Sunday 2 October 2022

Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1444H☆


لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ 


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]


#Sambungan lagi bicara berkaitan baginda Rasulullah saw.


#Diriwayatkan bahawa Nabi saw memiliki kedudukan yang tertinggi dan teristimewa berbanding para Nabi dan Rasul yang lain di Akhirat kelak. Nabi Muhammad saw akan menjadi penghulu para Nabi dengan membawa panji kepujian dan semua para nabi akan berada dibawah panji tersebut.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Said r.a, bahawa Nabi saw bersabda:


وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي


Dan tidak ada nabi pada saat itu termasuk Nabi Adam dan selain daripadanya melainkan (kesemuanya) akan berada di bawah panjiku” (HR at-Tirmizi. Hadis hasan)

 

#Imam Izzuddin bin Abdul Salam berkata di dalam kitabnya: "Bahawa hadis ini menunjukkan akan ketinggian martabat Baginda saw berbanding Nabi Adam Alaihissalam dan selain daripada Nabi Adam Alaihissalam. Untuk itu, tidak ada makna pada kelebihan itu melainkan pengkhususan pada kedudukan dan juga ketinggian martabat" (Lihat: Bidayah al-Sul)


#Diriwayatkan juga daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma berkata ketika beliau berkhutbah di atas mimbar, bahawa Nabi saw pernah bersabda:


آدَمُ فَمَنْ دُونَهُ تَحْتَ لِوَائِي


Nabi Adam dan orang-orang yang datang selepas daripadanya akan berada di bawah panjiku (di hari Akhirat)” (HR Ahmad)


#Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa kelebihan  ini hanya dikurniakan kepada insan yang paling mulia melebihi segala makhluk yang lain iaitu baginda Rasulullah saw.


♡Inilah kelebihan dan kemuliaan Nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan insan-insan yang berada di bawah panji junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  The Government Compels Silence – Again Post Views:   1,014 October 10, 2024 The government knows how to evade an uncomfortable constitutio...