Friday, 7 October 2022

Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1444H

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1444H☆


يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ ٱلنِّسَآءِ ۚ إِنِ ٱتَّقَيْتُنَّ


“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa..." [Surah al-Ahzab 32]


#Sambung bicara tentang kemuliaan isteri-isteri Nabi saw.


#Isteri baginda Nabi saw ada 11 orang kesemuanya. Mereka ialah:


1. Khadijah Binti Khuwailid r.ha

2. Saudah Binti Zam’ah r.ha

3. Aisyah Binti Abu Bakar r.ha

4. Hafsah Binti Umar r.ha

5. Zainab Binti Khuzaimah r.ha

6. Ummu Salamah Hind Binti Abu Umayyah al-Makhzumiah r.ha

7. Ummu Habibah Ramlah Binti Abi Sufyan r.ha

8. Juwairiyah Binti Al-Harith r.ha

9. Maimunah Binti Al-Harith al-Hilaliyah r.ha

10. Sofiyyah Binti Hayyi Bin Akhtab r.ha

11. Zainab Binti Jahsy r.ha


#Ketahuilah bahawa isteri-isteri baginda saw bukan sahaja menjadi isteri Nabi semata-mata bahkan mereka juga membantu kerja-kerja dakwah dan penyebaran Islam. Bahkan ada di antara isteri Nabi yang menjadi orang yang faqih dari kalangan wanita-wanita yang menjadi rujukan para sahabat. 


#Mereka juga banyak membantu dan memberi buah fikiran yang bernas demi kesejahteraan dan maslahat umat Islam. Mereka juga berperanan menyebarkan hadis Nabi saw dan ilmu. Setiap daripada isteri-isteri Nabi memainkan peranan menyebarkan ilmu terutamanya hadis Nabi saw. Yang paling menyerlah ialah Sayidatina Aisyah r.ha. 


#Kata Urwah Bin Zubair:


ما رأيت أحدا أعلم بفقه ولا بطب ولا بشعر من عائشة


“Aku tidak melihat orang yang lebih alim di dalam fiqh, perubatan dan syair arab daripada Aisyah". 


#Kesungguhan dan kepakaran serta semangat mereka menyebarkan ilmu dan dakwah sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kepada umat Islam pada hari ini. 


♡Jelas, isteri-isteri baginda saw mempunyai kedudukan yang sangat mulia di dalam agama.  Maka menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk mengenali setiap isteri Nabi saw. Memuliakan mereka adalah satu perbuatan yang juga memuliakan Nabi saw. Menghina mereka sama seperti menghina Nabi saw♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk JOIN     

bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...