Tuesday, 4 October 2022

BANI JAWI JUGA TERMASUK KUMPULAN YANG MENYUMBANG KEKUATAN DALAM MEMBANTU SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH MENAKLUK KONSTANTINOPEL

BANI JAWI JUGA TERMASUK KUMPULAN YANG MENYUMBANG KEKUATAN DALAM MEMBANTU SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH MENAKLUK KONSTANTINOPEL

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah perintahnya adalah sebaik-baik pasukan”.

[HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Hadith ini ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukan terbaiknya.

Tahukah kita… Melayu Bani Jawi juga termasuk di antara pasukan sebaik-baik tentera yang disebut hadith ini?

Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan menggambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinopel).

Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini.

Inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia Islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople termasuklah Bangsa Melayu (Lihat dalam bulatan merah: pasukan tentera Melayu yang bertanjak. Cuba bandingkan dengan gambar kedua.)

Sejarah kedatangan Bangsa Melayu berjihad di Kostantinopel tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan. Mengapa?

Adakah ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkan kerana ada tangan-tangan jahat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini?

ATAU

Kisahnya memang mahu disorokkan supaya Melayu Bani Jawi terselamat daripada menjadi sasaran serangan geng2 Dajjal di akhir zaman?

.

Bangsa Turki sendiri mengakui akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjihad di bumi Kostantinopel dan mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinopel.

.

Betapa jauhnya pengembaraan Bangsa Melayu Bani Jawi dalam menyahut seruan berjihad, inilah di antara bukti-bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

.

Ketahuilah wahai bangsa Bani Jawi sekalian, kamu semua termasuk di dalam “Sebaik-baik Tentera” yang telah disabdakan Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu. Maka, bersiaplah wahai bangsa ini untuk perjuangan Islam akhir zaman bersama Al-Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Masih a.s.

Kisah Turki Kecil membantu Turki Besar pasti berulang kembali.

Allahu’alam…

No comments:

Post a Comment

  Why the World Keeps Turning Against the Jews I lately came across this Video: Who are the Jews, really? What is their true role in history...