Sunday, 2 October 2022

BANI MELAYU

BANI MELAYU

Prof. Khoo Khay Kim pernah berkata “Tanah Melayu ini bukan sebarangan tanah”. Mengapa?

Ibn Athir pula berpendapat bahawa Bani Jawi yang kaya dengan sopan santun ini berasal dari keturunan anak cucu Nabi Ibrahim AS dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah. Benarkah hal ini?

“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.”. Surah Hud Ayat 75.

Wujudkah manusia bernama Keturah atau Qatura ini? 

Qatura atau Keturah dan anak-anaknya kemudiannya dikatakan telah berpindah ke arah timur setelah diperintahkan oleh Nabi Ibrahim AS dan dipercayai berkembang merupakan nenek moyang kepada agama Hindu, Buddha dan Shinto.

Di dalam kitab Injil versi King James tertera di dalamnya nama Keturah.

Abraham again took a wife, and her name [was] KETURAH.
(Genesis 25:1)

And the sons of Midian [were] Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, and Eldaah. All these [were] the children of KETURAH.
(Genesis 25:4)

Now the sons born to KETURAH, Abraham’s concubine, [were] Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah.
(1 Chronicles 1:32)

Adakah hal ini bermaksud kita perlu percaya kepada kitab Injil hari ini? Sama sekali tidak…

Ini kerana kitab Injil hari ini tak ubah sebagai sebuah buku sejarah yang telah digubah dan diolah berkali-kali. Di dalamnya kini terkandung secara bercampur-baur di antara wahyu kepada para nabi, hadith para nabi terdahulu, kalam para ulama, nukilan para sejarawan dan kesalahan-kesalahan aneh sama ada yang disengaja atau tidak disengajakan. 

Namun kita tetap perlu ingat bahawa segala maklumat yang dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama itu ada yang boleh diterima dan ada yang tidak.

Dalam menyingkap pendapat ahli-ahli kitab, termasuk semua yang termuat dalam Injil dan Taurat kita hendaklah bersikap berhati-hati. Di antara pendapat itu, ada yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ada yang menyimpang dan ada pula yang di tengah-tengah (tidak sesuai namun tidak pula bertentangan).

Bagi pendapat yang di tengah-tengah… Rasulullah SAW memerintahkan untuk diabaikan, tidak dibenarkan, tetapi jangan pula didustakan. Seorang Muslim tetap dituntut untuk berhati-hati kerana sifat ahli-ahli kitab banyak dicela Allah SWT.

Seperti Imam Mahadi AS, kisahnya atau namanya tidak disebut di dalam Al-Quran tetapi disebut oleh Nabi SAW. Allah SWT mempunyai rahsianya yang tersendiri kita yang kita tidak mampu selongkar. 

Mengenai Dzulkarnain pula, ada disebut di dalam Al-Quran tetapi hingga kini masih ramai tertanya-tanya siapakah Dzulkarnain yang sebenarnya telah memenjarakan Yakjuj & Makjuj.

“Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah Al ‘Ankabut, Ayat 26

Nabi Ibrahim AS dan Nabi Lut AS diperintahkan ke sebuah negeri, cuma pentafsir mengandaikan negeri tersebut adalah Syam dalam Palestin, kerana negeri tersebut dikatakan tempat para nabi tetapi masalahnya Allah SWT tidak memberitahu pun nama negeri tersebut dan sekarang ini kita lihat apa yang terjadi dengan Palestin.

Zionist membunuh rakyat Palestin semata-mata kerana percaya tanah Palestin itu adalah “The Promised Land” mereka ataupun tanah yang dijanjikan. Lihat betapa hebatnya perancangan Allah SWT.

Mengapa Keturah tidak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan Nabi SAW pun tak sebut dalam mana-mana hadisnya kerana jika Al-Quran ada menyebut Keturah itu seorang melayu, ini akan menjelaskan secara terang kepada zionis, bahawa bangsa Melayu berhubung-kait dengan bangsa yahudi. Maka nasib Melayu akan sama seperti bangsa Afghanistan sekarang di mana nama “Khurasan” terkait dgn PANJI HITAM DARI TIMUR dan DAJJAL… 

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. 

Semua rahsia ini berkaitan dengan golongan umat Islam akhir zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mengenai Imam Mahdi al-muntazar a.s. dan peperangan yang bakal berlaku tidak lama lagi… sengaja Allah sembunyikan buat masa ini. ALLAH SWT ada perancangaNya sendiri.

===============================

LANUN MELAYU DIPERAKUI DALAM FILEM FANTASI HOLLYWOOD

Menarik dalam filem Alice Through the Looking Glass (2016), sedikit babak awal yang ditayangkan pada permulaan filem ini ada menggambarkan tiga buah kapal Melayu yang gah mengejar kapal persendirian dari London milik Alice.

Babak ringkas ini berlatar belakangkan tempat di perairan Selat Melaka dan latar masanya pula sekitar tahun 1874.

Gambaran ini menunjukkan lazim bagi kapal-kapal dari Barat perlu untuk melalui Selat Melaka dalam perjalanan pergi dan balik antara timur dan barat, khususnya untuk tujuan perdagangan.

Dalam babak ini, Alice sebagai nakhoda dan anak kapalnya dalam perjalanan balik ke London dari China perlu merentasi perairan Selat Melaka yang dijaga oleh pelaut-pelaut Melayu dengan kapal-kapal mereka.

Menonton babak ini, secara tidak langsung menggambarkan betapa pelaut-pelaut Melayu mempunyai kekuatan yang hebat dalam menjaga perairannya. Bagi setiap kapal asing, tentu sahaja penguasa laut ini dilabel sebagai “lanun” (seperti dikata dalam filem), sedangkan setiap kawasan perairan khususnya di kepulauan Melayu mempunyai peraturan yang tersendiri, boleh jadi mereka adalah kumpulan pelaut yang diamanahkan menjaga perairan oleh pemerintah di darat, atau sememangnya lanun Melayu yang mempunyai hak kawasan persendirian yang mempunyai undang-undang mereka yang tersendiri.

Ini yang dikatakan memahami perspektif pandangan mengikut kecenderungan sentimen sesebuah negara. Memahami sempadan perspektif itu, maka kita setuju.

Hari ini sebilangan dalam kalangan anak Melayu kurang mengetahui sejarah kehebatan leluhur mereka sehingga menyebabkan kurangnya jati diri pada diri masing-masing, berikut merupakan tiga faktor utama sebab hal ini terjadi.

1. Tidak berusaha mengambil tahu latar belakang dan cerita leluhur keluarga (salasilah nasab) yang terdahulu.

– Mengetahui akan latar belakang leluhur keluarga bukanlah bertujuan untuk berbangga, tetapi penting untuk membina jati diri. Tidak kisah jika latar belakang moyang terdahulu itu merupakan individu lanun sekalipun, tetap ia dapat mendirikan jati diri dalam jiwa seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang itu dibuli, kemudian teringat dia akan darah keturunannya yang berani “mengajar” orang, maka jati diri ini akan membangkitkan dia untuk “mengajar” pembuli itu. Diambil nilai positif yang ada pada diri leluhur keluarga.

2. Tidak memupuk minat untuk mendalami sejarah bangsa, khususnya dalam mengetahui kekuatan dan keistimewaan bangsa melalui kisah-kisah terdahulu.

– Menjadi kewajipan untuk mengetahui sekurang-kurangnya bahan fakta sejarah yang telah disediakan untuk menjadi orang yang mengenal bangsa diri, bahkan seelok2 nya perlu mempunyai usaha untuk mencari dan menggali bahan sejarah yang telah terkubur malah disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

3. Kurang pendedahan melalui media massa tentang sejarah Melayu, khususnya media yang menjadi tatapan bagi semua lapisan masyarakat yang memberi impak maksima seperti bidang perfileman.

– Filem adalah salah satu “iklan” terbesar bagi menyampaikan sesuatu mesej, sentimen, dan propaganda. Oleh itu, jika tidak mampu untuk menghasilkan sendiri filem yang berjiwa sejarah kehebatan bangsa, maka perlulah membuat pelaburan dalam filem antarabangsa khususnya Hollywood, walau hanya bertujuan menyelitkan sedikit paparan sejarah kehebatan Melayu yang berdurasi sekitar satu hingga lima minit. Ini demi menaikkan rasa bangga justeru menghasilkan jati diri empunya bangsa yang terkait apabila ia ditonton di seluruh dunia. Berbanding tindakan melabur dalam filem Hollywood yang tiada bertujuan ke arah itu, ia tidak akan dapat membawa manfaat yang berpanjangan kepada jiwa bangsa dan Negara.

Nota: Artikel ini tidak terhad kepada bangsa Melayu sahaja. Akan tetapi, ia bersifat umum bagi sesiapa yang mahu menjadikan ia sebagai cerminan bangsa masing-masing.

===============================

“Siapakah Keturah ini?”

Dari mana dia berasal?

Telah ditakdirkan… dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.

Di dalam banyak sekali teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.

Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’, ‘orang gasar (barbarian)’, ‘kaum yang ganas’ dan sebagainya. 

Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat, akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).

Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil), di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya, meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.

Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.

Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI.

Walhal pada asalnya status Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua. Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja disebut gundik, malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama. 

Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’. Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya.

Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim. Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati. 

Akibat rasa bersalah yang teramat sangat, maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim. Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka. Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diRaja. 

Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya. Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diRaja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi. Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

Di dalam Alquran ada disebut:

“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal? Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Nasrani”.
(Ali Imran: 65 – 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.

Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan Yahudza. Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.

Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf, yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja). Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.

Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat, pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi, mengkaji serta menemui pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih, membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal, membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun bala tentera yang gagah dan teknik peperangan yang sangat maju.

Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.

Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini, (di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 10,000 B.C). Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.

Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.

Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji di bawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.

Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka. Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual. Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh a.s. sendiri.

Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah, si wanita misteri ini. Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual. 

Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia. Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. 

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat Dunia.

Anda boleh tonton filem 10,000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid di tengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.

Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.

Ini adalah di antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?

Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit.

Kini susur galur cucu cicit bangsa agung ini sudah tidak kenal lagi siapa diri mereka. Sehinggalah suatu masa nanti, akan datang pembawa berita yang akan mengingatkan mereka semula. Ya… masa itu sudah pun dekat. Masa itu sudah teramat dekat.

Allahu’alam…

No comments:

Post a Comment

  New Russian Missile Delivers Six Warheads and Three Messages Just two days after Ukraine acted for the first time on U.S. permission to fi...