DR. KASSIM AHMAD – ‘TAPI PADA MULA DAN AKHIR, SAYA MENGATAKAN TUHANLAH GURU SAYA’
Kiriman seorang rakan. Kisah tentang Dr. Kassim Ahmad yang penuh kontroversi.
.
.
Pemikir, ahli falsafah dan sasterawan Dr. Kassim Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini.
Mesra dipanggil Pak Kassim… beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun, di Hospital Besar Kulim pukul 10 pagi.
Beliau sebelum itu dirawat di hospital tersebut kerana masalah jangkitan paru-paru.
Walaupun mungkin ada di kalangan kita yang melabelkannya sebagai ‘anti hadis’, tapi sebenarnya banyak lagi yang kita boleh belajar darinya.
Dia adalah pemikir, ahli falsafah, sasterawan, bekas tahanan ISA dan bekas ahli politik.
Dia adalah Dr Kassim Ahmad atau juga dikenali sebagai Pak Kassim.
Sebelum ni, Mahkamah Rayuan memutuskan yang tindakan pihak berkuasa Islam menahan dan mendakwa Pak Kassim atas kesalahan menghina agama Islam sebagai tidak sah.
Dan baru-baru ni, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi Pak Kassim.
Penahanan tersebut terjadi disebabkan ucapannya kat Seminar Pemikiran Dr. Kassim Ahmad: Suatu Penilaian (boleh baca teks penuh kat sini).
Oleh itu, mari kita menghayati kisah hidup dan pemikiran tokoh kontroversi negara, Pak Kassim Ahmad.
Mahkamah Tinggi Syariah menggugurkan tiga pertuduhan terhadap Pak Kassim atas tuduhan menghina Islam dan melanggar fatwa.
Hakim buat keputusan itu apabila pihak pendakwa syarie menarik balik pertuduhan terhadap beliau atas alasan akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang mengatakan bahawa penahanan dan pendakwaan terhadapnya Pak Kassim sebagai tak sah.
Seorang anak Melayu bijak dari Kedah
Pak Kassim dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Kedah pada 9 September 1933.
Bapanya seorang guru agama dan ibunya pulak seorang suri rumah yang membantu keluarga dengan menjual kuih.
Dia mula mendapat pendidikan formal bila dia masuk Sekolah Melayu, Kampung Bujang, Kedah, lepas tu dia berpindah pulak ke Sekolah Melayu Bandar Baharu.
Seperti yang dijangka, Pak Kassim ni sebenarnya seorang yang bijak dan selalunya dapat markah yang cemerlang kat sekolah.
Dia jadi antara 4 orang pelajar terbaik di seluruh negeri Kedah.
Disebabkan tu, dia diterima masuk ke sekolah menengah Kolej Sultan Abdul Hamid.
Bagi Pak Kassim, dia bertuah sebab bapanya cekal dan berusaha bersungguh-sungguh nak masukkan dia ke kolej tu.
“Saya teringat peristiwa ayah saya yang tidak dibenarkan oleh datuk saya, Lebai Ishak, belajar di sekolah menengah Penang Free School di Pulau Pinang dalam tahun 1905 kerana takut dipengaruhi oleh ajaran Kristian.”
“Bapa saya, agaknya, telah serik dengan sikap ini dan awal-awal lagi telah bertekad untuk menghantar saya ke sekolah Inggeris.” –
Sebenarnya, perkara yang bapa Pak Kassim lalui tu dah berlaku sejak beratus tahun dulu. Abdullah Munsyi dalam bukunya Hikayat Abdullah (disusun oleh Pak Kassim) ada cerita pasal sikap ibu bapa Melayu yang takut anak-anak diorang dapat pendidikan moden.
Masa kat Kolej Sultan Abdul Hamid, Pak Kassim banyak habiskan masa dengan membaca buku, terutamanya buku analogi sajak dan novel.
Tapi masa tu jugak sikapnya yang selalu bersaing nak dapat tempat terbaik dalam kelas mula pudar.
Ini kerana minat Pak Kasim dah mula kuat dalam sastera dan politik.
Perkara ni terjadi sebab dia mula bergaul dengan golongan wartawan dan pemimpin-pemimpin pelajar.
“Dari sini mulalah minat saya terhadap pelajaran merosot. Saya lebih banyak membaca karya-karya sastera dan buku-buku politik dan agama.
Pada waktu ini juga angin perjuangan nasionalis anti-kolonial di Malaya dan Indonesia mula meniup masuk ke dalam jiwa saya dan mempengaruhi saya.”
Walaupun minat Pak Kassim dalam pelajaran mula merosot, tapi dia tetap berjaya masuk ke Universiti Malaya (kat Singapura masa tu).
Masa kat sana, antara pensyarah Pak Kassim adalah pendeta Za’ba dan antara kawan baru yang dia dapat adalah Syed Naquib Al-Attas.
Masa kat Universiti Malaya, Pak Kassim mula habiskan masa dengan membaca pelbagai buku politik, sejarah, agama dan falsafah.
Masa ni jugaklah dia mula berkenalan dengan tulisan-tulisan Ibn Khaldun, Karl Marx, Friedrich Engles, Vladimir Lenin, Muhammad Iqbal dan sebagainya.
“Zaman ayah saya dan saya satu zaman yang penuh dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang besar.
Pada zaman inilah berlaku kebangkitan Asia dan kehancuran sistem kolonial yang lama; kemunculan sistem sosialis di Rusia dan China; Perang dunia pertama dan kedua; pengeboman kota Hiroshima dan Nagasaki dengan bom atom oleh Amerika Syarikat;
Kemunculan negara-negara baru yang merdeka di Asia, Asia Barat dan Afrika, sesetengahnya memilih sistem demokrasi Barat, seperti India dan Malaysia dan sesetengahnya memilih sistem sosialis seperti Mesir, Libya, Iraq dan Vietnam.”
Pak Kassim mengatakan yang masa tu dia bersimpati dengan rakyat miskin, bukan je sebab dia datang dari keluarga yang miskin, tapi jugak kerana Islam dan falsafah hidup yang dia tengah cari.
Kerana itu jugaklah dia jadi ahli Kelab Sosialis, Universiti Malaya.
Lepas dia tamatkan pengajian kat Universiti Malaya, Pak Kassim pergi ke London bila dapat tawaran jadi pensyarah kat School Of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London.
Tapi lepas 4 tahun, dia balik ke Malaya sebab tak puas hati dengan cara kemerdekaan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu.
Pak Kassim anggap yang Malaya masa tu masih ada sisa-sisa kolonialisme dalam dasar pemerintahan dan ekonominya.
Jadinya, dia masuk Parti Rakyat Malaya/Malaysia (PRM) dan membawa falsafah sosialisme. Bagi Pak Kassim sosialisme adalah:
“Satu ideologi politik moden yang bertujuan untuk menghapuskan penindasan bangsa dan kelas dan mewujudkan satu masyarakat adil, makmur dan maju… tujuan-tujuan sosialisme itu sama sekali tidak bertentangan dengan tujuan-tujuan asal tiap-tiap agama.” – Dr. Kassim Ahmad, dipetik dari Sosialisme dan Agama.
Walaupun begitu, Pak Kassim hanya terima semangat falsafah sosialisme, tapi menolaknya sebagai ajaran agama baru di dunia.
Dengan itu pada tahun 1970an, Pak Kassim jadi antara orang yang lantang mengkritik golongan yang menolak sosialisme.
Dia jugak mengkritik golongan agama konservatif yang menentang gerakan progressif.
Pak Kassim percaya dengan sistem sosialis, ia boleh mengawal pemilikan harta individu dan menghalang individu tertentu dari mengumpul kekayaan melampaui batas.
Disebabkan perkara tu, Pak Kassim masuk PRM yang masa tu dipimpin oleh nasionalis Ahmad Boestamam.
Tapi pada mulanya Pak Kassim hanya jadi ahli biasa je dan hanya pada tahun 1968 dia dilantik menjadi Ketua Umum PRM.
Nama PRM jugak ditukar kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).
“Bolehkah Parti Rakyat pertahankan kebangsaan Melayu dan agama Islam dalam sebuah parti sosialis yang membuka keahliannya kepada semua bangsa.
Pendirian parti yang telah dirumuskan dari awal ialah kita mahu membangunkan sebuah negara yang bebas, merdeka dan adil, khasnya kepada rakyat bawahan: kaum buruh, petani kecil dan sederhana.”
Tapi perjuangan Pak Kassim dalam politik mula terganggu bila dia ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 5 tahun dari 1976 sampai 1981.
Selain Pak Kassim, Dr Syed Husin Ali, Abdullah Majid dan Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) jugak ditahan.
Tapi bila Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, mereka semua dibebaskan.
Lepas keluar dari ISA, pendapat dan pegangan Pak Kassim terhadap sosialisme mula berubah.
Dia mula kembali ke Islam yang dia gambarkan sebagai ‘Jalan Lurus’.
Akhirnya Pak Kassim ambil keputusan keluar dari PSRM dan masuk UMNO pada 1986.
“Pada waktu ini, saya telah kembali kepada ‘Jalan Lurus’ Islam dan menolak ‘jalan-jalan yang menyeleweng’ falsafah liberalisme, falsafah marxisme dan teokrasi.”
Bagi Pak Kassim, al-Quran adalah sumber pertama dan utama dalam Islam
Dalam pemahaman Pak Kassim, Islam terbahagi kepada 2 jenis iaitu Islam sebenar dan ‘Islam baka’.
Baginya, kebanyakaan umat Islam hari ini termasuklah orang Melayu tergolong dalam ‘Islam baka’ iaitu Islam yang diwarisi dan diikut dari nenek moyang.
Baginya bukan je ikut nenek moyang macam datuk dan nenek kita, tapi jugak empat imam besar yang akhirnya menjadikan kita sebagai orang Islam yang bermazhab.
Baginya umat Islam, khususnya orang Melayu tak bagi keutamaan dalam memahami al-Quran.
Ini kerana, katanya kita selalunya baca al-Quran dalam bahasa Arab yang kita sendiri tak faham dan kita jugak suka nak melagukan (taranum) bacaan al-Quran daripada memahami makna al-Quran yang sebenar.
“Ayah saya seorang guru agama… Beliau tidak pernah menyuruh saya membeli sebuah terjemahan Quran supaya saya baca dan faham sumber pertama ajaran Islam ini.
Kemudian apabila saya di sekolah menengah Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Star, guru agama saya ialah Guru Besar Ma’had Sheikh Abdul Halim.
Saya suka mendengar huraian beliau dan saya tidak pernah ponteng kelas beliau yang diadakan seminggu sekali.
Beliau juga tidak pernah menyuruh saya mendapatkan sebuah terjemahan Quran untuk dibaca dan difaham. Jelaslah ini satu tanda umat Islam sendiri menyembunyikan Quran itu daripada diri mereka!”
Kerana itulah, bagi Pak Kassim umat Islam hari ini khususnya mereka yang tak faham bahasa Arab dan hanya membaca/melagukan bacaan Quran sebagai orang yang membelakangkan Quran.
Akhirnya mereka ni jadi orang yang hanya suka ikut orang ramai dan takut nak berhadapan dengan kebenaran.
Terjemahan Quran pertama yang dibaca oleh Pak Kassim adalah terjemahan Quran bahasa Inggeris oleh Maulana Muhammad Ali.
Lepas tu, dia juga mula baca pelbagai lagi terjemahan Quran macam dari Yusuf Ali, Marmaduke Pickthall dan Mahmud Yunus.
Pak Kassim jugak mula baca buku karangan Dr Rashad Khalifa dan mula berkenalan dengannya.
Rashad Khalifa sebenarnya seorang yang agak kontroversi bila dia ada perkenalkan kod 19 dalam pentafsiran al-Quran.
Kod 19 ni jugak dianggap sesat oleh kebanyakan ulama.
Selain tu, Rashad Khalifah jugak menolak hadis secara total dan kata hadis sebenar adalah al-Quran.
Dalam hal ni Pak Kassim terima kod 19 tapi tak terima pendapat Rashad yang tolak hadis secara total.
Akhirnya, Rashad mengaku yang dia ni rasul.
Walaupun macam tu, Pak Kassim tak terima pengakuan Rashad, kerana dia masih berpegang kepada kedudukan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul yang terakhir.
Bagi Pak Kassim, Quran adalah sumber pertama dan utama dalam Islam. Kesilapan umat Islam pada hari ini adalah bila kita mula menganggap imam-imam besar sebelum kita sebagai mereka yang tak boleh dicabar dan ‘kudus’. Pak Kassim jugak menolak hadis-hadis yang dianggapnya bertentangan dengan Quran.
Menolak hadis yang bertentangan dengan al-Quran
Inilah yang menjadikan Pak Kassim sebagai seorang yang penuh kontroversi.
Pada tahun 1986, buku tulisannya, ‘Hadis Satu Penilaian Semula‘ diterbitkan hingga membuatkan satu Malaysia kecoh dan buku tu jugak mula mendapat perhatian.
Tuduhan mula dilemparkan kepada Pak Kassim, ada yang kata dia sebagai anti-hadis. Walaupun macam tu, Pak Kassim tak terima tuduhan tu dan nafikan yang dia anti-hadis.
Sebab katanya, dia hanya menolak hadis yang bertentangan dengan al-Quran dan terima hadis yang tak bertentangan dengan sumber Islam paling utama itu.
“Mereka cap saya ‘anti-hadis’ walaupun saya tidak menolak semua hadis. Saya hanya menolak hadis-hadis yang terang-terang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran.
Bagi saya Quran itu al-Furqan, neraca kepada semua ajaran. Tidak ada ajaran yang boleh mengatasi ajaran Quran.”
Dalam hal ni, Pak Kassim mendakwa yang kitab-kitab hadis sahih tak mengandungi kata-kata atau perbuatan Nabi Muhammad, sebaliknya hanya tekaan dan agakkan terhadap apa yang diucapkan dan dilakukan Nabi melalui imam-imam besar yang mengumpul hadis.
Selain tu, Pak Kassim jugak kata ada hadis sahih yang melarang dan jugak yang membenarkan penulisan hadis.
“Sebuah yang melarang berbunyi: “Abi Sa’id Al-Kudri melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘Jangan menulis sesuatu daripadaku selain Quran.
Barangsiapa menulis sesuatu selain Quran hendaklah memadamnya’. (Riwayat Muslim dan Ibn Hanbal).
Sebuah yang menyuruh pula berbunyi: “Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Rasulullan telah berkata, ‘Sebarkanlah daripadaku walaupun satu ayat… Barangsiapa mendustakan aku dengan sengaja, bersedialah ia untuk duduk dalam neraka’. (Riwayat Bukhari).
M. Hamidullah berhujah mengatakan larangan itu disebabkan oleh keadaan tertentu dan kemudian dimansuhkan.
Dalam hal larangan Nabi dalam menulis hadis, ulama berhujah yang larangan tu hanya ada pada zaman awal Islam.
Sebab masa tu umat Islam masih sibuk dengan al-Quran dan takut timbulnya rasa bimbang masyarakat yang tak dapat bezakan antara ayat al-Quran dan hadis.
Tapi bila umat Islam mula ramai dan mampu bezakan al-Quran dan hadis, kebenaran menulis hadis mula diberikan.
Seperti yang dikatakan tadi, Pak Kassim menolak hadis yang bercanggah dengan al-Quran, seperti isu hukuman zina.
Dalam al-Quran dah ditetapkan yang hukuman zina adalah rotan seratus kali tapi dalam hadis pula kata hukuman rotan hanya untuk mereka yang belum berkahwin.
Tapi untuk yang dah berkahwin hukumannya rejam.
Oleh itu, Pak Kassim bukanlah tolak semua hadis, tapi hanya hadis-hadis yang bercanggah dengan al-Quran.
Kerana itulah, Pak Kassim ada tulis buku yang menjawab tuduhan anti-hadis terhadapnya.
Pak Kassim antara mereka yang mengkagumi Saddam Hussein.
Walaupun begitu, buku Hadis: Satu Penilaian Semula dah pun difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sebab yang diberikan adalah buku ini sangat bercanggah dengan aqidah dan ajaran Islam.
Orang ramai jugak dilarang dari memiliki buku tersebut.
Para ulama perlu jawab hujah Pak Kassim, bukan hanya menghukum
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh para ulama dalam menjawab segala hujah dan tuduhan Pak Kassim.
Ini kerana, setiap hujahan Pak Kassim dibelakangi dalam penyelidikan yang mendalam, terutama kajiannya dalam memahami al-Quran dan hadis.
Tindakan mengharamkan bukunya memang baik, tapi ia belum tentu boleh menyelesaikan masalah.
“Kita mesti bangun dan jawab, intellectual discourse…Anti hadis datang dengan beberapa hujah, yang sebahagiannya mempengaruhi orang lain.”
Selain tu, menurut pendakwah, Ustaz Hasrizal, orang seperti Pak Kassim jugak muncul kerana kesilapan dan kegagalan para agamawan (ulama).
Ini kerana, kebanyakkan agamawan tak mahu jawab soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan ada jugak yang terus menghukum tanpa mengkaji keadaan.
“Kassim Ahmad (masa muda) sebagai seorang anak muda yang berfikir dengan berani, yang berfikir dengan dinamik, dia telah dikecewakan oleh ustaz-ustaz dan agamawan-agamawan yang tak dapat jawab persoalan-persoalan yang beliau timbulkan.
Jadi dia ada pengalaman, ustaz-ustaz ini berlagak, sombong, tapi tak reti jawab dan dia tak suka dengan ustaz-ustaz ini.
Mula-mula dia tak suka dengan ustaz-ustaz, bila dah makin tinggi ilmunya, dia tak suka dengan alim ulama dan lagi lama, tinggi lagi, dia juga mempertikaikan perawi hadis yang juga merupakan ulama di tahap yang tertinggi.
Maknanya, menolak perawi-perawi hadis itu bermula dengan akar umbi iaitu kecewa dengan orang agama. Jadinya kita dan orang agama kena insaf.” – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Ustaz Zamihan… tak baik macam tu…
Oleh yang demikian, pemikiran Pak Kassim bukanlah satu pemikiran yang kita boleh tutup begitu saja, tapi ia merupakan cabaran kepada masyarakat dan agamawan masa kini dalam mempertahankan akidah dan ajaran Islam yang sebenar.
“Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir.
.
Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam. – Tun Dr Mahathir, dipetik dari chedet.cc
.
No comments:
Post a Comment