Tuesday 27 September 2022

JIWA TARBAWI 815 Dahulukan akalmu.

JIWA TARBAWI 815



Dahulukan akalmu.


Ulul albab adalah orang yang menggunakan akalnya yang sihat untuk mengenal siapakah Allah, Tuhannya. Bagaimanakah keagunganNya. Bagaimanakah kebijaksanaan dan keadilanNya. Semuanya itu dengan melihat dan merenung ayat-ayat Allah. Samaada ayat kauniyah (ciptaan-Nya) yang ada di langit atau di bumi, mahu pun ayat Syar’iyah (hukum Allah) yang ada di dalam KitabNya. Sehingga dia akan semakin tunduk, patuh, taat dan pasrah kepada Allah ‘Azza wa Jalla.


Untuk seseorang itu sempurna agamanya, perlulah akalnya digunakan sebaik mungkin. Bukan hanya dengan semangat dan emosi. Kerana, semangat dan emosi sering hanyut dan dikuasai oleh nafsu. Dan nafsu sering pula menghijab kebenaran dan kewarasan.


Akal dapat menerima dan mengambil ingatan dalam membina keimanan dan ketaqwaan.


﴿..  فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا قَدْ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا ﴾.

(الطلاق: 10)


Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna (iaitu) dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan


(At-Thalaq:10)


Akal akan sentiasa menghargai ilmu sehingga dapat digunakan untuk merenung dan memahami tanda-tanda kebesaran Allah, membawa zikir dan ingatan terhadapNya, lantas membuah rasa takut dan gentar terhadap Allah serta memikirkan nasibnya di akhirat.


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾. (آل عمران: 190-191)


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


(Ali 'Imran :190-191)


Akal yang benar dapat menerima kebaikan dan kebenaran, lantas terus terpimpin dengan hidayah petunjuk Allah.


 ﴿ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴾.  (الزمر: 18)


(Orang-orang) yang mendengarkan perkataan(Al-Quran) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.


(Az-Zumar: 18)


أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚإِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٩﴾ الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ ﴿٢٠﴾ وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ ﴿٢١﴾ وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ ﴿٢٢﴾ (الرعد: 19-22)


Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian, dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),


(Ar-Ra'du:19-22)


Akal yang sihat dan benar dapat membina sebuah syakhsiyyah keperibadian yang hebat dan mulia :


1. TAZAKKUR (mengambil peringatan )


2. MENUNAIKAN JANJI ALLAH bahawa Allah sahaja sebagai Tuhan mereka.


3. MENUNAIKAN DAN TAAT kepada HUKUM–HAKAM ALLAH.


4. Sentiasa MENJAGA SEBAIK-BAIKNYA HUBUNGAN sesama manusia.


5. TAKUT terhadap kebesaran dan keagungan ALLAH.


6. BIMBANG  BURUKNYA TIMBANGAN AMAL di Padang Mahsyar.


7. Sentiasa BERSIKAP SABAR kerana mengharapkan keredhaan Allah.


8. MENDIRIKAN SOLAT.


9. MEMBELANJAKAN HARTA pada Jalan Allah dengan hati yang ikhlas.


10. MEMBALAS KEJAHATAN orang lain DENGAN KEBAIKAN.




Justeru, gunakanlah akalmu demi kebaikan dan keselamatan dirimu sendiri.




ABi


No comments:

Post a Comment

  Iran Playing Major Role in Defeating Terrorism in Middle East: Mark Taliano  A renowned author and political commentator from Canada prais...