Wednesday, 28 September 2022

RAHSIA YA HUWA

RAHSIA YA HUWA

donshafi911

RAHSIA YA HUWA

Siapakah si ‘Dia’ itu? 

Beratus tahun lamanya ‘Nama yang dirahsiakan’ itu tersimpan di dalam tabut rahsia.Kononnya para pendeta dari Bani Israel tidak mahu mendedahkan nama Tuhan Yang Agung.Lantas kononnya atas sifat menghormati Nama-Nya yang Agung,mereka hanya memanggil-Nya sebagai ‘Dia’.

Selepas kematian orang-orang alim dalam agama yang dibawa oleh nabi-nabi,muncullah golongan Yahuda,iaitu golongan yang menyeleweng dalam agama Tuhan Musa a.s. Golongan ini semakin berani menindas pengikut-pengikut Nabi malah mereka berani membunuh nabi-nabi sendiri. Inilah golongan dari Bani Israel yang amat jahat dan kejam.

Mereka menyuburkan lagi segala bidaah dan kesesatan sehinggalah muncul agama baru yang dipanggil ‘AGAMA YAHUDI’, yang berteraskan kitab Talmud iaitu kompilasi karangan,ulasan,syarahan dan pendapat para rabbi.

Golongan yang mengamalkan penyembahan syaitan warisan dari agama sihir Firaun pun memunculkan diri, inilah dia para Kabbalis dan agama mereka, Kabbalah. Inilah dia sisi gelap dari para rabbi syaitan yang menentang Tuhan Musa, Isa, Ishak, Yaakub dan Zakaria.

Nama yang dirahsiakan menjadi ‘Yahuwa’ atau ‘Yahweh’ kemudian disebut ‘Jehova’ oleh orang-orang Caucasian dari dataran Eropah yang menganut faham Yahudi-Kabbalis.

Orang-orang Yahudi dengan segala sinagog,kuil dan rumah berhala mereka semakin lupa akan ‘Nama yang Agung’ itu. Tuhan mereka adalah ‘Yahweh’, tuhan misteri yang tersembunyi lantas dikalahkan oleh Lucifer, yang lebih aktif dan nampak hebat. Tuhan yang tersembunyi ibarat berada dalam kegelapan,dan Lucifer kononnya menjadi Dewa Cahaya.

Para rabbi pun menganut Kabbalis,satu ‘tarikat’ tersembunyi yang hanya dketahui oleh para rabbi dan orang-orang terpilih.Inilah dia intipati ‘AGAMA YAHUDI’ yang sesat lagi menyesatkan.

Sebenarnya zaman bagi umat Bani Israel menjadi umat pilihan Tuhan sudah lama berakhir,semua itu menjadi kenangan sahaja pada hari ini.HARI INI HANYA UMAT ISLAM SAHAJA YANG MENJADI UMAT PILIHAN TUHAN.Mengapa?

Ingat… untuk memahami rahsia StarGate,kita perlu memahami apa yang Azazel cari-cari dan dan untuk memahami apakah dia yang dicari oleh Azazel (Izzazil, homo matrix: Iblis), kita perlu memahami SISTEM TUHAN DI BUMI.

.

Sistem Tuhan

Kita perlu memahami sistem Tuhan dalam setiap penciptaan-Nya.Ini juga berkait dengan situasi atau ‘pattern’ perjalanan sejarah manusia.Dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad,terdapat DUA PERKARA PENTING yang perlu kita fahami.Terdapat dua perkara penting yang dibawa oleh nabi-nabi:

1-Akidah

2-Syariat

Pelajaran pertama,sistem akidah ADALAH SAMA BAGI SETIAP AJARAN NABI-NABI DAN SAMA SEPANJANG MASA.Tidak pula Nabi Adam mengajarkan menyembah Tuhan Air kemudian Nabi Idris mengajak menyembah Tuhan Api dan akhirnya Nabi Muhammad mengajak menyembah Tuhan Bumi.TIDAK SAMA SEKALI.

Semua nabi-nabi mengajak manusia MENYEMBAH ALLAH S.W.T.Tiada Tuhan selain Allah s.w.t.Allah lah yang mencipta langit dan bumi.Allah lah yang mencipta segala makhluk.Ini adalah sistem Tauhid yang universal.Kebanyakan manusia senang memahami jika dikatakan ada Tuhan yang menciptakan semua ini.Tuhan lah yang mencipta diri mereka sendiri.Fitrah semulajadi manusia juga memahami bahawa sudah pasti ada kuasa yang amat berkuasa mencipta semua ini.

Tetapi masalah terjadi kepada perkara kedua iaitu SYARIAT.Syariat dalam bahasa mudahnya ialah tatacara kehidupan atau CARA HIDUP berdasarkan KEHENDAK TUHAN tadi.Tuhan telah mencipta manusia,kemudian Tuhan juga mahu manusia berhidup mengikut cara atau kehendak yang digariskan untuknya.Tuhan mahu manusia menyembah-Nya.Tuhan juga mahu manusia melakukan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.TUHAN MAHU MANUSIA MENGIKUT CARA HIDUP BERDASARKAN KEHENDAK-NYA.

Katakuncinya ialah:Tuhan telah mencipta manusia namun manusia tidak boleh berhidup dengan sistem ciptaan sendiri atau makhluk lain.Manusia mesti berhidup dengan sistem Tuhan.

DENGAN KATA LAIN MANUSIA DICIPTA UNTUK BERHIDUP MENGIKUT KEHENDAK ALLAH AZZA WA JALLA.

Manusia bukan dicipta untuk mengikut sistem Komunis.Manusia bukan dicipta untuk mengikut sistem Yahudi.Manusia bukan dicipta untuk mengikut telunjuk Nasara (Kristian).MANUSIA DICIPTA UNTUK MENGIKUT AGAMA ALLAH AZZA WA JALLA.Namun dalam hal ini manusia amat payah untuk memahami atau menurut perkara kedua ini yakni SYARIAT.Manusia percaya Allah yang mencipta langit dan bumi,manusia percaya Allah lah yang mencipta diri mereka TETAPI MANUSIA TIDAK PERCAYA ALLAH TELAH MENETAPKAN CARA HIDUP UNTUK MANUSIA.

Manusia lebih percaya cara hidup mereka ditentukan oleh NAFSU SERAKAH sendiri.Manusia lebih percaya cara hidup mereka ditentukan oleh manusia yang lain.Namun yang paling malang ialah manusia percaya CARA HIDUP MEREKA DITENTUKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN.

Pilihlah,cara hidup mana yang kita mahukan.Pilihlah.Cara Yahudi,cara Kristian,cara hippies yang berfoya-foya,cara Komunis,Kapitalis atau Liberal.Pilihlah.Tuhan telah memberikan JANGKA MASA kepada kita.Satu jangka masa yang amat sukar kita tentukan.

Terdapat dua jangka masa.Ini dinamakan jangkamasa MAJOR dan jangkamasa MINOR.

1-Major:Jangkamasa dari alam semesta ini tercipta sehingga kiamat.

2-Minor:Jangkamasa dari lahir manusia hingalah saat kematiannya.

Berita buruknya,kita tidak tahu tempoh kedua-dua jenis jangkamasa ini.Kita tidak tahu berapa lamakah tempoh alam semesta ini dari penciptaannya hinggalah waktu kemusnahannya.Kita juga tidak tahu berapa umur kita;bilakah kita akan mati.

Istilah untuk saat kemusnahan MAJOR dan MINOR ialah KIAMAT BESAR dan KIAMAT KECIL.

Tuhan telah memberikan kita kedua-dua jangkamasa ini.Sekiranya umur kita sehingga tahun depan misalnya namun tiba-tiba Tuhan mahu kiamat terjadi hari Jumaat minggu ini,maka TEMPOH kita sudah tamat.Sekiranya kiamat terjadi pada Disember 2012 (misalnya) namun ajal kita sampai pada hujung minggu ini,MAKA TEMPOH KITA JUGA TAMAT pada tarikh itu.Tiada kompromi.Tiada lagi surat-menyurat.KITA TERPERANGKAP ANTARA DUA JANGKAMASA INI.

Selagi kita masih hidup,kita masih ada peluang untuk mencari THE HEAVENGATE.Kita masih ada peluang untuk mencari jalan kepada sumber kepada segala cerita ini;MAHA PENCIPTA.

.

Perubahan Syariat

Terdapat dua istilah kenabian. Pertamanya ialah Nabi.Nabi ialah seseorang yang diberikan wahyu supaya memikul tugas kenabian di mana dia harus menyebarkan ajaran agama Allah bukan dengan syariat yang baru,tetapi MENERUSKAN syariat rasul sebelumnya.Rasul pula adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk memikul tugas kenabian di mana dia harus menyebarkan ajaran agama Allah.Bezanya ialah dia MEMBAWA SYARIAT BARU SERTA MEMANSUHKAN SYARIAT RASUL SEBELUMNYA.

Katakan terdapat 4 orang nabi dan 3 orang rasul.Nabi A,Nabi B,Nabi C,Nabi D,Rasul A,Rasul B dan Rasul C.

Mula-mula Rasul A diutuskan.Kemudian Nabi A.Setelah beberapa lama Rasul B pula hidup.Kemudian Nabi B seterusnya Nabi C.Kemudian Rasul C pula diutuskan.Akhirnya Nabi D pula diutuskan.

Dalam kes ini Nabi A mesti mengikut syariat Rasul A.Nabi B dan Nabi C pula mesti mengikut syariat Rasul B dan pada masa yang sama syariat RASUL A TERMANSUH.Kemudian dengan kemunculan RAsul C,syariat Rasul A dan RAsul B termansuh serta nabi-nabi selepasnya mesti mengikut syariat RAsul C,contohnya Nabi D dalam kes ini.

Sebab itu TIADA SIAPA BOLEH MEMANDAI-MANDAI MENGATAKAN DIA MENGIKUT SYARIAT NABI IBRAHIM misalnya.Syariat Nabi Ibrahim (Nabi Ibrahim juga seorang Rasul) sudah lama mansuh dengan kehadiran rasul-rasul seperti Ishak,Yaakub dan yang penting sekali telah ditutup dengan Rasul terakhir,Nabi Muhammad s.a.w.

DALAM HAL INI YANG MEMBEZAKAN ANTARA NABI DAN RASUL IALAH PERUBAHAN SYARIAT ITU.Adakah syariat baru atau syariat lama.Kalau seseorang itu mendapat syariat lama,dia ialah seorang Nabi.Jika mendapat syariat baru,dia adalah seorang RAsul.Apakah hikmah Allah Azza wa Jalla menukar-nukar syariat?Mengapa tidak dibiarkan syariat Nabi Adam a.s (Nabi Adam juga seorang Rasul) terus wujud sehingga ke hari ini?

ANTARA HIKMAH ALLAH S.W.T MENUKAR-NUKAR SYARIAT IALAH SUPAYA SETIAP MANUSIA MEMATUHI SETIAP UTUSAN-NYA.MEMATUHI UTUSAN-NYA SAMALAH SEPERTI MEMATUHI KEHENDAK-NYA.

Jika Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad misalnya dengan menggunakan syariat Nabi Ibrahim,sudah tentu ramai manusia yang menolak kerasulan Nabi Muhammad.Kata-kata Nabi Muhammad tidak akan dipatuhi.Malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri akan diadili oleh manusia sama ada benarkah cara hidupnya sama dengan syariat Nabi Ibrahim.Jika semua nabi-nabi membawa syariat yang sama maka sudah tentu pada hari ini terdapat 124000 ribu aliran agama Allah di mana jumlah itu adalah jumlah nabi-nabi.

Dari Abi Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?” Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas(312)”

(Hadits riwayat At-Turmuzy)

Setiap orang akan mendakwa memilih ajaran nabi masing-masing.Dan sudah pasti kitab AlQuran tidak lagi terpandang.Setiap aliran mempunyai kitab atau suhufnya sendiri.INI ADALAH KECELARUAN YANG DASYAT.

Namun terdapat satu lagi hikmah mengapa syariat ini bertukar-tukar.

.

Perubahan di Dalam Matrix

Allah s.w.t adalah pencipta manusia.Allah Maha Tahu apakah kelemahan atau kelebihan manusia.Allah Maha Tahu apa yang baik atau apa yang buruk buat manusia.SEBENARNYA BUMI DAN ALAM SEMESTA INI DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA. Istilah alam semesta yang dapat diketahui oleh semua deria manusia ini ialah MATRIX MANUSIA.

Berita buruknya,Matrix Manusia ini sifatnya ialah akan berubah dalam kitaran tertentu. Setiap perubahan akan meninggalkan kesan secara fizikal, secara elektromagnetik, elektrik, kimia, biologi dan seterusnya.

Akhirnya semua perubahan ini mempengaruhi SPIRITUAL MANUSIA. Hanyutan benua, perubahan iklim, perubahan daya graviti,perubahan aktiviti geo-kimia dan sebagainya adalah kesan fizikal dan kesan perubahan daya-daya yang berinteraksi. Setiap perubahan akan membuka kod-kod tertentu dalam minda manusia. Dan ini ada kaitan DENGAN PERUBAHAN SYARIAT INI!

PERUBAHAN SYARIAT ADALAH SALAH SATU CARA ALLAH S.W.T MENGUJI MANUSIA SUPAYA PATUH KEPADA PERINTAHNYA.

Adakah apabila Allah s.w.t memerintahkan kita patuh kepada syariat Nabi Muhammad s.a.w,kita memandai-mandai berkata bahawa kita hanya patuh kepada Nabi Ibrahim,Nabi Musa atau Nabi Isa sahaja?INILAH YANG MEMBEZAKAN SAMA ADA KITA PATUH DENGAN PERINTAH ALLAH S.W.T ATAU KITA PATUH DENGAN MANUSIA.

Bagaimana dengan manusia yang hanya mengambil AlQuran sahaja yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w namun menolak panduan syariat dari nabi tersebut?

INI ADALAH MEREKA YANG MENGIKUT HAWA NAFSU DAN AKAL SEMATA-MATA.NOKTAH.

Bagaimana mereka mahu percaya kepada AlQuran sahaja namun tidak percaya kepada kata-kata Nabi Muhammad yang dipilih sebagai tempat diturunkan wahyu yakni AlQuran itu?Adakah AlQuran diturunkan kepada seorang pendusta?Fikirkan semula.

Setiap zaman terdapat perubahan tertentu yang tidak disedari oleh manusia.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu rahsia perubahan ini.Bagaimana?Mudah saja,INI KERANA ALLAH LAH YANG MERANCANG PERUBAHAN INI.Jadi bagaimanakah caranya Allah s.w.t menyampaikan berita-berita perubahan ini?

MELALUI PARA UTUSAN-NYA.

Sebab itu perkataan ‘nabi’ berasal dari kata ‘naba’ iaitu ‘khabar berita’.Dalam kes ini,manusia mesti mengikuti perkembangan rahsia yang tidak diketahui mereka ini dengan mematuhi perintah Allah melalui mulut utusan-Nya.Setiap perubahan ini mempunyai kesan tertentu.Dan ini akan menyebabkan perlunya manusia menyesuaikan diri kepada perubahan ini.Orang yang mengamalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w akan meninggalkan satu tanda khas yang akan dikenal oleh Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak.Inilah dia ‘barcode’ yang tercetak pada rohani setiap manusia yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengamalkan sunnah-sunnah yang ‘expired’ seperti syariat Nabi Musa atau Nabi Yaakub pada masa KINI adalah mereka yang sesat,walaupun mengaku menyembah Allah s.w.t.Ini kerana DI DALAM SYARIAT MUHAMMAD ITU TERSEMBUNYI PERINTAH DAN KEHENDAK ALLAH.Bagaimana dia dikatakan menyembah Allah padahal Allah memerintahkan manusia menyembahnya dengan bersolat mengikut cara Nabi Muhammad namun orang tadi berdegil mahu menyembah Allah mengikut NAFSU SERAKAH DAN AKAL SENDIRI?

Syariat Nabi Muhammad menyimpan rahsia bagaimana manusia mampu mencapai tahap Heavengate.Namun Azazel menjanjikan kepada para pengikutnya satu jalan pintas yang lain,yang kononnya mampu menyampaikan mereka kepada HeavenGate.

Ya Huwa…wahai ‘Dia’…namun sang Iblis tidak mahu memberitahu siapakah si Dia…Iblis memesongkan Yahudi dan Nasrani dengan menggantikan ‘Dia’ itu kepada dirinya atau objek-objek lain. Iblis menggunakan sedikit rahsia si ‘Dia’ untuk membohongi manusia. Kita tahu siapa si ‘Dia’ namun malangnya ada di antara kita mahu murtad dengan segera supaya mahu cara hidupnya dipilihkan oleh Yahudi, Nasrani dan Iblis.

Adakah kita mahu hidup kita ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla…

atau Yahudi? atau Nasrani?

atau Iblis dan Syaitan?

Allahu’alam…

zulsegamat

No comments:

Post a Comment

Can the ICC survive its arrest warrant for Netanyahu?

  Can the ICC survive its arrest warrant for Netanyahu? Maureen Clare Murphy    Rights and Accountability    27 November 2024 Protesters dem...