MALAYSIA BUKAN KITA YANG TUBUHKAN?
Ramai yang diajar dan belajar di sekolah pasti menyangka nama negara kita MALAYSIA ini dipilih oleh Almarhum Perdana Menteri kita yang pertama Tuanku Abdul Rahman Putra AlHaj pada 16 Sept 1963 selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.
Tapi berapa ramai yang tahu bahawa nama MALAYSIA ini telah pun lama wujud semenjak tahun1889 lagi. Ini mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis.
Banyak dokumen yang telah pun dengan jelas membuktikan nama MALAYSIA itu telah sedia wujud sebelum “konon” nya Almarhum Tengku mengisytiharkannya secara rasmi pada 16 Sept 1963.
Pelik kan..? Tapi itulah yang anda akan dapati jika anda rajin tanyaMr.Google dan Mr. Deep Web Search tentang sejarah nama negara kita ini.
Jadi sebagai pencerahan minda untuk kita semua yang dah terlalu lama melayani mood “merdeka” kita, aku potong stim la sikit yer.
.
Misteri nama MALAYSIA
APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR DI SEKOLAH……
1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia, selapas kemasukkan Singapura, Sarawak dan Sabah.
2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).
3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.
4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.
.
APA YANG TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis,nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah.
.
BUKTI PERTAMA.
DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University.
Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.
Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.
Artikel itu bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia- Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”
Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terbitan 1937)
.
BUKTI KEDUA.
Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
.
BUKTI KETIGA.
Keratan akhbar Utusan Malaysia Julai 2009
satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
.
BUKTI KEEMPAT.
Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929
buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun1943, yang menulis tentang nama “Malaysia”
ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA.
.
BUKTI KELIMA.
Kulit depan novel The Pirates of Malaysia
Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
.
BUKTI KEENAM.
Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).
.
BUKTI KETUJUH.
Peta tahun 1914
Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
.
BUKTI KELAPAN
George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.
.
BUKTI KESEMBILAN.
Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie.
Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatanThailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.
.
TEORI.
Markas pertama Freemasons di Pulau Pinang 1927
Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama. Dikatakan Malaysia adalah salah satu dari rancangan jangka masa panjang Freemason. Pertubuhan rahsia Dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar terakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924 (terbukti perbuatan Freemason), Islam di Asia Tenggara baru sahaja mula berkembang.
Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason. Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara. Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diRaja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.
.
Dato Onn Jaafar: Pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diinggeriskan menjadi United Malay Nation Organisation (UMNO)atas sebab British mengharamkan sebarang parti yang tidak diinggeriskan.
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.
.
MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA
Lim Chin Siong Said Zahari, Gabungan Putera AMCJA, Presiden Pas Dr Burhanudin Al-Helmy dan Presiden Indonesia Soekarno.
.
FAKTA
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan:
.
Sekian… semoga bermanfaat diketahui dan diselidiki lebih mendalam lagi.
Allahu’alam… Wassalam – zulsegamat
.
No comments:
Post a Comment