Sunday 2 October 2022

Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1444H☆


لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ 


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]


#Bicara sambungan kali ini berkaitan ketampanan Rasulullah saw.


#Imam Ibnul Qayyim mengatakan orang yang paling tampan adalah Nabi Muhammad saw. Beliau menyebutkan alasan mengenai pandangannya:


قالوا ويحقق ذلك ما رواه الترمذي من حديث قتادة عن أنس قال لَمْ يَبْعَثِ اللَّهُ نَبِيًّا إِلا حَسَنَ الصَّوْتِ ، حَسَنَ الْوَجْهِ ، وَكَانَ نَبِيُّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَهُمْ وَجْهًا وَأَحْسَنَهُمْ صَوْتًا


"Mereka beralasan, bahawa ini sesuai dengan hadis riwayat Tirmizi daripada Qatadah, daripada Sayidina Anas bin Malik r.a yang mengatakan,

“Tidaklah Allah mengutuskan nabi, kecuali berwajah tampan, dan suaranya bagus. Dan Nabi kalian saw adalah orang yang paling tampan wajahnya dan paling indah suaranya” (Badai al-Fawaid).


#Ummu Ma’bad al-Khuza’iyyah menyifatkan kesempurnaan wajah dan akhlak Rasulullah saw kepada suaminya, tatkala Baginda saw singgah di khemah mereka dalam perjalanan hijrah, dengan katanya:


رَأَيْتُ رَجُلا ظَاهِرَ الْوَضَاءَةِ، أَبْلَجَ الْوَجْهِ، لَمْ تَعِبْهُ نُحْلَةٌ، وَلَمْ تُزْرِ بِهِ صُقْلَةٌ، وَسِيمٌ قَسِيمٌ، فِي عَيْنِهِ دَعَجٌ، وَفِي أَشْفَارِهِ وَطَفٌ، وَفِي صَوْتِهِ صَهَلٌ، وَفِي عُنُقِهِ سَطَعٌ، وَفِي لِحْيَتِهِ كَثَاثَةٌ، أَزَجُّ أَقْرَنُ، إِنْ صَمَتَ فَعَلَيْهِ الْوَقَارُ، وَإِنْ تَكَلَّمَ سَمَا وَعَلاهُ الْبَهَاءُ، أَجْمَلُ النَّاسِ وَأبْهَاهُ مِنْ بَعِيدٍ، وَأَجْلاهُ وَأَحْسَنُهُ مِنْ قَرِيبٍ، حُلْوُ المَنْطِقِ، فَصْلٌ لَا نَزْرٌ وَلا هَذَرٌ، كَأَنَّ مَنْطِقَهُ خَرَزَاتُ نَظْمٍ يَتَحَدَّرْنَ، رَبْعَةٌ لَا يَأْسَ مِنْ طُولٍ، وَلا تَقْتَحِمُهُ عَيْنٌ مِنْ قِصَرٍ، غُصْنٌ بَيْنَ غُصْنَيْنِ، فَهُوَ أَنْضَرُ الثَّلاثَةِ مَنْظَرًا، وَأَحْسَنُهُمْ قَدْرًا، لَهُ رُفَقَاءُ يَحُفُّونَ بِهِ، إنْ قَالَ: أَنْصَتُوا لِقَوْلِهِ، وَإِنْ أَمَرَ تَبَادَرُوا لأَمْرِهِ، مَحْشُودٌ مَحْفُودٌ، لَا عَابِسٌ وَلا مُفَنَّدٌ


"Aku telah melihat seorang yang ketara keseriannya, putih wajahnya, baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar, tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil, indah rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-serak basah, lehernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara, tampak urat lengannya, alisnya nipis, keningnya bersambung, rambutnya sangat hitam, kalau dia diam, nampak nyata kehebatannya dan kalau dia berbicara, nampak nyata keterampilannya, manusia paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jauh, paling cantik dan manis dari dekat, kata-katanya manis, kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja, tidak bertutur perkataan yang sia-sia dan mengarut, tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang keluar, sederhana ketinggiannya, untuk memandangnya, tak perlu menunduk dan tak perlu mendongak, bagaikan satu ranting di antara dua ranting, kalau dia bertiga, maka dialah yang paling menarik perhatian dan paling mendapat tempat, dia mempunyai teman-teman yang mengelilinginya, kalau dia berkata sesuatu, mereka khusyuk mendengar kata-katanya, kalau dia menyuruh sesuatu, segera mereka melaksanakannya, dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni, tidak bermasam muka dan tidak memperlekehkan orang" (HR at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi)


#Terdapat beberapa orang sahabat yang wajahnya mirip dengan wajah Rasulullah saw. Mereka ialah:


1..Bersambung..


♡Inilah antara kemuliaan Rasulullah saw iaitu memiliki ketampanan melebihi orang lain disamping memiliki akhlak yang terbaik. Contohilah Rasulullah saw!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  The Government Compels Silence – Again Post Views:   1,014 October 10, 2024 The government knows how to evade an uncomfortable constitutio...