Sunday 2 June 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulkaedah 1445H☆


وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا 


"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang" [Surah al-Isrāʾ 37]


#Kesombongan adalah penyakit hati dan membina jurang kehidupan dengan manusia lain. Kesombongan timbul disebabkan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah seperti memiliki jawatan pangkat yang besar, kekuasaan yang banyak, harta yang melimpah, keilmuan yang melaut, kecantikan paras rupa dan pakaian yang indah. 


#Berkata salafussoleh:


عن سفيان رحمه الله قال: كانوا يكرهون الشهرتين: الثياب الجياد التي يَشتهر فيها ويرفع الناس فيها أبصارهم، والثياب الرديئة التي يُحتقرُ فيها ويُستذلُ دينه


"Imam Sufian at-Thauri apabila menceritakan perihal salaf dalam berpakaian menyatakan: Mereka ini tidak menyukai dua jenis pakaian: pakaian yang terlalu mewah sehingga menarik mata manusia serta membina kesombongan dalam diri dan pakaian yang terlalu buruk yang menyebabkan manusia memandang rendah padanya sehingga membawa fitnah kehinaan terhadap agama" (Lihat: Mausu'ah ibnu Abi Dunya)


#Setiap apa yang kita lakukan bukan sekadar menggambarkan siapa kita, tetapi ianya juga adalah lambang kepada agama kita. Maka berhati-hatilah supaya tindakan kita tidak menjadi fitnah kepada agama yang mulia ini disebabkan kesombongan yang wujud dalam diri kita atas nikmat yang dikurniakan. 


وَإِذَاۤ أَنۡعَمۡنَا عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ أَعۡرَضَ وَنَـَٔا بِجَانِبِهِۦ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ یَـُٔوسࣰا 


"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dengan penuh kesombongan; dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa" [Surah al-Isrāʾ 83]


#Allah swt mengatakan bahawa jika diberikan kenikmatan kepada manusia seperti kesihatan, kemewahan atau kekayaan, niscaya mereka berpaling tidak bersyukur kepada Allah dan menjauhkan diri dari mengingati Allah dengan sombong. Jika mereka ditimpa kesusahan, seperti sakit atau kemiskinan niscaya mereka berputus asa kehilangan harapan dari rahmat Allah. 


♡Jadilah hamba Allah yang bertaqwa, warak dan bersyukur. Jangan sesekali angkuh dan sombong dengan nikmat yang dikurniakan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  Slaughter in Gaza and Lebanon as War with Iran Approaches. “These psychos must be stopped”. Caitlin Johnstone Israel appears to have  begu...