☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1444H☆
وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتࣲ فَأَتَمَّهُنَّۖ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya..." [Surah al-Baqarah 124]
#Allah swt menyifatkan Nabi Ibrahim Alaihissalam sebagai Rasul yang segera melaksanakan perintahNya tanpa ada sebarang keraguan dan penuh kesempurnaan. Nabi Ibrahim merupakan Nabi yang wajah Rasulullah saw menyerupai wajahnya.
#Sabda Rasulullah saw:
لَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي الْحِجْرِ. وَقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عَنْ مَسْرَايَ. فَسَأَلَتْنِي عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْهَا. فَكُرِبْتُ كُرْبَةً مَا كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ. قَالَ فَرَفَعَهُ اللَّهُ لِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ. مَا يَسْأَلُونِي عَنْ شَيْءٍ إِلَّا أَنْبَأْتُهُمْ بِهِ. وَقَدْ رَأَيْتُنِي فِي جَمَاعَةٍ مِنَ الأَنْبِيَاءِ. فَإِذَا مُوسَى قَائِمٌ يُصَلِّي. فَإِذَا رَجُلٌ ضَرْبٌ جَعْدٌ كَأَنَّهُ مِنَ رِجَالِ شَنُوءَةَ. وَإِذَا عيسى بن مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَام قَائِمٌ يُصَلِّي. أَقْرَبُ النَّاسِ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِيُّ. وَإِذَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام قَائِمٌ يُصَلِّي. أَشْبَهُ النَّاسِ بِهِ صَاحِبُكُمْ (يَعْنِي نَفْسَهُ) فَحَانَتِ الصَّلَاةُ فَأَمَمْتُهُمْ.
“Kamu telah melihat keadaanku di Hajarul Aswad atau di Kaabah ketika kaum Quraisy bertanya tentang perjalanan Isra’ku? Mereka bertanya sesuatu tentang Baitul Maqdis yang mana aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku dilanda kesedihan yang amat kerana tidak dapat menjawab pertanyaan mereka. Kemudian Allah memperlihatkan kepadaku apa yang mereka tanyakan dengan jelas sehingga aku boleh menjawab apa yang mereka tanyakan itu. Antara yang aku lihat ialah sekumpulan para nabi, antaranya Musa AS yang sedang solat, rambutnya kerinting seperti orang daripada Bani Syanu’ah, juga aku melihat Isa bin Maryam AS juga sedang solat, wajahnya seperti Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi, juga aku melihat Nabi Ibrahim AS yang juga sedang solat, wajahnya serupa diriku ini. Apabila tiba waktu solat, aku mengimami mereka semua" (HR Muslim)
#Dalam riwayat lain Nabi saw bersabda:
لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي: “رَأَيْتُ مُوسَى: وَإِذَا هُوَ رَجُلٌ ضَرْبٌ رَجِلٌ، كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ، وَرَأَيْتُ عِيسَى، فَإِذَا هُوَ رَجُلٌ رَبْعَةٌ أَحْمَرُ، كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيمَاسٍ، وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِ إِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهِ، ثُمَّ أُتِيتُ بِإِنَاءَيْنِ: فِي أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي الآخَرِ خَمْرٌ، فَقَالَ: اشْرَبْ أَيَّهُمَا شِئْتَ، فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرِبْتُهُ، فَقِيلَ: أَخَذْتَ الفِطْرَةَ أَمَا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ”
“Pada malam aku diperjalankan (dalam peristiwa Isra’), aku melihat Nabi Musa dan ternyata Baginda adalah seorang lelaki yang memiliki tubuh yang sederhana dan berambut ikal mayang, seolah-olah dia ialah lelaki dari Syanu‘ah (satu perkampungan di Yaman). Dan aku melihat Nabi Isa dan ternyata Baginda seorang yang memiliki ketinggian yang sederhana dan kulitnya putih kemerahan seolah-olah keluar dari bilik mandi. Manakala aku merupakan anak keturunan Nabi Ibrahim AS yang paling menyerupainya. Kemudian diberikan kepadaku dua bekas air, pada salah satunya terdapat susu dan pada bekas yang lain pula berisi arak. Jibril berkata: “Minumlah mana-mana antara keduanya yang engkau sukai.” Aku pun mengambil susu dan meminumnya. Setelah itu dikatakan: “Engkau telah mengambil fitrah. Ketahuilah, jika engkau mengambil arak pasti umatmu akan sesat" (HR al-Bukhari)
#Dalam hadis ini, Rasulullah saw menyatakan bahawa baginda adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim yang wajah baginda hampir sama dengan wajah Nabi Ibrahim AS.
♡Jelas kepada kita bahawa Nabi Muhammad saw adalah dari keturunan Nabi Ibrahim. Keturunan yang mulia dan terpelihara. Nabi Muhammad saw juga memliki wajah yang hampir menyerupai Nabi Ibrahim Alaihissalam. Semoga kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda saw semakin hari semakin kuat dalam mendalam!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment