KAJIAN SAINS QURAN: BOROBUDUR ADALAH PENINGGALAN NABI SULAIMAN A.S.
KAJIAN SAINS QURAN: BOROBUDUR ADALAH PENINGGALAN NABI SULAIMAN A.S.
Dinyatakan dalam Al-Quran ayat ke 13.. Surah Saba.
“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki… dari bangunan2 yang tinggi… dan PATUNG-PATUNG, dan pinggan2 hidangan yang besar seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang berterima kasih”.
.
.
Perlu diingat, Nabi Sulaiman tidak membuat patung untuk disembah. Kerana dalam Al-Quran sendiri disebutnya “tamatsi”. Ini berbeza dengan patung yg disembah iaitu namanya berhala dan disebut “asnam”.
Pembinaan patung telah diharamkan semasa era Nabi Muhammad SAW kerana patung2 ini disembah oleh agama2 sesat.
“CANDI BOROBUDUR” adalah bangunan yang dibangun oleh “TENTERA NABI SULAIMAN” termasuk di dalamnya dari kalangan bangsa Jin yang disebut dalam Al Qur’an sebagai “ARSY BAGI RATU SABA”.
PRINCESS OF SABA, RATU SHEEBA atau “RATU BALQIS” adalah “RATU BOKO” yang sangat terkenal sekali di kalangan masyarakat Jawa, sementara patung-patung di Candi Borobudur yang selama ini dikenali sebagai patung Buddha, sebenarnya adalah patung model bidadari dalam syurga yang menjadikan Nabi Sulaiman sebagai model dan berambut keriting.
Dalam literatur Bani Israel dan Barat, bangsa Yahudi dikenali sebagai bangsa pandai tukang dan berambut keriting, tetapi faktanya justeru Suku Jawa yang menjadi bangsa tukang dan berambut keriting (perhatikan patung Nabi Sulaiman di Candi Borobudur).
.
Hasil kajian tersebut juga dapat menyimpulkan bahawa “SUKU JAWA” disebut juga sebagai “BANI LUKMAN” kerana menurut karakternya, suku tersebut sesuai dengan ajaran-ajaran LUKMANUL HAKIM sebagaimana yang tertera dalam Al Qur’an.
Nabi Sulaiman meninggalkan negeri bernama SLEMAN di Yogyakarta – Jawa Tengah.
Nabi Sulaiman a.s. mewarisi kerajaan dari Nabi Daud a.s. yang dikatakan di dalam Al-Qur’an dijadikan Khalifah di Bumi (menjadi Penguasa Dunia dengan Benua Atlantis sebagai Pusat Peradabannya), Nabi Daud juga dikatakan raja yang mampu menaklukkan besi (membuat senjata dan gamelan dengan tangan, beliau juga bersuara merdu) dan juga menaklukkan gunung hingga dikenal sebagai Raja Gunung.
Di Nusantara ini yang dikenal sebagai Raja Gunung adalah “SYAILENDRA” , menurut Dr. Daoed Yoesoef nama Syailendra berasal dari kata saila dan indra, saila = gunung dan indra = raja.
Jadi sebenarnya Bani Israel yang sekarang menjajah Palestin bukan keturunan Israel asli yang hanya terdiri 12 suku, tetapi mereka menamakan diri suku ke 13 iaitu Suku Khazar (yang asalnya dari Asia Tengah) hasil perkawinan campur Bani Israel yang mengalami diaspora dengan penduduk tempatan, posisi suku Khazar ini majoriti di seluruh dunia.
Sedang Yahudi asli telah menghilang yang dikenal sebagai suku-suku yang hilang “The Lost Tribes” yang mana mereka pergi ke timur dan banyak yang menuju ke “THE PROMISED LAND” iaitu Indonesia atau mungkin juga Malaysia.
Negeri Saba’ sebuah pemerintahan yang sangat kuat kerana dipimpin oleh Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis. maka terbukti bahawa NEGERI SABA’ itu adalah INDONESIA dengan pusat pemerintahan di Jawa dan ARSY BAGI RATU SABA’ yang dipindahkan atas perintah Nabi Sulaiman a.s. adalah Candi Borobudur yang dipindahkan dari Istana Ratu BOKO, dan NEGERI SABA’. Inilah BENUA ATLANTIS yang hilang itu. Bererti Negeri ini telah mewarisi peradaban besar bangsa-bangsa.
=============================
15 perkara penting yang menjadi bukti berdasarkan Al-Qur’an bahwa SABA’ itu ada di Pulau Jawa (Indonesia) dan bukan di YAMAN
1. Di dalam buku-buku Ilmu Sejarah kita disebutkan bahawa Candi Borobudur didirikan pada abad ke-7 Masehi, tetapi penelitian terhadap batu candi tersebut tidak dapat dihitung umurnya dengan Isotop C (Carbon). Sehingga boleh ditarik hipotesisnya, bahawa Candi Borobudur tidak dibuat pada abad ke-7 Masehi.
2. Adanya fenomena angka 19 di Candi Borobudur. Ada pun mengenai phenomena angka 19 itu terdapat di dalam Al Qur’an berasal dari kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim yang terdiri dari 19 huruf. Kalimah Bismillaahirrahmaanirrahiim ini yang memperkenalkannya kepada kita adalah nabi Sulaiman a.s. ketika beliau berkirim surat kepada Ratu Saba’.
Cop Surat dari Warkah Nabi Sulaiman a.s. itu adalah kalimah: “Bismillaahirrahmaanirrahiim”.
Isi suratnya adalah: ”Alla ta’luu ‘alaiyya, wa’tuunni muslimiin” (Jangan menyombong kepadaku dan datanglah kepadaku dengan berserah diri). Dan perlu diketahui surat itu sampai sekarang masih ada iaitu di Musium Nasional berupa plat emas bertuliskan Bismillah, surat itu awalnya ditemukan di kolam dekat Candi Borobudur.
Jadi, dapat dikatakan bahawa fenomena 19 itu sudah diketahui oleh Nabi Sulaiman a.s. Oleh sebab itu di Candi borobudur ada fenomena 19.
3. Adanya fenomena posisi tiga buah candi terletak segaris lurus, iaitu: Candi Borobudur, Pawon dan Mendut.
Kerana yang membuat Candi Borobudur itu bukan manusia saja, tetapi juga Jin, maka segaris lurusnya tiga candi, iaitu Borobudur, Pawon dan Mendut bukanlah hal kebetulan. Ini kerana Jin boleh melihatnya dari atas.
Untuk apa mereka membuat ketiga-tiga candi itu segaris lurus?
Untuk membuat gambar Gerhana.
Dengan demikian mereka boleh memberitakan bahawa Borobudur itu gambar Matahari, Pawon itu gambar Bulan dan Mendut adalah gambar Bumi. Itu sebab Mendut mewakili Manusia. Di sana ada sebuah patung Manusia sebagai wakil penduduk bumi adalah manusia.
Mengapa Borobudur itu gambar Matahari? Ya.. kerana si Ratu Saba’ itu dahulunya adalah penyembah Matahari, jadi ‘Arsy dia itu ada nuansa mataharinya.
4. Diceritakan pula di dalam Al-qur’an istananya berbentuk piring-piring dan patung-patung, sementara itu candi borobudur berbentuk piring dan banyak patung-patungnya, dengan termasuk patung Nabi Sulaiman a.s.
5. Candi Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman a.s. dan Indonesia adalah negeri SABA’ yg diceritakan Al-qur’an dalam surah As-Saba (34). Kerananya ada nama daerah Sleman di Yogyakarta – Jawa Tengah yang diambil sempena dari nama Nabi Sulaiman a.s.
6. Sementara itu masih di kota Yogjakarta, tepatnya di daerah Prambanan ada candi ratu Boko yang diambil dari nama Ratu Bulqo/Balqis.
7. Di dalam Qur’an Surah As-Saba tanda-tanda daerahnya ada buah pahit, sementara di sekitar candi borobudur ada buah: Mojo Pahit. Bahkan sebuah kerajaan besar yang pernah jaya di Pulau Jawa dulu rela menamakan kerajaannya dengan nama Kerajaan Majapahit.
8. Lalu diceritakan di dalam Al-Qur’an lagi: bahawa daerah Saba’ dikelilingi dua hutan, sementara itu Borobudur di sana ada daerah Wanagiri dan WanaSABA, di mana dalam kamus bahasa jawa kawi; wana = hutan, saba = pertemuan.
9. Di mana seperti dalam Al-Qur’an, Nabi Sulaiman a.s. menggunakan dua lembar kain dan kain yang luar adalah sutera seperti patung di candi yang terdapat lipatan sutera.
10. Diceritakan lagi di Nabi Sulaiman a.s. sering beristirahat dan berlibur di pantai sebelah timur negeri Saba, sementara di sebelah timur Indonesia deket Papua ada pulau Solomon, yang diambil dari nama Nabi Sulaiman a.s.
11. Di dalam Al-Qur’an surah As-Saba’ diceritakan negeri SABA’ telah diazab Allah karena penduduknya kufur dan tidak beriman, iaitu berupa dengan mengirim banjir besar yang menghancurkan negeri Saba’ menjadi berkeping-keping. Kerananya hanya Indonesia-lah satu-satunya negara di Dunia yang mempunyai lebih 17,000 pulau.
14. Adanya angin monsun di Indonesia semakin menguatkan bukti bahawa Indonesia adalah negeri Saba’.
==============================
Dalam Al-Quran, kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba disebutkan dalam surah An-Naml [27]: 15-44, Saba [34]: 12-16, al-Anbiya [21]: 78-81, dan lain-lain surah lagi.
Terdapat beberapa simbol, yang mengesahkan teorinya dengan kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba yang dikatakan sebenarnya berada di Jawa yakni bukan di wilayah Timur Tengah sebagaimana diyakini ramai orang sekarang, sesuai dengan keterangan di dalam Al-Quran.
Pertamanya adalah tentang tabut, iaitu sebuah tempat atau peti yang mengandungi warisan Nabi Daud a.s. kepada Nabi Sulaiman a.s.
Kononnya, di dalamnya terdapat kitab Zabur, Taurat, dan Tongkat Musa, serta ia mampu memberikan ketenangan. Pada suatu relik yang terdapat di Borobudur, baginya jelas tampak sebuah peti atau tabut yang dijaga oleh seseorang.
“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: ‘Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang-orang yang beriman. ” (QS Al-Baqarah [2]: 248).
Kerja pembinaan yang dilakukan oleh jin yang tidak menyelesaikan ketika mengetahui Raja Nabi Sulaiman telah
wafat. (QS Saba [34]: 14).
Ketika mengetahui Nabi Sulaiman telah wafat, para jin pun telah menghentikan pekerjaannya. Dan bukti bagi ayat ini ialah di Borobudur, terdapat patung yang dalam keadaan belum disiapkan pembuatannya. Patung itu disebut dengan gelaran Unfinished Solomon.
Para jin diperintahkan membina bangunan yang tinggi dan membuat patung-patung. (QS Saba [34]: 13).
Seperti diketahui, banyak patung Buddha yang ada di Borobudur. Sedangkan gedung atau bangunan yang tinggi yang dimaksudkan itu adalah Candi Prambanan.
Sulaiman bercakap dengan burung-burung dan haiwan-haiwan. (QS An-Naml [27]: 20-22). Reliknya juga ada. Bahkan, sejumlah bingkai relik Borobudur bermotifkan bunga dan burung. Terdapat pula sejumlah relik haiwan lain, seperti gajah, kuda, babi, anjing, monyet, dan lain-lain.
Kisah Ratu Saba dan rakyatnya yang menyembah matahari dan bersujud pada sesama manusia. (QS An-Naml [27]: 22).
Saba’ ada di Indonesia, yakni Wonosobo.
Dalam Al-Quran, wilayah Saba ditumbuhi pohon yang sangat banyak. (QS Saba [34]: 15). Dalam kamus bahasa Jawi Kuno, yang disusun oleh Dr Maharsi, kata ‘Wana’ bermakna hutan. Wana Saba atau Wonosobo adalah bermaksud “Hutan Saba”.
Buah ‘maja’ yang pahit. (Majapahit) Ketika banjir besar (Sail al-Arim) menimpa wilayah Saba’, pokok-pokok yang ada di sekitarnya menjadi pahit sebagai azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.
“Tetapi, mereka berpaling ingkar, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar [1236] dan Kami gantikan kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit iaitu pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.” (QS Saba [34]: 16).
Sulaiman mengirimkan sepucuk surat kepada Ratu Saba’ melalui burung Hud-hud.
“Pergilah kamu dengan membawa suratku ini.” (QS An-Naml [27]: 28). Surat itu ditulis di atas plat emas sebagai lambang simbolik kepada kekayaan Nabi Sulaiman. Cebisan surat emas itu telah ditemui di sebuah kolam di Candi Ratu Boko.
Bangunan yang hanya tinggal sedikit (Sidrin Qalîl). Lihat surah Saba [34] 16). Bangunan yang hanya tinggal sedikit itu sebenarnya adalah wilayah Candi Ratu Boko. Dan di sana terdapat sejumlah stupa yang tinggal sedikit. “
Ini membuktikan bahawa Istana Ratu Boko adalah istana Ratu Saba yang dipindahkan atas perintah Sulaiman.
==============================
Dinyatakan dalam Al-Quran ayat ke 13… Surah Saba.
34-13: Mereka (jin-jin itu) kerjakan untuknya (Nabi Sulaiman) apa yang dikehendakinya daripada “mihrab-mihrab” (bangunan-bangunan yang tinggi), dan patung-patung, dan piring-piring seperti kolam, dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah wahai keluarga Daud (dalam keadaan) bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku (Allah) yang bersyukur.
============================
SEMUA BUKTI-BUKTI ADALAH BERDASARKAN KAJIAN AL QURAN
Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang utusan Allah yang diberikan keistimewaan dengan kemampuannya menaklukkan seluruh makhluk ciptaan Allah, termasuk angin yang tunduk di bawah kekuasaannya atas izin Allah. Bahkan, burung dan jin juga patuh pada perintah Sulaiman.
Nabi Sulaiman diperkirakan hidup pada abad ke-9 Sebelum Masehi (989-931 SM), atau sekitar 3,000 tahun yang lalu. Sementara itu, Candi Borobudur sebagaimana tertulis dalam berbagai buku sejarah nasional, didirikan oleh Dinasti Syailendra pada akhir abad ke-8 Masehi atau sekitar 1,200 tahun yang lalu.
Kerana itu, wajarlah bila banyak orang yang mungkin tertawa bila disebutkan bahawa Candi Borobudur didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s.
Berdekatan dengan Candi Borobudur adalah Candi Pawon dan Candi Mendut. Beberapa kilometer dari Candi Borobudur, terdapat Candi Prambanan, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Plaosan, dan lainnya.
Candi-candi di dekat Prambanan ini merupakan candi Buddha yang didirikan sekitar tahun 772 dan 778 Masehi.
Lalu, apa hubungannya dengan Sulaiman?
Benarkah Candi Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman yang hebat dan agung itu? Apa bukti-buktinya? Benarkah ada jejak-jejak Islam di candi Buddha terbesar itu? Tentu perlu penelitian yang komprehensif dan melibatkan berbagai pihak untuk membuktikan kesahihan dan kebenarannya.
Namun, bila pertanyaan di atas diajukan kepada KH Fahmi Basya, ahli matematik Islam itu akan menjawabnya; benar. Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman yang ada di tanah Jawa.
Terdapat beberapa ciri-ciri Candi Borobudur yang menjadi bukti sebagai peninggalan putra Nabi Daud tersebut. Di antaranya, hutan atau negeri Saba’, makna Saba’, nama Sulaiman, buah maja yang pahit, dipindahkannya istana Ratu Saba ke wilayah kekuasaan Nabi Sulaiman, bangunan yang tidak terselesaikan oleh para jin, tempat berkumpulnya Ratu Saba, dan lainnya.
Dalam Al-Quran, kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba disebutkan dalam surah An-Naml [27]: 15-44, Saba [34]: 12-16, al-Anbiya [21]: 78-81, dan lainnya. Tentu saja, banyak yang tidak percaya bila Borobudur merupakan peninggalan Sulaiman.
Di antara alasannya, kerana Sulaiman hidup pada abad ke-10 SM, sedangkan Borobudur dibangun pada abad ke-8 Masehi. Kemudian, menurut banyak pihak, peristiwa dan kisah Sulaiman itu terjadi di wilayah Palestin, dan Saba’ di Yaman Selatan, sedangkan Borobudur di Indonesia.
Tentu saja hal ini menimbulkan penasaran. Apalagi, KH Fahmi Basya menunjukkan bukti-buktinya berdasarkan keterangan Al Quran. Lalu, apa bukti sahih andai Borobudur merupakan peninggalan Sulaiman atau bangunan yang pembuatannya merupakan perintah Sulaiman?
Seperti yang dapat dilihat melalui relief-relief yang ada, memang terdapat beberapa simbol, yang mengesankan dan identikal dengan kisah Sulaiman dan Ratu Saba, sebagaimana keterangan Al Quran.
Pertama adalah tentang tabut, yaitu sebuah kotak atau peti yang berisi warisan Nabi Daud AS kepada Sulaiman. Konon, di dalamnya terdapat kitab Zabur, Taurat, dan Tingkat Musa, serta memberikan ketenangan. Pada relief yang terdapat di Borobudur, tampak peti atau tabut itu dijaga oleh seseorang.
“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: ‘Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman’.” (QS Al-Baqarah [2]: 248).
Kedua, Pekerjaan jin yang tidak selesai ketika mengetahui Sulaiman telah wafat. (QS Saba [34]: 14). Saat mengetahui Sulaiman wafat, para jin pun menghentikan pekerjaannya. Di Borobudur, terdapat patung yang belum tuntas diselesaikan. Patung itu disebut dengan Unfinished Solomon.
Ketiga, para jin diperintahkan membangunkan gedung yang tinggi dan membuat patung-patung. (QS Saba [34]: 13). Seperti diketahui, banyak patung Buddha yang ada di Borobudur. Sedangkan gedung atau bangunan yang tinggi itu adalah Candi Prambanan.
Keempat, Sulaiman berbicara dengan burung-burung dan haiwan-haiwan. (QS An-Naml [27]: 20-22). Reliefnya juga ada. Bahkan, sejumlah frame relief Borobudur bermotifkan bunga dan burung. Terdapat pula sejumlah relief haiwan lain, seperti gajah, kuda, babi, anjing, monyet, dan lain lain.
Kelima, kisah Ratu Saba dan rakyatnya yang menyembah matahari dan bersujud kepada sesama manusia. (QS An-Naml [27]: 22).
Saba’ ertinya berkumpul atau tempat berkumpul. Ungkapan burung Hud-hud tentang Saba, kerana burung tidak mengetahui nama daerah itu.
“Jangankan burung, manusia saja ketika berada di atas pesawat, tidak akan tahu nama sebuah kota atau negeri”.
Tempat berkumpulnya manusia itu adalah di Candi Ratu Boko yang terletak sekitar 36 kilometer dari Borobudur. Jarak ini juga memungkinkan burung menempuh perjalanan dalam sekali terbang.
Keenam, Saba ada di Indonesia, yakni Wonosobo. Dalam Al Quran, wilayah Saba ditumbuhi pohon yang sangat banyak. (QS Saba [34]: 15).
Dalam kamus bahasa Jawi Kuno, yang disusun oleh Dr Maharsi, kata ‘Wana’ bermakna hutan. Jadi, Wana saba atau Wonosobo adalah hutan Saba.
Ketujuh, buah ‘maja’ yang pahit. Ketika banjir besar (Sail al-Arim) menimpa wilayah Saba, pepohonan yang ada di sekitarnya menjadi pahit sebagai azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.
“Tetapi, mereka berpaling maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar[1236] dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.” (QS Saba [34]: 16).
Kelapan, Sulaiman berkirim surat kepada Ratu Saba melalui burung Hud-hud.
“Pergilah kamu dengan membawa suratku ini.” (QS An-Naml [27]: 28).
Surat itu ditulis di atas pelat emas sebagai bentuk kekayaan Nabi Sulaiman. Surat itu ditemukan di sebuah kolam di Candi Ratu Boko.
Kesembilan, bangunan yang tinggal sedikit (Sidrin qalil). Lihat surah Saba [34] 16). Bangunan yang tinggal sedikit itu adalah wilayah Candi Ratu Boko. Dan di sana terdapat sejumlah stupa yang tinggal sedikit. “Ini membuktikan bahawa Istana Ratu Boko adalah istana Ratu Saba’ yang dipindahkan atas perintah Sulaiman.
Selain bukti-bukti di atas, masih banyak lagi bukti lainnya yang menunjukkan bahawa kisah Ratu Saba dan Sulaiman terjadi di Indonesia. Seperti terjadinya angin Monsun yang bertiup dari Asia dan Australia
(QS Saba [34]: 12), kisah istana yang hilang atau dipindahkan, dialog Ratu Bilqis dengan para pembesarnya ketika menerima surat Sulaiman (QS An-Naml [27]: 32), nama Kabupaten Sleman, Kecamatan Salaman, Desa Salam, dan lainnya.
Dengan bukti-bukti di atas, jelas bahawa Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman.
Perhatikan ayat ini Dalam Al-Quran surat Saba ayat 13:
Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan PATUNG-PATUNG dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang berterima kasih”
Meskipun Nabi Sulaiman bertakhta di Jerusalem, baginda sampai ke tanah Jawa kerana baginda dianugerahi kemampuan lebih, mampu berbicara dengan angin dan jin.
Jika baginda boleh menyuruh Asif memindahkan istana, apatah lagi jika cuma pindah dari Palestin ke Indonesia, sekelip mata juga boleh sampai.Tidak ada yang aneh dengan penelitian ini. Kuasa Allah mengatasi segala2nya.
Kekuasaan Sulaiman meliputi seluruh dunia. Kerana baginda minta tidak akan ada lagi kekuasaan yang seperti itu lagi setelah peninggalan beliau.
Permohonan Nabi Sulaiman dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Allahu’alam…
zulsegamat
No comments:
Post a Comment