Tuesday 27 September 2022

3 pemimpin Arab di Timur Tengah yang difitnah oleh Amerika-Israel serta konco2 nya

3 pemimpin Arab di Timur Tengah yang difitnah oleh Amerika-Israel serta konco2 nya

Pertama, bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein mula memerintah Iraq pada tahun 1979 dari parti sosialis Arab, Parti Baath. Nak kata baik sangat tu tak la sangat, sebab ada jugak kezaliman yang dia buat tapi tak pasti apa, seperti kata Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdul Awang.

Setahun selepas beliau memerintah, pada tahun 1980-1988, Iraq terlibat dalam peperangan dengan Iran selepas setahun berlakunya Revolusi Islam Iran yang diketuai oleh Syiah Iran Ayatullah Imam Khomeini yang menjatuhkan regim Shah Pahlavi pada tahun 1979 iaitu tahun yang sama Saddam mula memerintah.

Perang Iran-Iraq ini juga dikenali sebagai Perang Teluk Parsi yang berlaku kerana selepas Iraq mula menceroboh sempadan Iran pada tahun 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan Saddam Hussein.

Di dalam peperangan ini dikatakan tentera Saddam menggunakan senjata kimia ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran. Antara sebab Iraq menyerang Iran adalah kerana mahu menawan jalan air Arvand/Shatt al-Arab, satu-satunya jalan air yang menghubungkan Iraq dengan Teluk Parsi. Mahu menawan kepulauan Abu Musa dan Tunb, bertindak di pihak Emiriah Arab Bersatu, mahu menawan Wilayah Khuzestan dan mahu enggulingkan kerajaan Revolusi Iran di Tehran.

Di dalam peperangan ini, sebuah parti gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) TIDAK menyokong tindakan Saddam menyerang Iran kerana dalam peperangan tersebut Iraq disokong Amerika serta sekutunya Barat kerana Iran bukan lagi sekutu Amerika Barat selepas berlakunya Revolusi pada tahun 1979. Iran sebelum tahun 1979 merupakan negara yang menggunakan sistem monarki yang menjadi Pro Amerika-Barat, tetapi selepas tahun 1979, Iran menjadi Anti Amerika-Barat.

PAS menyokong Iran walaupun Iran berfahaman Syiah kerana PAS membaca dari segi geopolitik yang berlaku di Timur Tengah, bukannya membaca dari sudut agama atau mazhab Sunni-Syiah.

Seterusnya pada tahun 1990-1991, Iraq terlibat perang dengan Kuwait dan juga dikenali sebagai Perang Teluk II. Iraq ketika itu dibantu oleh Kesatuan Soviet (Russia) & juga Kore U. Kuwait dibantu dan disokong Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait.

Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada 1990. Dalam peperangan ini, PAS menyokong Iraq, PAS tidak menyokong Kuwait kerana disokong oleh kuasa barat dan mereka mempunyai kepentingan mereka sendiri.

Selepas peristiwa 11/9 pada tahun 2001 iaitu peristiwa roboh Pusat Perdagangan Dunia (WTC), Amerika dibawah Presiden George W Bush menuduh Taliban kerana terlibat, padahal Amerika yang membiayai Taliban. Dan dengan alasan mahu menyerang Iraq & Afghanistan pada tahun 2003 dengan sekutu mereka Britain ketika itu dibawah Perdana Menteri Tony Blair.

Wakil Amerika di PBB menuduh Saddam mempunyai senjata pemusnah (WMD) yang merbahaya yang boleh mengancam kuasa barat. Saddam juga dituduh membunuh rakyatny sendiri. Hal ini menyebabkan Saddam dijatuhkan daripada tahtanya dan dihukum gantung sampai mati pada tahun 31 Dis 2006. Beliau memerintah Iraq selama 24 tahun sehingga tahun 2003.

.

Kedua, bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi dari parti Republik Sosialis Arab Libya mula memerintah pada tahun 1969 selepas melakukan rampasan kuasa tanpa berlakunya pertumpahan darah ketika usia 25 tahun terhadap seorang ulama yang berketurunan Rasulullah iaitu Raja Idris yang merupakan Raja terakhir bagi Libya.

Raja Idris memerintah dari tahun 1951-1969. Alasan Muammar menggulingkan sistem monarki di bawah Raja Idris adalah kerana mahu menyelamatkan dan menstabilkan kegawatan ekonomi yang ketika itu Raja Idris berada di Turki untuk rawatan perubatan. Selepas rampasan kuasa berlaku, Raja Idris tidak balik ke Libya kerana tidak mahu berlakunya konflik yang lebih besar akan melanda Libya.

Gaddafi terkenal dengan sifat beraninya dalam menentang kuasa barat dan Amerika dalam konflik perang Arab-Israel, konflik Palestine dan penggulingan Saddam Hussein. Beliau dengan berani pernah mengoyak mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia pada tahun 2009. Kemudian kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia.

Pada tahun 2011, semasa perhimpunan Liga Arab, Muammar memberi amaran keras kepada semunya pemimpin Arab yang mereka semuanya akan terima nasib yang sama seperti Saddam Hussein tetapi semua pemimpin Arab hanya gelak ketawa sahaja. Selain itu, beliau terkenal dengan Ideologi Gaddafi yang dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam “Buku Hijau”.

Pada tahun 2010, telah berlakunya kebangkitan Arab (Arab Spring) yang mahu menggulingkan pemimpin mereka sendiri yang telah lama memerintah dan juga disokong oleh kuasa barat. Dan terus merebak ke Libya yang mahu Muammar digulingkan. Pada tahun 2011, konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang NATO, dan beliau dibunuh oleh Perancis & NATO yang disokong Amerika. Sebelum itu, media-media massa menyatakan yang beliau bunuh rakyatnya sendiri padahal rakyat Libya hidup aman damai selama 42 tahun ketika dibawah pemerintahannya.

.

Ketiga, Presiden Syria Dr Bashar Al Assad dari parti Baath mula menjadi Presiden pada tahun 2000 selepas ayahnya mengundur diri selepas memerintah selama 29 tahun iaitu pada 1971-2000. Bashar telah mengambil alih pemerintahan setelah Perlembagaan Negara Syria dipinda semata2 untuk menjadikannya Presiden sebelum umur mencapai 40 tahun.

Bashar pernah datang ke Malaysia pada tahun 2003 untuk perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Islam (OIC) yan diadakan di Malaysia dan bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Syria di bawahnya banyak sekali menyalurkan bantuan dan senjata kepada gerakan Islam HAMAS Palestine & Hezbullah (Lubnan) iaitu gerakan Syiah yang ketuai Hassan Nasrullah. Inilah sebabnya Bashar difitnah kononnya Bashar adalah seorang yang berpegangan Syiah.

Bashar menyalurkan senjata kerana mahu membantu HAMAS & HEZBULLAH untuk memerangi regim Israel Zionis.

Pada tahun 2009, Bashar menutup semua kedutaan Israel dan langsung tidak mahu ada hubungan diplomatik dengan Amerika kerana kekejaman yang dilakukan oleh Israel Zionis & sokongan Amerika dan sebab itu Bashar sangat-sangat anti Israel dan Amerika. 

Bashar tidak menyokong dasar-dasar Amerika dan hal ini menyebabkan Amerika Israel serta Barat mahu menjatuhkannya pada tahun 2011 ketika berlakunya Arab Spring di Timur Tengah.

Bashar dituduh membunuh rakyatnya sendiri yang Sunni dan media-media massa banyak memainkan sentimen Sunni-Syiah agar umat Islam Sunni-Syiah bergaduh sesama sendiri.

Syria dibantu oleh Russia Hezbullah Iran & Cina dalam menentang pengganas antarabangsa seperti Is Daesh Wahabi Zionis yang dibantu dibiayai oleh Amerika Israel Saudi Qatar UAE Britain Perancis Barat NATO PBB. Ramai dikalangan ulama-ulama tak rasmi serta wahabi yang mengeluarkan fatwa jihad palsu untuk menentang tentera Syria serta sekutu mereka.

Konflik banyak tempat bandar kampung pekan-pekan telah musnah, tapi tak semuanya tempat yang sudah musnah kerana banyak lagi tempat yang masih aman damai yang rakyatnya Sunni-Syiah-Kristian hidup aman damai tanpa ada pergolakkan. Syria juga mahu dipulihkan segera selepas Berjaya menentang pengganas-pengganas yang bersarang di Syria.

Kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdul Hadi Awang & tokoh ulama antarabangsa Maulana Syeikh Imran Hussein tentang konflik Syria, mereka berkata ini bukan soal Sunni-Syiah, bukan konflik mazhab, tapi sebab campur tangan asing dan kuasa barat mahu melindungi negara haram Israel kerana Syria salah satu negara yang memberi ancaman kepada Israel termasuk Iran yang memusuhi Israel.

Ulama besar hadith Syria Asy Syahid AlArifbillah AlMuhaddith Syeikh Prof Dr Said Ramadhan AlButi bercakap tentang konflik Syria pada tahun 2013 sebelum beliau dibunuh oleh ekstrimis Wahabi dalam khutbahnya yang beliau mengkritik tindakan mereka yang menentang kerajaan Syria, Islam mengangkat senjata untuk menentang Islam, kejahatan dilakukan diatas nama jihad, dan ini merupakan “jihad palsu”.

Mufti Syria, Al Allamah Syeikh Prof Dr Badruddin Hassoun berkata perang Syria adalah perang proksi iaitu ancaman daripada kuasa asing/barat yang mahu menghuru-harakan Syria dan mahu melagakan umat Islam dengan memainkan sentimen mazhab Sunni-Syiah. Ramai dikalangan ulama-ulama Sunni Syria menyokong kerajaan Syria dibawah Presiden Dr Bashar AlAssad. Dalam kerajaan Syria semuanya orang-orang Sunni. Tentera Syria semua Sunni. Bashar juga seorang Sunni yang bermazhab Maliki. Bashar bukan Syiah.

Dan sebab 3 pemimpin Arab ini dimusuhi oleh Amerika-Israel-Zionis adalah kerana mereka mempunyai bank mereka sendiri iaitu bank yang tidak ada hubungan dengan bank milik keluarga Zionis terkenal iaitu “Bank Rothchild” dan tidak menggunakan US DOLLAR di dalam pentadbiran & ekonomi negara mereka. Jadi perlulah kita berhati-hati dalam menghadapi FITNAH DAJJAL/FITNAH AKHIR ZAMAN ini dengan bertabayyun tentang konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Allahu’alam…

.

“Ingat… Ini adalah FAKTA, bukannya TEORI KONSPIRASI”.

No comments:

Post a Comment

  Putin Speaks Part one: New Russia’s open heart Part two: The era of cold peace Part three: The dawn of a new world order Part one: New Rus...