DARI FIRDAUSI, JATUH KE NERAKA – SEBUAH CATATAN KRIPTIK
Aku ada terjumpa banyak dan aku kongsikan la satu sebagai contoh.
Catatan kriptik macam ni ada 2 maksud. Satu maksud tersurat, satu lagi maksud tersirat.
Kalau nak baca catatan ni boleh tapi jangan tersalah tafsir sudah la. Silap tafsir takut tersesat pulak. Aku tak nak bertanggung jawab. Bila baca tu, sendiri mahu ingat yer.
Baca tu perlahan2… kalau tergesa2 silap2 ke laut fikiran kita nanti.
Allahu’alam…
===============================
..Nama sejati Allah itu adalah suatu Nama yang belum dapat disebut oleh sekalian isi Alam Sejagat.
..Allah mempunyai satu Nama yang begitu suci hingga tidak boleh disebut oleh manusia.
..Manusia mencari jalan mengenal Allah tetapi tidak pula mengenal Iblis yang menghalang pencarian itu, sehinggakan orang itu tidak sedar akan kerja2 Iblis.
..Azazil telah diseret oleh Malaikat Izrofil AS dari Taman Firdausi dan dibenam ke perut bumi.
..Sebelum Iblis tercipta, alam ini tiada pendosa. ..Iblis lah pendosa pertama.
..Konco2 dan alat Iblis tidak akan muncul dengan berwajah syaitan. Mereka akan muncul membawa wajah2 warak dan wajah2 orang berilmu.
..Iblis tidak mempunyai kasih-sayang terhadap suruhan2 syaitan jin dan manusianya ..tetapi syaitan2 itu mengerjakan suruhan2 iblis dengan patuh sekali tanpa bertangguh-tangguh.
..Syaitan2 tidak mempunyai nikmat2 seperti manusia. Satu2 nya nikmat yang mereka ada adalah ketika menyakiti manusia dengan sihir atau dengan menyesatkn manusia sehingga dia mati dalam kekufuran.
..Iblis dan konco2 syaitannya memerhati manusia dari dimensi yang ghaib dari pandangan mata manusia tetapi kesan dari perbuatan2 konco2 Iblis seperti Dajjal dan syaitan2 itu mudah dapat dikenali di alam nyata ini jika kita melihatnya dengan mata hati.
..Iblis itu akan menggunakan apa yang manusia itu lihat dan dengar, kekuatan2 diri dan kelemahan2 diri manusia itu sendiri.
..Iblis menanamkn benih2 syirik, termasuk syirik khofi, hawa nafsu, tamak haloba, nikmat2 makan berlebihan… hasad dengki dan iri hati… bangga diri… menjadikan manusia2 itu bermusuhan sesama manusia dan cintakan kegemilangan2 dunia.
..Fikiran2 tersebut akan meresap masuk ke dalam diri manusia2 yg berpengaruh dalam masyarakat dan mereka akan berusaha gigih bermatlamatkan “Dunia’. Mereka yang berpengaruh itu akan mempengaruhi manusia2 lain pula.
..Dajjal akan mmbuatkn manusia2 akhir zaman ini tergelincir sehingga yang haram kelihatan halal dan yang halal bercampur2 dengan yang haram.
..Itu perancangan halus Iblis.
..(Al-Maidah :19) .. “Sesungguhnya, Syaitan itu hanyalah hendak mengadakan di antara kamu permusuhan dan kebencian dengan sebab arak dan judi, dan menghalangmu dari mengingati ALLAH dan daripada solat. Oleh sebab itu, belum jugakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara-perkara yang keji)?”
..Syaitan mendesak hati manusia itu supaya melakukn dosa …dan manusia yang tewas kepada tuntutan hawa nafsu itu akan melakukannya biarpun dia tahu perbuatannya itu berdosa. Dan bila manusia itu menyesali perbuatan nya, syaitan itu akan pergi dengan kepuasan menyesatkan manusia tersebut.
..Iblis tidak mengganggu ketika manusia itu awas dan sedar. Iblis menunggu saat2 manusia itu sedang dilanda gangguan emosi dan dalam keadaan lemah iman seperti berlaku kematian orang2 tersayang… perceraian… lelah berhutang… ketika sedang menghadapi kesulitan2 hidup dan lain2 masalah. Ketika itu iblis dan syaitan memasukkan jarumnya.
..Syaitan yang dapat memecah-belahkan sebuah rumah-tangga sehingga mereka bercerai berai itu mendapat pujian dan kedudukan tinggi dari si Iblis. Isteri2 dan suami2 yang sangat berkehendak untuk bercerai itu sedang dikuasai syaitan ..namun mereka tidak sesar malah merasa mereka adalah di pihak yang benar.
..Perceraian rumah-tangga itu adalah satu2 nya perkara halal yang amat tidak disukai Allah kerana anak2 mangsa cerai akan menjadi mangsa emosi ibu-bapa yang gagal terkawal.
..Mangsa2 utama iblis adalah guru2 agama dan penguasa2 agama.
..Kerana golongan ini mempunyai pengaruh kata2.. (guru2 agama dan penguasa2 agama) golongan ini akan dapat membawa lebih ramai manusia bersamanya untuk disesatkan.
..Syaitan itu adalah musuh utama.. dialah dalang permusuhan2 di antara manusia.. bukan manusia2 biasa lain.. dan musuh yang lebih utama adalah syaitan qorin yang ada pada tiap2 jiwa manusia itu sendiri.
..Semoga umat Muhammad SAW di akhir zaman ini tidak jatuh kepada perangkap Dajjal dan Iblis laknatullah ini.
..Iblis menjadik asbab Adam berdosa dan dosa itu telah membogelkan Adam dn Hawa sehingga terdedah aurat2 mereka.
.. Al-A’raaf ayat 27, yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya KAMI telah menjadikan Syaitan-Syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
..Terjerumusnya manusia ke jalan neraka adalah disebabkan dosa.. dan mereka berkongsi neraka yang sama.. Cuma ada satu neraka dengan 7 lapisan2 nya.. Maka apakah dosa itu sebenarnya? Dosa itu apa? Pahala pula apa?
..Manusia2 berhati dunia dapat ditipu Iblis serta syaitan jin, syaitan manusia dan syaitan qorin. ..tetapi manusia2 beriman dapat mengesan tipu daya ini serta kepalsuan2 Iblis dan syaitan di atas Rahmat dan petunjuk dari Allah.
..Iblis hanya berkuasa ke atas mnusia yg mengetepikan Allah dan Hukum2 “Perintah dan Larangan” Nya.
..Iblis akan membuatkn manusia itu menyukai perkara2 maksiat dan mereka seronok gembira melakukannya.. malah resah jika tidak melakukannya. ..maksiat paling terbesar adalah bermaksiat kepada Allah. Maka apakah maksudnya bermaksiat kepada Allah?
.. Al-Hijr :_ 39
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
39. Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.
.. Al-Hijr : 40
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
40. kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
..Al-Hijr : 42
42. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat..
~~~~~.
..Anggaplah setiap hari itu adalah hari terakhirmu ..manusia itu tidak tahu bilakah hari terakhirnya.
..Manusia2 yang diperhambakan oleh Iblis itu tampak penampilan mereka seperti organ2 warak.. berperibadi baik seperti orang2 warak juga.. berjalan seperti orang2 warak juga.. berkata-kata seperti ulamak juga… tetapi berhati dan bernafsu rakus seperti Iblis. Perhatikanlah betul2 dan manusia dapat membezakannya dengan belas kasihan dan rahmat Allah jua.
..Allah itu Satu.. Iblis itu juga satu.. tetapi manusia itu disesatkan oleh syaitan2 yang ramai. Syaitan2 itu ada yang daripada jenis jin, manusia, qorin dan jenis2 lain yang kebanyakan manusia tidak pernah mendengar tentang mereka.
.
..(Al-Kahfi :91)
كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا
,, Demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.
..(Az-Zumar :7). Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya;
..Sadoqallohul’adzhiim
.
==========================
zulsegamat
.
zulsegamat
No comments:
Post a Comment