Thursday, 29 September 2022

Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1444H☆


لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ 


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]


#Sambung lagi bicara mengenai baginda Rasulullah saw.


#Baginda Rasulullah saw merupakan seorang insan yang terpuji dan paling mulia di antara makhluk-makhluk Allah swt yang ada di atas muka bumi ini. Di samping itu, setiap orang yang beriman bercita-cita untuk berada bersama dengan baginda Nabi saw sebagaimana yang dirasai oleh para sahabat Nabi saw. Tambahan pula, Allah swt menyifatkan kita sebagai umat yang terbaik disebabkan kita mendapat rasul yang terbaik daripada kalangan rasul yang ada.


#Firman Allah swt:


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) [Surah Aali Imran 110]


#Walaupun kita tidak pernah berjumpa dan hidup bersama Rasulullah saw, kita tetap wajib beriman dengan baginda saw serta melaksanakan segala perintah baginda, sunnahnya dan menyambung perjuangan baginda dalam meninggikan agama Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan kita dibangkitkan kelak dimahsyar nanti bersama-sama baginda saw dan beroleh syafaatnya.


#Sabda Rasulullah saw:


طُوبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي، ثُمَّ طُوبَى، ثُمَّ طُوبَى، ثُمَّ طُوبَى لِمَنْ آمَنَ بِي وَلَمْ يَرَنِي


“Beruntunglah bagi orang yang melihatku dan beriman denganku. Beruntung lagi beruntung dan lagi beruntung bagi orang yang beriman denganku tetapi dia tidak melihatku" (HR Ahmad dan at-Thabrani. Hasan Li Ghairih)


#Hadis ini menunjukkan kelebihan kepada umat Nabi Muhammad saw yang beriman dengan Baginda saw selepas daripada kewafatan Baginda saw. Akan tetapi, ia tidak menunjukkan bahawa keimanan umat yang muncul selepas kewafatan Nabi saw adalah lebih hebat berbanding para sahabat Nabi saw. Ini kerana, tiada yang dapat menandingi keimanan para sahabat sebagaimana disifatkan oleh Nabi saw bahawa kurun mereka iaitu kurun para sahabat adalah kurun yang terbaik.


#Rasulullah saw adalah insan yang paling mulia dipilih Allah, tidak seperti manusia lain. Rasulullah saw mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Allah swt menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan dan panduan untuk semua umat. 


قَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Ahzab 21]


♡Menyintai Rasulullah saw adalah termasuk dalam keimanan dan termasuk dalam kemanisan iman. Jadikanlah Rasulullah saw sebagai idola dan ikutan dalam segala urusan kehidupan kita!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  West is ‘completely delusional’ over Ukraine and will pay dearly for this mistake, warns Orbán Ahmed Adel Ahmed Adel is a Cairo-based geop...