Monday, 19 September 2022

DAJJAL DAH KELUAR KE?

Ada orang tanya… Dajjal dah keluar ke?

Saya jawab… Dah.

Dia dah keluar dan berjalan-jalan bebas di muka bumi. Pergerakannya laju selaju angin meniup awan.

Konco-konconya pun ramai… ada yang sedar dan ada yang tidak sedar menjadi pembantu-pembantu setia Dajjal.

Dajjal memerhati manusia yang telah, sedang dan bakal ditipu olehnya.

Memerhati manusia yang terdesak dek himpitan kemiskinan dan kesusahan hidup.

Memerhati manusia yang agama bercelaru dek kerana modernisasi dan globalisasi.

Memerhati wanita-wanita yang bebas berkeliaran tanpa perlindungan lelaki-lelaki yang beragama.

Penipu besar macam Dajjal ni… dia takkan mula menjalankan jarumnya kecuali telah lengkap semua keperluannya untuk menipu, menutup dan memesong.

Tuan Presiden, Orang Berpangkat, Tok Imam dan Ulamak pun ramai yang telah dan akan jadi pengikut Dajjal.

Apatah lagi rakyat marhaen yang sentiasa makan riba dan saling bercakaran di antara satu sama lain berebut secebis kesenangan Dunia.

Tanda-tanda Dajjal dah keluar ada di depan mata kita semua.

Kurma di Baisan dah tak tumbuh lagi dan Tasik Tiberias dah semakin kering surut tu tandanya apa? Dan ada banyak lagi tanda… cari la kalau larat.

Ya, Dajjal dah keluar untuk menikmati kita semua.

Bukanlah kita tak baca hadis… kan?
Cuma barakah dan petunjuk hadis belum sampai lagi ke dalam hati kita. 

Adakah kita memang tak mampu faham atau tak ambik port langsung nak memahamkan hadis? Tepuk dada, tanya la diri sendiri.

Baca tak faham.

Baca lagi, masih tak faham.

Dengar ceramah, masih tak faham.

Tanya kawan-kawan… diorang pun sama tak faham.

Maka kena pergi tengok sendirilah Dunia ni.

Cuba tengok persekitaran di sekeliling kita.

Pergi shopping mall… cerah mata kita tengok wanita-wanita berbogel kiri dan kanan.

Tu baru satu hal jer dan ada banyak lagi hal yang kita sendiri pun tak sedar bahawa kita sedang menikmati racun Dajjal.

Bangunan tinggi-tinggi?
Riba merata-rata?
Penindasan merata-rata?
Kita tak buta… tapi telah dibutakan. Kita tengok… tapi tak nampak.

Kita disibukkan dengan Dunia.
Kerja pukul 7 pagi sampai 5 petang.
Balik kerja jalan jem, sampai rumah pukul 7 atau 8 malam.

Makan minum setakat yang sempat… tengok anak setakat yang sempat. Laki dan bini pun selalu tak sempat tengok di antara satu sama lain.

Disulami pulak di TV, Internet dan Media lain ada cerita artis serta selebriti bergaduh, bercerai, hisap dadah, buat video lucah, buat video tunjuk kemewahan dan lain-lain lagi.

Kita pun dilalaikan oleh mereka.

Andai kita dapat berhenti sementara…
Dan, fikir masalah orang ramai ni…
Pastinya kita akan nampak.

Dajjal si Pembohong bermata SATU…

Ya, dia sudah keluar. Dia sudah lepas daripada kurungan dan pasungannya.
.
Allahu’alam…


zulsegamat 

No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...