☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Awwal 1444H☆
وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتࣲ فَأَتَمَّهُنَّۖ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya..." [Surah al-Baqarah 124]
#Sambung bicara mengenai kaitan Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan Nabi Muhammad saw.
#Selain Rasulullah saw memiliki rupa paras yang menyerupai Nabi Ibrahim, Rasulullah saw juga diperintahkan Allah untuk mengatakan kepada kaum Baginda bahawa Rasulullah saw mengikut kepada ajaran sebelumnya iaitu ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.
#Firman Allah swt:
قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik" [Surah al-An’am 161]
#Selain itu, nama Nabi Muhammad saw disebut bersama nama Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam tahiyyat akhir.
#Dihikayatkan bahawa Nabi Ibrahim Alaihissalam dan ahli keluarganya dikhususkan dalam tahiyyat akhir adalah kerana Allah swt melebihkan Nabi Ibrahim Alaihissalam sebagai kekasih Allah swt (khalilullah - kesayanganNya) dan bapa bagi sekelian para Nabi Alaihissalam serta doa Baginda saw yang diterima oleh Allah swt.
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ
"Dan jadikanlah bagiku (Ibrahim) sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian” [Surah as-Shu’ara 84]
#Di dalam kitab al-Durr al-Mukhtar menyatakan bahawa ada tiga sebab dikhususkan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam bacaan tahiyyat akhir, antaranya:
1. Salam Nabi Ibrahim Alaihissalam pada malam Mi’raj kepada Nabi Muhammad saw:
يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلَام
"Wahai Muhammad saw, sampaikanlah salam kepada umatmu daripada aku (Nabi Ibrahim AS)" (HR at-Tirmizi)
#Maka kita juga mengucap selawat dan salam kembali ke atas Baginda Nabi Ibrahim AS dalam bacaan tahiyyat akhir.
2. Nabi Ibrahim Alaihissalam yang pertama menamakan umat Nabi Muhammad saw sebagai ‘muslimin’ berdasarkan firman Allah swt:
هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ
"Dia menamakan kamu muslimin (orang-orang Islam) semenjak dahulu" [Surah al-Hajj 78]
3. Allah swt mengambil Rasulullah saw sebagai kekasihNya dan begitu juga Nabi Ibrahim Alaihissalam sebagai kekasih, maka selawat dan salam keatas kedua-dua kekasihNya dibacakan di dalam tahiyyat akhir oleh sekelian umat Nabi Muhammad saw.
♡Allah swt melebihkan sebahagian rasul ke atas sebahagian yang lain dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu. Nabi Ibrahim merupakan bapa bagi kebanyakan para nabi dan rasul dan daripada keturunannya juga, lahir para nabi dan rasul yang ramai. Rasulullah saw sendiri daripada keturunan Nabi Ibrahim AS, dan itu sudah cukup menjadi kemuliaan bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam sehingga digandingkan sebutan nama baginda bersama nama Nabi Muhammad saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment