Saturday, 10 December 2022

Hati Sebagai Organ Berfikir & Kaitannya Dengan OTAK

Hati Sebagai Organ Berfikir & Kaitannya Dengan OTAK

Kita selalu dengar perkataan hati.

Dalam bahasa Melayu macam macam dikaitkan dengan hati.

Contohnya makan hati, puas hati, hati hati

Ketiga perkataan ni bawa makna yang berbeza.

Dalam bahasa agama selalu juga disebut hati.

Dalam bahasa kesihatan disebut jantung.

Adakah keduanya sama?

[BACA BAGAIMANA SENAMAN LINDUNGI MEMORI?]

hati

Hati Dalam Konteks Islam

Ibnu Abbas RA pernah sebut antara mafhumnya:

Makna & kefahaman dari ayat ayat Allah ini hanya dapat difahami apabila tiba masanya nanti

Perkataan Qalb disebut sebanyak 130 kali di dalam Al-Quran.

Kitab suci gambarkan Qalb ini dalam pelbagai makna.

Contohnya puashati (13:28), jaga dan sedar (50:37), kuat (18:14)

Al-Quran juga sebut tentang Fuad sebagai perlambangan sistem yang ada dalam Qalb.

Contohnya dalam surah Al Isra:36.

Allah SWT sebut Sama’Basar dan Fuad

Ketiga ini diguna untuk gambarkan pendengaran, penglihatan dan fikir atau rasa (telinga, mata dan hati).

Ibn Rajab Hanbali pula sebut:

Qalb ini sebagai pemerintah kepada seluruh organ tubuh manusia.

[BACA MUDA TAPI CEPAT LUPA? RISIKO EARLY ONSET DEMENTIA?]

jantung

Imam Al Ghazali juga turut bincang panjang tentang hal ini.

Begitu juga Imam Abdur Rahman Ibn Al Jawzee dalam Minhajul Qasideen.

Mereka cuba kaitkan Qalb sebagai organ yang mengurus baik buruk hidup manusia.

Bagaimana pula dengan sains moden?

Saya suka merujuk pada sub bidang baharu iaitu Neurocardiology.

Bidang ini dipelopori oleh Dr Andrew Armour.

Beliau sendiri adalah pakar bedah jantung.

Apa Kata Sains Moden?

Pada tahun 1994, dia keluarkan buku bertajuk Neurocardiology.

Di dalam buku ini, dia sebut tentang kajian kajian beliau.

Apa yang mengejutkan ialah beliau temui sel otak atau neuron di dalam jantung manusia.

Beliau dapati ada 40,000 neuron di dalam jantung manusia!

neuron dalam jantung

Bukan itu sahaja, rupanya jantung miliki nervous system sendiri

Neuron ini mampu memproses informasi.

Mereka terima informasi dari seluruh organ lain manusia.

Mereka tapis, proses, buat adjustment. Dan hantar semula ke organ termasuk otak.

Antara bahagian otak yang terima maklumbalas ini:

Iaitu thalamus, hypothalamus dan amygdala

Kesemuanya berada di pusat emosi manusia – sistem limbik.

Dr Armour sebut perkara ini sebagai “heart's little brain”

Apabila dia temui maklumat yang Qalb juga bertindak sebagai pusat short term memory

[BACA ADAKAH WARNA MEMPENGARUHI PERSONALITI?]

Dalam buku beliau yang diterbitkan tahun 2003.

Bertajuk Neurocardiology: Anatomical and Functional Principles.

Dia sebut jantung ini adalah pusat proses maklumat yang sofistikated

Berfungsi selari dengan otak dan berfungsi sendiri sendiri.

Tanpa bantuan dari otak.

Dalam beberapa siri kajian dari HeartMath Institute.

Mereka juga dapati, heart ini bertindak lebih dari sekadar organ pengepam darah

Heart ini ada ritmanya yang tersendiri.

Sama seperti gelombang pada otak.

Apabila ritma ini stabil, manusia sihat, baik dan jauh dari penyakit.

Hal ini disebut sebagai coherent.

Mereka sebut apabila berlaku coherent ini selari dengan gelombang otak.

Manusia akan nikmati kesembuhan.

Berada dalam field quantum yang berbeza.

Apabila tiada coherent, manusia merapu dan celaru

[BACA 9 RAHSIA OTAK CANTIK BADAN LENTIK]

Secara ringkasnya.

Hati ini ada dua sisi. Sisi rohani dan fizikal

Dalam konteks fizikal, sains masih sedang mencuba rungkai satu soalan.

Adakah hati atau jantung sebagai organ berfikir dan rasa yang dapat pengaruhi organ lain?

Apapun pada saat ini jaga hati rohani kita.

Jaga hati fizikal kita. Masukkan yang baik baik sahaja dalam diri.

Wallahu a’lam.

#DrRizal

No comments:

Post a Comment

  NATO-KIEV TERRORISM for BIOLOGICAL WARFARE. Russia’s Chemical Defense Chief KILLED in Moscow Blast Fabio G. C. Carisio December 19, 2024 B...