktu pagi:


اللهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ


Maksud doa: "Ya Allah apa sahaja ni’mat yang ada padaku pagi ini atau yang ada pada seseorang dari kalangan makhlukMu, maka semuanya itu daripadaMu Yang Maha Esa semata-mata. Maka untukMu sahajalah segala pujian dan kepadaMu sahajalah segala kesyukuran"


Maka sesungguhnya dia telah melaksanakan syukur pada hari tersebut" (HR an-Nasaei) 


♡Jauhilah sifat dengki dan irihati. Jadilah manusia yang bersyukur dan sentiasa redha dengan apa sahaja nikmat yang dikurniakan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  Israel has declared war on peacekeeping; Washington joins Israel in war on truth – Day 370 contact@ifamericansknew.org   October 12, 2024 ...