☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
"…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas" [Surah al-Baqarah 61]
#Kaum Yahudi yang fanatik itu hanyalah bermegah dengan nabi-nabi yang dibangkitkan daripada kalangan mereka semata-mata, tetapi mereka tidak beramal dengan kitab Allah swt dan terus menunjukkan perangai yang paling buruk. Allah swt menjelaskan lagi hal yang tersebut melalui firmanNya:
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Perumpamaan bagi orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka untuk memikul (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang membawa Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui isi kandungannya). Amatlah buruk perumpamaan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat yang menjadi keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-Jumu‘ah 5]
#Hanya segelintir sahaja daripada kalangan mereka itu beriman, manakala sebahagian besarnya jahat dilaknat oleh Allah swt dan mereka tersebar luas ke pelbagai tempat setelah dihalau kerana melakukan kejahatan dari segi agama, politik, ekonomi dan sosial. Dalam diri mereka ditanam dengan kefahaman bahawa mereka ialah bangsa pilihan Allah swt sejak dahulu hingga kini, walaupun bangsa mereka sudah melakukan pelbagai bentuk penyelewengan. Sedangkan bangsa lain pula bagi mereka, hanyalah bertaraf binatang selari dengan teori Darwin.
#Mereka juga bertindak menubuhkan berbagai-bagai pertubuhan dan menguasai gerakan tertua serta gerakan rahsia sejak sebelum Masihi lagi. Kemudian, mereka bergerak di bawah payung gerakan Freemason sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Jeneral (Bersara) Turki, Almarhum Jeneral Jawwad Rif‘at Atalkhan.
#Beliau terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Pertama bagi mempertahankan Palestin dalam menghadapi tentera bersekutu yang disokong oleh Revolusi Agung Arab. Beliau seterusnya berjaya menyeret ejen-ejen Yahudi dan hasil soal siasatnya telah mendedahkan maklumat tentang gerakan Freemason yang dirampas secara bertulis dan berdasarkan temu bual yang dilakukan.
#Pertubuhan ini seterusnya menyusup masuk ke dalam gerakan politik dan lain-lain pertubuhan, dengan membawa agenda bagi menghapuskan agama secara terbuka atau secara halus tanpa menunjukkan penentangan secara nyata. Strateginya dengan membawa fahaman kemanusiaan yang menggunakan akal seperti liberalisme, agenda reformasi, kemanusiaan dan lain-lain yang sememangnya tidak menepati istilah Islam, sekalipun mempunyai persamaan nama.
#Sehingga puak Yahudi itu berjaya menyusup masuk ke dalam gerakan Revolusi Perancis dan memperkenalkan slogan-slogan yang menarik bagi mempengaruhi perubahan di negara-negara yang lain. Sehingga perubahan yang dilakukan berakhir dengan kelemahan kerana terpisah daripada panduan agama dan fitrah, dan tinggallah Zionis mempertahankan gerakan asas Negara Agung Israel yang diimpikan oleh mereka.
#Seterusnya mereka bergerak melalui...
... Bersambung..
♡Ketahuilah bahawa Israel Zionis merupakan pengganas bersejarah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment