Thursday, 1 February 2024

 

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

2 Februari 2024 / 21 Rejab 1445H

Fatwa: Panduan Keagamaan Kontemporari Buat Masyarakat

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sentiasa bertakwa dan di dalam pemeliharaan-Nya. Amin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah berfirman di dalam surah an-Nahl ayat 43:

Yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Maka bertanyalah kepada ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui.” 

“Ahli zikir” yang dimaksudkan dalam ayat yang baru dibacakan tadi merujuk kepada golongan ahli ilmu. Yang demikian, ketika berdepan dengan setiap persoalan kehidupan, hendaklah kita merujuk kepada ilmuan atau golongan yang pakar dalam isu tersebut. Sama ada isu perubatan, agama dan sebagainya, sesungguhnya merujuk suatu permasalahan kepada mereka yang bukan ahlinya hanya akan mengakibatkan kesan negatif, ke atas diri sendiri mahupun orang lain. 

Saudara dan saudari,

Prinsip-prinsip utama agama Islam sememangnya telah digariskan menerusi al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta kesepakatan para sahabat dan ulama muktabar. Namun terdapat banyak isu-isu semasa dan terkini yang memerlukan panduan keagamaan. Di sinilah letaknya kepentingan institusi fatwa dalam memberikan panduan kepada masyarakat terhadap isu-isu kompleks yang tidak pernah wujud dalam tradisi ilmu yang kita warisi. 

Ketika wabak melanda dunia, terdapat banyak persoalan dalam masyarakat yang memerlukan kepada panduan keagamaan. Institusi fatwa Singapura sebagai contoh, telah menetapkan pendirian agama yang agak sukar tetapi praktikal dalam menyelesaikan keperluan yang mendesak, seperti fatwa penundaan ibadah haji, bantuan zakat bagi golongan yang terjejas dengan COVID-19 dan sebagainya. 

Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mengetahui dan memahami rasional setiap keputusan fatwa yang dikeluarkan. Kita juga perlu berlapang dada dan menghormati pandangan fatwa yang dikeluarkan kerana setiap fatwa diputuskan berpandukan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.), serta prinsip hukum dan konteks semasa seperti yang telah dijelaskan pada khutbah minggu lalu. Manakala berbeza pandangan dalam penilaian sesuatu fatwa adalah lumrah dan dibolehkan. Apa yang ditegah ialah sikap merendahkan, mengaibkan atau memperlekehkan pandangan tersebut dan ini perlu dijauhi sama sekali. Nabi Muhammad (s.a.w.) mengingatkan kita:

لَيْسَ اَلْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ، وَلَا اَللَّعَّانُ، وَلَا اَلْفَاحِشَ، وَلَا اَلْبَذِيءَ

Yang bermaksud: “Orang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata keji.” [Hadis riwayat Imam Tirmizi].

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Izinkan khatib merumuskan tiga pengajaran penting dari khutbah hari ini :

Pertama: Fatwa memainkan peranan penting dalam memandu kehidupan beragama masyarakat. Setiap fatwa yang dikeluarkan merupakan hasil pertimbangan dan perbincangan yang menyeluruh bagi memelihara kemaslahatan umum. Rujuklah suatu permasalahan agama itu kepada mereka yang ahli dalam bidang permasalahan tersebut. 

Kedua: Perbezaan pandangan dalam sesuatu permasalahan agama, dalam isu-isu cabang atau sampingan, tidak seharusnya menghalang kita daripada memahami dan seterusnya merasa yakin dengan pandangan fatwa yang dikeluarkan. 

Akhir sekali, fatwa mampu memperkasa (empower) sesebuah masyarakat untuk mengemudi cabaran moden dengan penuh keyakinan (confident), dengan berteraskan ilmu dan berdaya tahan (resilient) mengharungi cabaran. Semoga Allah (s.w.t.) mengurniakan kefahaman yang baik dalam urusan agama kita. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

KHUTBAH KEDUA 

 

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. 

 

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. 

 

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. 

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.  

 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

 

No comments:

Post a Comment

  Oliver Stone: World War III may be inevitable Kelley Beaucar Vlahos Nov 16, 2024 SAN DIEGO — Iconic director Oliver Stone is not optimisti...