Wednesday, 28 September 2022

BAGUS LA KALAU BENCI ZIONIS, TAPI JANGAN LA BENCI LAMBANG BINTANG BERBUCU ENAM INI

BAGUS LA KALAU BENCI ZIONIS, TAPI JANGAN LA BENCI LAMBANG BINTANG BERBUCU ENAM INI

donshafi911

BAGUS LA KALAU BENCI ZIONIS, TAPI JANGAN LA BENCI LAMBANG BINTANG BERBUCU ENAM INI

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada di tangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s).

Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah lama ada. Umur mimbar ini sahaja sudah hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun.

Orang Israel pula menggunakan lambang ini baru lagi… tak sampai 100 tahun pun. Mereka menggunakan lambang ini untuk menunjukkan seolah-olah mereka memang penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.

Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar dan dipelajari, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin ramai yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih baik dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Benarlah kata hukama’:-

“Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

zulsegamat

No comments:

Post a Comment

  World War III has officially begun! - VT Foreign Policy November 25, 2024 Become a VT Supporting Member Today Please keep VT Radio and VT ...