Saturday, 1 October 2022

JIWA TARBAWI 816

JIWA TARBAWI 816




Bukankah jiwa dan harta manusia itu milik mutlak Allah ‘Azza wa Jalla ? 


Justeru, kenapa ada jual beli antara manusia dengan Sang Penciptanya?


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿التوبة: ١١١﴾‏



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (111)


(At Taubah: 111)


Yang ‘dibeli’ oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan dibayar dengan syurga ialah kebebasan kehendak, kebebasan memilih dan bentuk jual beli yang berlaku.


Sayyid Abul A’laa Al Maududi berpandangan, “ ayat 111, At Taubah ini adalah mengenai penyerahan sukarela kebebasan ini kepada Kehendak Allah. Dalam erti kata lain, Allah hendak menguji manusia sama ada dia mengakui pemilikan Allah atas nyawa dan hartanya, walaupun kebebasan itu, dan menganggap dirinya sebagai pemegang amanah mereka sahaja, atau berkelakuan seolah-olah dia pemilik mereka dan boleh melakukan apa sahaja. dia suka dengan mereka (harta dan nyawa).”


(Tafhim Al-Qur’an)


Ini bererti, ini adalah satu ujian keyakinan dan keimanan kepada yang mendakwa diri para pejuang agama Allah dalam apa bidang sekali pun, apakah mereka benar-benar secara sukarela telah menyerahkan kebebasan kehendak dan pilihan mereka untuk menggunakan harta dan jiwa raga mereka kepada Allah ta’ala , bahkan tulus dan ikhlas dalam perjuangan mereka?


Dalam erti kata lain, sebenarnya bagi mereka yang benar-benar beriman, yang faham dan yakin dengan perjanjian keimanannya denga Allah ‘Azza wa Jalla, mereka sudah tidak ada kebebasan lagi dalam menggunakan harta dan jiwa raga mereka melainkan mengikut dan menuruti apa yang dikehendakki oleh Allah, Pemilik Hakiki harta dan nyawa manusia.




ABi

No comments:

Post a Comment

Palestinian suffering grows; American politicians stand firmly with Israel – Day 413

  Palestinian suffering grows; American politicians stand firmly with Israel – Day 413 contact@ifamericansknew.org   November 24, 2024 chris...