Friday, 7 October 2022

Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Awwal 1444H☆


يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ ۚ إِنِ ٱتَّقَيْتُنَّ


“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa..." [Surah al-Ahzab 32]


#Allah swt mengatakan bahawa isteri-isteri Nabi saw merupakan wanita-wanita yang mempunyai kelebihan dan kedudukan yang diberikan oleh Allah swt melebihi wanita-wanita yang lain. 


#Berkata Sheikh Mustafa Al-Maraghi dalam tafsirnya: "Jika ada ramai wanita sekalipun maka mereka tidak akan pernah sama sekali menyamai isteri Nabi dari sudut kemuliaan dan kelebihan".


#Imam Fakhruddin Al-Razi menyebut dalam Mafatih Al-Ghaib: "Makna ayat tersebut adalah kalian sebagai isteri Nabi berbeza dengan wanita yang lain. Disebabkan kalian adalah ummahatul Mukminin sekaligus isteri kepada sebaik-baik manusia iaitu Rasulullah saw. Seperti mana Nabi Muhammad bukan seperti lelaki-lelaki lain". 


#Selain itu, isteri-isteri Nabi digelar sebagai Ummahatul Mukminin  yang bermaksud ibu bagi orang-orang yang beriman sebagai satu pengiktirafan kedudukan dan kemuliaan mereka.


ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَـٰتُهُمْ


“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…” [Surah al-Ahzab 6]


#Sebagai orang yang beriman, kita wajib memuliakan isteri-isteri baginda saw dan tidak boleh sama sekali menghina, mencaci, mengeji mahupun merendahkan mana-mana isteri Nabi saw. Perbuatan merendahkan dan memperlekehkan isteri-isteri Nabi adalah perbuatan yang fasiq.


#Imam Malik Bin Anas pernah berkata: "Sesiapa yang mencerca Sayidina Abu Bakar maka selayaknya dia dirotan. Sesiapa yang menghina Sayidatina Aisyah maka dia selayaknya dibunuh.” Pernah ditanya kepada beliau: "Untuk apa?". Kata Imam Malik: “Jika seseorang menuduh Sayidina Aisyah berzina maka dia telah melakukan perkara yang bercanggah dengan al-Quran”. 


#Jika menuduh Sayidatina Aisyah r.ha sahaja sudah dianggap menyalahi al-Quran apatah lagi merendahkan dan memperlekehkan isteri-isteri Nabi yang lain.


#...Bersambung...


♡Isteri-isteri Rasulullah saw adalah insan-insan yang mulia dan sangat bertaqwa. Kedudukan mereka melebihi wanita-wanita yang lain. Maka muliakanlah mereka sebagaimana yang diperlukan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...