Wednesday, 28 September 2022

JARUM YAHUDI ZIONIS HALUS BERBISA, CUCUK SINI CUCUK SANA

JARUM YAHUDI ZIONIS HALUS BERBISA, CUCUK SINI CUCUK SANA

donshafi911

JARUM YAHUDI ZIONIS HALUS BERBISA, CUCUK SINI CUCUK SANA

Yahudi ada yang baik dan berpegang teguh dengan kitab Taurat serta ajaran Nabi Musa a.s. 

Yahudi juga ada yang jahat, telah mengubah dan menggubah semula kitab Taurat mengikut selera serta sedap anak tekak mereka.

Yahudi baik tu, biarkanlah mereka. Yahudi jahat ni yang kita marah dan risau dengan apa yang TELAH mereka buat dan apa yang AKAN mereka buat.

Yahudi jahat adalah bangsa israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW. Hanya kerana Nabi akhir zaman ini bukan didatangkan dari kalangan Bani Israel, mereka bangsa Yahudi jahat yang terlalu tebal bebeno asobiahnya sanggup bermusuhan dengan Tuhan. 

Itulah sebabnya mereka mencetuskan ajaran anti Tuhan, anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. 

Yahudi jahat kita panggil mereka ZIONIS. Gerakan ZIONIS disusun dengan rapi setelah Theodore Herzl (pengasas Organisasi Yahudi Jahat Internasional) menulis buku bertajuk “Negara Yahudi” pada tahun 1896. 

Konsep ZIONISME menabalkan sesuka hati kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih memerintah dunia ini. Mereka memerintah dunia nun jauh dari Bukit Zion atau Sion di Jerusalem sebagai Pusat Pentadbiran Yahudi.

Ok cukup dulu cerita pasal Yahudi jahat. Sekarang mari tengok kaitannya dengan British dan konco2 nya. Juga, kita akan melihat dan memahami sedikit sebanyak sejarah penting yang berkaitan.

Pada tanggal 9 November 1914 British sedang mengusahakan perang terhadap khilafah Uthmaniah Turki. Tujuannya ialah untuk menguasai dunia… sama perangai dengan Yahudi jahat. Maka, mudah la mereka berkawan dan membuat kerjasama. Tambahan pula, bos mereka sama. Siapa bos mereka? Semua orang pun tahu 

Permulaannya adalah Jerusalem (Baitul Maqdis). Di sinilah terletak Masjidil Aqsa yang telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Tempat ini adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun kerana Yahudi dan Kristian sama-sama menolak Nabi Muhammad SAW, maka Baitul Maqdis menjadi rebutan antara Yahudi, Kristian dan Islam.

Baitul Maqdis merupakan kota ketiga terbesar bagi umat Islam, selepas Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah.

Makkah Al-Mukarramah : Terdapat Kaabah dan Masjidil Haram. Tanah kelahiran Rasulullah SAW serta tapak kenabian Muhammad SAW.

Madinah Al-Munawarah : Terdapat Masjid Nabawi . Terdapat jasad Rasulullah SAW di makamnya. Terbinanya daulah Islam pertama di mana selepas daulah Islam ini tertegak, Yahudi jahat telah terhalau dari haramain (Makkah dan Madinah).

Baitul Maqdis : Terdapat Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam sebelum diubah ke Kaabah, Masjidil Haram. Negeri berlakunya Isra dan Mikraj, tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW mi’ raj ke Sidratul Muntaha.

Pada 639 M di bawah pentadbiran khalifah Umar Al-Khattab, Gabenor Amru bil ‘ash telah berhasil menguasai Baitul Maqdis dengan aman damai .

Pada 1099 M perang salib pertama berlaku dan Baitul Maqdis jatuh ke tangan Kristian.

Pada 1187 M Salahuddin Al Ayubi mrebut kembali Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart dan sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam Khilafah Islamiyah hingga tahun 1917.

Dendam Yahudi jahat terhadap Muhammad SAW dan Islam semakin mendalam dan satu konspirasi dirancang begitu rapi untuk menentang Islam serta kalau boleh menghilangkan Islam terus daripada muka bumi ini. 

Langkah utama yang telah dilakukan adalah:

Yahudi mendirikan banyak pusat pengajian Islam melatih agen-agen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat Islam.

Tahun 1822 didirikan Society Asiatic of Paris di Paris.

Tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di England.

Tahun 1842 American Oriental Society didirikan di Amerika Syarikat.

Tahun 1916 University of London mendirikan School of Oriental Studies sekarang menjadi SOAS (School of Oriental and African Studies)

Agen-agen orientalis terlatih telah dikirim ke negara-negara negara Islam dan menyamar sebagai ulama. Di antara tokoh-tokoh orientalis dari bangsa yahudi dan kristian yang menyusup di tengah-tengah umat islam adalah :

Mr. Hempher (nama samaran: Syeikh Muhammad Majmui) pada 1710 di hantar oleh British ke Mesir, Turki, Hijaz, Iraq dan sekitarnya.

Mr. Christian Snouck Hurgronve (nama samaran: Syeikh Abdul Ghaffar) 1857-1936 di Aceh dan Nusantara.

Duncan Black MacDonald (nama samaran: ntah ler tak ingat) 1863-1943 dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cendekiawan islam dari seluruh dunia

Sekarang mari kita bercerita sikit tentang Wahabi.

Apa itu Wahabi? 

Wahabi merupakan suatu pemahaman atau fahaman yang di asaskan oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan kepada nama bapanya Abdul Wahab sebagai wahabi dan tidak kepada namanya sendiri sebagai Muhammadi. Ini adalah sebagai ijtihad para ulama supaya umat islam tidak keliru dengan ajaran Islam sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muhammad Ibnu Abdul Wahab

Muhammad Ibnu Abdul Wahab (1701-1793) lahir di kampung Ainiya Najd Arab Saudi. Dia dalah seorang yang lemah fikirannya dan gagap, di mana ayah dan abangnya menganggap dia sebagai seorang yang tidak siuman. 

Dia sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan pemahaman mujassimah. (Ibnu Taimiyyah sebelum wafat kembali bertaubat dan mengikut fahaman imam mazhab yang empat iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali).

Kemudian dia mengembara dan belajar di Basrah berguru kepada Syeikh Muhammad Al Majmui.

Syeikh Muhammad Al Majmui adalah Mr. Hempher, iaitu seorang orientalis dan agen yahudi dari British. Dia adalah seorang pakar ilmu Islam fasih berbahasa Arab, Turki, Parsi dan telah lama mempelajari Islam di Turki dan Iraq. 

Sebagai permulaan, Mr. Hampher telah memberikan Ibn Abdul Wahab ini dengan hadiah kahwin mutaah 2 orang agen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Dengan cara ini, maka akan lebih mudah Yahudi mencatur Ibnu Abdul Wahab dengan semaunya serta mengajarkan aliran baru dalam Islam sesuai dengan perancangan Yahudi. 

Dengan ajaran baru itu Ibnu Abdul Wahab telah pernah cuba kembali ke kampung halamannya namun ditentang dan diusir oleh bapanya sendiri seorang ulama Sunni.

Kerjasama Yahudi, keluarga Al-Saud dan golongan Wahabi kemudian membentuk kerajaan Arab Saudi.

Setelah di usir oleh ayahnya, Muhammad Ibnu Abdul Wahab terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd. Dia selalu dipantau oleh Mr. Hampher dan disokong oleh kerajaan Inggeris. Dia membawa misi Yahudi pada pemimpin-pemimpin arab .

Pada tahun 1947 Ibnu Abdul Wahab bertemu dengan Ibnu Saud dan berkata “jika engkau menolong kami, maka engkau akan kami jadikan pemimpin seluruh wilayah Najd”. 

Ibnu Saud adalah keturunan Yahudi yang menguasai kawasan Durriyah. Dipendekkan cerita, Ibnu Saud setuju dengan tawaran ini maka bergabunglah Ibnu Abdul Wahab dan Ibnu Saud mengembangkan ajaran Wahabi. 

Di antara ajaran Wahabi ialah siapa yang tidak ikut wahabi ialah sesat, kafir, halal darahnya dan hartanya. 

Dengan fatwa Wahabi ini maka orang-orang yang tidak ikut Wahabi ini dibunuh dan hartanya dirampas. 

Kaum Wahabi melancarkan perang di dalam dan di luar wilayah Najd seperti Yaman, Hijaz dan daerah-daerah sekitar Syiria dan Iraq. Mereka pernah memerangi 300 lelaki di kampung Al-Fusul di wilayah kota Al-Aqsa dan merampas harta milik mereka. 

Pasukan Ibnu Saud dan Ibnu Abdul Wahab itu terus melakukan kekejaman ke seluruh Arab. Siapa yang taat kepada ajarannya wajib berbaiat sumpah taat setia. Sesiapa yang melawan wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas. 

Di antara umat islam yang paling banyak dibunuh adalah keturunan Rasulullah SAW, namun ada keturunan Rasulullah yang sempat melarikan diri ke Nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Siam dan Indonesia. 

Peninggalan Rasulullah SAW di Arab dan tempat-tempat berkaitan dimusnahkan supaya umat islam tidak lagi membesarkan Nabi Muhammad SAW dan keturunannya.

Pada tahun 1793 Ibnu Abdul Wahab meninggal dunia, namun ajaran Wahabi semakin berkembang dengan sokongan keluarga Al-Saud, British dan Yahudi. Ia terus meluaskan wilayah jajahannya sehingga tahun 1912 sehingga berjaya menguasai seluruh tanah Najd.

Yahudi mencetuskan revolusi arab untuk menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniah

Ketika Empayar Islam Uthmaniah telah diserang dengan penyakit al wahan (penyakit cinta dunia serta takut mati), agenda Yahudi diteruskan dengan menghapuskan pemerintahan para Syarif Makkah yang bertugas sebagai penjaga Haramain. 

Kemudian Yahudi melantik JE Lawrence sebagai agen perisikan yang menyusup ke dalam bangsa Arab. 

Lawrence adalah seorang saintis yang menguasai 6 bahasa utama dunia termasuk bahasa Arab. Dia menguasai dengan amat baik wilayah dan peradaban bangsa arab dan dikenali sebagai Lawrence of Arabia. Mesti ramai yang dah tengok movie pasal Lawrence of Arabia ni kan? Versi yang ditonjolkan oleh movie tersebut memang teruk dan penuh dengan putar belit serta pembohongan. 

Lawrence mencari tokoh-tokoh Arab yang menginginkan kuasa, maka di temukan dengan tokoh Syarif Husain wakil dari Empayar Islam Uthmaniah di Haramain. Lawrance kemudiannya dapat berhasil menghasut Syarif Husain ini untuk membebaskan Empayar Islam Uthmaniah daripada ajaran Islam serta menyuburkan semangat nasionalisme di kalangan bangsa Arab dan seterusnya menentang bangsa Turki yang memimpin empayar Islam Uthmaniah.

Lawrence adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan dan mempergunakan mangsanya. 

Hubungan antara Lawrence dan Syarif Husain sangat rapat sampai menjadi kawan karib putranya yang bernama Amir Faisal.

Atas nasihat dari Lawrence, Syarif Husain mengirim surat rahsia untuk meminta bantuan daripada British. Dengan dijanjikan Syarif Husain menjadi pemimpin seluruh Arab, maka mudahlah bagi Lawrence untuk mencatur keluarga ini untuk mengagihkan tanah Arab sesuai dengan permintaan yahudi. 

Pada tahun 1915 British awalnya menguasai wilayah Iraq dan pada tahun 1917 berhasil menduduiki wilayah Palestin. 

Tentera British yang dipimpin oleh Jeneral Elenbi memasuki palestin pada 9 Disember 1917. Elenbi pernah menginjakkan kaki di makam Salahudin dan berkata… “hari ini perang salib sudah berakhir”. 

Pada tahun 1918 tentera kolonial British berhasil menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniah iaitu Istanbul, kemudian di adakan perjanjian Faisal-weizmann yang ditandatangani pada tanggal 3 januari 1919 dalam Persidangan Paris. 

Weizman adalah presiden Pertubuhan Zionis Dunia. 

Setelah perjanjian itu Weizmen menjadi presiden pertama Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Palestin termasuk Jerusalem diserahkan kepada Kristian dan Baitul maqdis diserahkan kepada Yahudi. 

Pada tahun 1922 setelah perang dunia I tamat, Persidangan Lawson di adakan. Hasil Persidangan Lawson adalah: 

1. Sistem khilafah dihapuskan. 

2. Khalifah terakhir dibuang keluar negara dan harta khalifah dirampas. 

3. Kerajaan Turki Baru dibentuk berdasarkan sistem sekuler di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk. 

4. Negara-negara jajahan Turki diambil alih sebagai jajahan Inggeris, Perancis dan Itali. 

Lord Corsen dengan sombongnya pernah berkata “…hakikatnya Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi kerana sudah dihancurkan kekuatannya iaitu Sistem Khilafah Islamiah atau Pemerintahan Islam”. 

Yahudi seterusnya melantik keturunan Saudi dan keturunan Wahabi sebagai penguasa di Tanah Haramain. 

Setelah jatuhnya Empayar Uthmaniah, negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman dan lain-lain diserahkan kepada kabilah-kabilah yang dipilih oleh yahudi, negara kecil itu semua tunduk kepada British, Perancis dan Itali

Janji kepada Syarif Husain untuk diangkat sebagai pemimpin arab hanyalah janji kosong. Syarif Husain hanya diberikan kerajaan Jordan yang kecil dan miskin. Padan muka kau.

Pada 1925 keluarga Al-Saud berhasil mengambil alih Makkah daripada Syarif Husain. 

Pada 10 januari 1926 Abdul Aziz Al-Saud dilantik menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Nakkah. 

Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab, Abdul Aziz Ibnu Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Najd sebagai Arab Saudi. Abdul Aziz Ibnu Saud kemudian melantik dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan bantuan British. Fahaman Wahabi secara automatik menjadi aliran agama rasmi Arab Saudi dan disebarkan ke seluruh dunia.

Yahudi sangat faham bahawa kekuatan umat islam terletak pada rohnya yakni ruh yang sangat kenal, cinta dan takut dengan penciptaNya. Oleh kerana itu umat Islam harus dipisahkan dari Allah.

Yahudi sangat faham bahawa kekuatan Islam kerana berhasil menghubungkan kekuatan roh dan kehidupan lahir maka keyakinan akan adanya kekuatan roh dalam kehidupan lahir itu harus dimusnahkan.

Yahudi sangat faham bahwa kunci kemenangan umat Islam adalah adanya bantuan ghaib dari Allah SWT maka Yahudi ingin menghapuskan keyakinan terhadap hal ghaib itu.

Ulama sufi dan tarikat yang memiliki karamah dikatakan sesat dan syirik.

Yahudi sangat faham bahwa kekuatan Islam terletak pada kecintaan umatnya kepada Muhammad SAW, ahlul bait dan para sahabat maka segala peninggalan dan amalan yang menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dimusnahkan dengan alasan bid’ah, kultus, khurafat dan lain-lain alasan yang sengaja diada-adakan.

Yahudi faham bahawa selemah-lemah umat Islam mereka sangat fanatik tentang agama dan para ulama. Oleh kerana itu ulama baru dan islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan agenda yahudi.

Walaupun sudah menguasai kota-kota suci umat Islam termasuk Haramain, Yahudi tidak berani memusnahkan benda-benda tertentu atau tempat-tempat tertentu kerana dikhuatiri akan mendapat kemarahan dan tentangan daripada umat Islam sedunia.

Kejahatan ajaran Wahabi di antaranya adalah :

Membuat fatwa setiap yang kononnya bid’ah itu sesat dan yang sesat itu neraka.

Umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, halal darah dan hartanya.

Membunuh keturunan Rasulullah SAW.

Menghukum sesat keturunan Rasul SAW dan sahabat-sahabat yang utama.

Menganggap alam roh itu tidak wujud.

Menolak adanya hubungan antara alam zahir/alam lahir dan roh.

Memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.

Dalam mempelajari ilmu usuludin atau tauhid, menganut pemahaman Ibnu Taimiah yang menganggap Tuhan itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah adalah benar.

Mengambil sumber Al Quran dan Al Hadis tanpa ijma’ ulama dan qiyas

Melarang keras umat islam berdoa dengan bertawasul atau perantara.

Dilarang keras menziarahi kubur sekalipun makam-makam nabi.

Menghancurkan bangunan di atas tempat lahir nabi di Suk Alai.

Melarang memuji-muji nabi seperti membaca qosidah, berzanji burdah, tahlil dan sebagainya.

Melarang memperingati maulid rasul, isra mikraj dan semua perayaan Islam lain yang seumpamanya.

Melarang belajar tentang sifat 20 dan menuduh sesat ajaran Asyari yaitu faham Ahli Sunnah wal Jamaah.

Melarang amalan tariqat, umpama tariqat naqsabandiah, al qadiri, saszali, saman muhammadiyah dan lain-lain seumpama dengannya.

Mengundang Amerika Syarikat serta sekutunya mengeksploitasi kekayaan minyak di timur tengah untuk dana penguasaan Yahudi.

Berkomplot dengan Amerika Syarikat membina pangkalan perang di Arab Saudi.

Meminta bantuan tentera sekutu sewaktu perang teluk untuk menghancurkan Saddam dan Iraq.

Mencetuskan gerakan teroris seperti Al Qaeda, Al Takfiri dan macam-macam Al lagilah untuk memburukkan imej Islam.

Mengubah Arab menjadi negara Yahudi dan Haramain menjadi kota Yahudi tanpa disedari oleh ramai umat Islam.

Dan kejahatan-kejahatan yang lain yang merupakan konspirasi Yahudi untuk menghapuskan kecintaan terhadap Allah SWT dan Muhammad SAW supaya umat Islam mengikuti cara hidup Yahudi. 

Maka jelaslah ajaran Wahabi itu bertujuan untuk meninggalkan Allah dan mengikuti Yahudi.

Setelah kita tahu maka mari kita perangi Wahabi dengan cara:

Jangan sekali terpengaruh dengan ajaran ini, jaga keluarga dari pengaruh aliran ini

Berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Waljamaah.

Kuatkan hubungan dengan Allah dan Rasulullah, kuatkan Habluminallah dan Hablum Minannas.

Berfikir dengan salah satu mazhab yang 4 itu: Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hambali.

Jangan mudah terpancing dengan dengan tawaran manis dan provokasi Wahabi.

Jangan terlibat dengan gerakan militan dan terrorisme yang kita tidak tahu menahu.

Banyaklah bertaubat.

Berdoalah kepada Allah SWT secara kerap.

Sekian… Semoga bermanfaat diketahui dan difikir-fikirkan.

Allahu’alam… Wassalam.

zulsegamat


    No comments:

    Post a Comment

      Day 419 in Gaza: Israeli Forces Kill Civilians in Ongoing Attacks On Thursday, November 28th, 2024, for the 418th straight day, Israeli fo...